Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for October 2009

madah seekor kambing korban

madah seekor kambing korban

Sebelum terjebak dengan penternakan unggas (ayam), terlebih dahulu kami menjerumuskan diri dalam penternakan ruminan( kambing dan lembu). Ada orang kurang faham tentang istilah unggas & ruminan. Depa kata unggas tu menatang yang dok hingaq (bunyi bising) macam cengkerik, lalat, lebah, tebuan dll…:-)

Dalam konteks penternakan, istilah unggas merujuk kepada haiwan-haiwan dari keluarga burung seperti ayam,itik dan burung manakala ruminan (ruminant) pula ialah kumpulan haiwan yang mengunyah makanan seperti lembu,kerbau,kambing dan bebiri.

kambing ferral untuk aqiqah, kenduri dan korban

kambing ferral untuk aqiqah, kenduri dan korban

Kami menyediakan kambing untuk tujuan aqiqah,kurban,kenduri,induk dll. Sekiranya anda berminat untuk memesan kambing, anda boleh menghubungi 019-4702839. Bukan setakat kambing hidup, malahan kami juga menyediakan perkhidmatan:

  • menyembelih, melapah dan memotong sahaja : RM 50 per ekor
  • menyembelih,melapah,memotong dan memasak : RM 100 per ekor
  • menghantar (kedah, perlis dan p.pinang utara sahaja)  boleh dirunding

Harga kambing tertakluk kepada stok yang ada. Biasanya harga untuk seekor kambing aqiqah ialah RM 500 dan ke atas. Kalau kenduri tu murah la sikit sebab boleh sembelih kambing yang belum cukup umur 2 tahun.

Value Added Services ini bertujuan memudahkan anda daripada bersusah payah memproses dan memasak kerana sedia maklum semua orang sentiasa sibuk.

Bagi tujuan aqiqah, anda hanya perlu bagitau nama anak/individu yang diniatkan untuk aqiqah. Nanti semua dah siap anda hanya perlu tunggu di depan pintu rumah menunggu datangnya hidangan…mudah ja kan? :-)


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 234,278 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.