Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for January 2009

TEKNIK MENGHAFAL QURAN

Assalamualaikum. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghafal al-Quran, saya kongsikan beberapa tips bagi memudahkan kalian untuk menghafalnya. Mudah-mudahan berkesan, insyaAllah 

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik “Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Advertisements

 

 

Semoga berjaya..

Menjadi gadis mulia

Semulia Mariam

Semoga berjaya..

Menjadi wanita faqihah

Sebijak minda Aisyah

Semoga berjaya…

Menjadi perempuan tabah

Setabah hati Asiah

Semoga berjaya..

Menjadi srikandi kebanggan

Sehebat jiwa Sumaiyah

Semoga berjaya..

Menjadi hiasan dunia

Seindah akhlak Rabiatul Adawiyah

Semoga berjaya..

Menjadi isteri solehah

Sebaik budi Khadijah

Semoga berjaya..

Menjadi wanita dan kekasih

Kecintaan Tuhanmu..

 

smg2

Melakukan Dosa dan Bertaubat Berkali-kali

Soalan:

Apabila seseorang itu membuat dosa lalu ia bertaubat. Selepas itu ia melakukan dosa lagi dan ia bertaubat semula. Tetapi selepas bertaubat ia melakukan dosa lagi dan ia bertaubat semula. Adakah taubatnya diterima atau tidak?

Jawapan:

Tanda-tanda kesempurnaan taubat harus meninggalkan segala dosa dan menghilangkan pengaruhnya terhadap jiwa sebagaimana sinar matahari menghapus kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang bertaubat dari suatu dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain, maka taubatnya belum sempurna.

Bertekad dalam bertaubat hingga akhir hayatnya, untuk mengakhiri dosa-dosa. Berjanji tidak mengulangi perbuatannya yang telah lalu sebagaimana susu tidak akan kembali ke sumber asalnya. Kemudian memulai dengan penyesalan dan mengakhiri dengan perbuatan amal soleh dan ketaatan. Membersihkan hatinya dari pengaruh maksiat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa selama-lamanya.

Tanda kesempurnaan taubat lagi adalah melakukan taubat kerana Allah SWT, bukan untuk menjaga kesihatan, harta benda atau ketamakannya untuk menikmati isi dunia, takut akan hukuman seseorang atau undang-undang, takut tidak ada orang yang membantu untuk berbuat maksiat. Apabila dia ingin bertaubat dari seluruh dosanya, maka seluruh anggota badannya harus bertaubat.

Seseorang yang telah sepenuh hati bertaubat, maka semestinya dia tidak kembali berbuat dosa. Jika kembali, maka hal tersebut telah membatalkan taubatnya, sebab syarat sahnya taubat adalah dengan terus menerus melakukannya seumur hidup. Malakukan perkara-perkara yang membatalkan dan menyalahi taubat dapat mengurangi kesempurnaan dan manfaatnya.

Seorang hamba yang telah bertaubat kemudian kembali mengulangi perbuatannya lagi, maka dosa yang pertama yang telah ditaubatinya terhapus walaupun taubatnya batal sebab dia telah bertaubat dari dosa hingga seolah-olah dia tidak melakukannya atau belum pernah melakukannya. Orang yang mengulangi perbuatan dosa maka dia berdosa atas perbuatan berikutnya bukan yang pertama, kerana taubat terdahulu adalah sah, sedang mengulangi perbuatan dosa akan mendapat seksa.


Wallahu A'lam.

Petikan buku Taubat- Amalan dan Penghayatannya

taubat-11


Tags:
Assalamualaikum..bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dipanjangkan usia sehingga ke tahun baru 1430 Hijrah dan tahun 2009.  Ketika kita penuh kegembiraan menyambut tahun baru, kita hampir terlupa kepada saudara seIslam kita yang sedang menderita dizalimi oleh Yahudi..oleh itu saya menyeru kpd diri saya dan juga sahabat semua agar sama2 mendoakan mereka..
di saat kita tersenyum bahagia..
mereka pula menanggung derita..
di saat kita bergelak ketawa..
mereka sudah kekeringan air mata..
siapakah mereka???
adakah sekadar mereka yang berkongsi bumi yang sama??
siapakah mereka??
adakah sekadar tontonan di kaca tv semata-mata??
siapakah mereka??
adakah sekadar penghias dada2 akhbar layaknya??
merekalah saudara..
saudara seislam kita yang sewajarnya lebih dekat dari saudara seibu bapa..
jadi…
apa yang perlu kita lakukan??
hanya menonton mereka di kaca tv atau membaca kisah mereka di dada akhbar???
tidak!!!!
ini saudara kita..lakukan sesuatu untuk mereka
adakah dengan menggalas senapang??
tidak perlu..
cukup sekadar doa dan solat hajat.kerana doa itu senjata terhebat bagi org Islam..
apa lagi???
jika mampu… hulurkan bantuan kewangan kepada mereka..
apa lagi???
sebarkan berita penderitaan mereka kpd rakan2 yang lain
minta mereka doakan kemenangan saudara kita..
mereka korbankan nyawa untuk Islam..
adakah anda rasa berat dan susah untuk korbankan sedikit masa untuk berdoa dan solat hajat???
ALLAHumma, Dammireeel Yahud wan Nasara
(Wahai ALLAH, Hanchurkan Yahudi & Nasrani)wal Munafiqin(dan org-2 munafik),fiii Gaza wa fiii Palestin(di Gaza dan di Palastin) wa(dan)
ALLAHumman Surril ISLAM, wal Muslimeeen,(ALLAH, berilah kemenangan kepada ISLAM… dan kepada Muslimeeen wal Mu’mineeen, wal Mujahideeen, fiii Gaza, wa fiii Palestin, wa fiii Mindanao, wa fiii Chichyen, wa fiii Malizia, wa fiii kulli makaaan, wa fiii kulliz zaman…, biRahmatikayaaa. .. ARHAMARRAHIMEEEN. ..
WasSallALLAHU` `ala, Sayyidina Muhammad Rasuuulillahu `alaihiwasSallam, Tasliiiman Katheeera… , wa `ala alihi, wa sohbihi ajma`een, wal HAMDULILLAHIRABBIII L `ALAMEEEN… … Ameeen Ya ALLAH
3258057170_fc9dd8eb85
UNTUK INFO LANJUTKAN, KORBANKAN SEDIKIT MASA UNTUK MELAYARI LAMAN WEB DI BAWAH:


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 217,908 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.