Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Image

 

BERMINAT UNTUK DAPATKAN BUKU INI TERUS DARIPADA PENERBIT, SILA HUBUNGI 019-4702839

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya dapat lagi saya menulis di ruangan ini.

Saya merupakan salah seorang reseller Hijab Floral Elle Zada yang beroperasi di sekitar Alor Setar. Di sini saya ingin memperkenalkan koleksi tudung Elle Zada yang eksklusif dan labuh menutup aurat. Hijab yang direka khas oleh owner butik Elle Zada, En Shahzada Khan dan Puan Elliyin Rasif. Alhamdulillah dengan usaha mereka untuk berdakwah melalui fesyen muslimah sedikit sebanyak telah membuka pintu hati muslimah yang bertudung saiz S atau M untuk mencuba pula tudung labuh yang lebih sempurna. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini diberkati Allah SWT…insya Allah.

Ciri-ciri istimewa pada Hijab Elle Zada yang anda patut tahu adalah:

  • Labuh menutup pinggul dan bahu
  • Tidak jarang dan tidak panas
  • Diperbuat daripada kain chiffon dan lycra yang bermutu tinggi
  • Mempunyai awning keras yang kemas dan terletak
  • Boleh digayakan sebanyak 5 jenis gaya.
  • Tutorial cara pemakaian disediakan di sini
  • Tidak mudah berkedut
  • Mempunyai 15 warna-warna pilihan yang menarik

Silalah cuci mata tengok piccas ni ye. Jika berminat boleh buat tempahan melalui email: hejira_23@yahoo.com, nyatakan kod tudung serta jumlah dan tunggu reply dari saya untuk langkah seterusnya. Enjoy!

Image

CODE: AM-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

 

Image

CODE: PD-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: WB-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

Image

CODE: CF-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: BL-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: AY-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: CR-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: BO-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: BW-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: BT-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: LH-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: SS-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: CB-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: IL-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

Image

CODE: RC-H01
PRICE: RM99
STATUS: AVAILABLE

 

 

 

budak u1-2

 

Hakimi, seorang remaja desa buat kali  pertama telah menjejakkan kaki ke menara gading untuk mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal. Di kampus, dia bergiat aktif dalam Skuad Kadet Bomba dan telah dilantik menjadi ketua skuad. Daya kepimpinan dan sifatnya yang mesra telah mengundang ramai kenalan baharu. Sejak detik itu, dia dihujani panggilan misteri daripada orang yang tidak dikenali. Di situ juga, dia telah berkenalan dengan Citra, seorang pelajar jurusan Perakaunan. Dalam diam-diam, Hakimi menyimpan suatu perasaan terhadapnya tetapi dia malu untuk mendedahkannya kerana dia menyangka bahawa Citra sudah dimiliki oleh orang lain.

Ketika sedang asyik bergembira dalam riang-ria panorama kampus, muncul noda hitam dalam diari hidupnya. Pada suatu malam, Hakimi telah dipukul oleh beberapa orang samseng yang tidak dikenali. Dia tidak tahu apakah sebabnya dia dipukul dan siapa punya angkara. Mungkinkah itu angkara orang ketiga atau pihak lain yang mengundang sengketa.

Di dalam novel ini, banyak lagi ranjau yang dilalui oleh Hakimi sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di universiti. Antara isu menarik yang dimuatkan dalam trilogi ini ialah berkenaan peristiwa kehilangan  motosikal, kerja sambil belajar, cinta tiga segi dan gunting dalam lipatan. Segala kisah yang dimuatkan dalam novel ini diadaptasikan daripada pengalaman penulis dan rakan-rakan sewaktu belajar di universiti. Ia sangat sesuai dibaca oleh para pelajar sekolah, pelajar universiti dan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang mencintai alam kampus.

 

Testimoni

 

“Salam bang. Iwan baru je habiskan novel Budak U. Tahniah. Saya suka jalan ceritanya. Penceritaan yang santai atau sempoi. Selain tu, iwan suka dengan katekter watak utama yang tak perfect. Baru la realistik. Ada sesetengah novel tu, niat nak berdakwah, yes i understand, but bila dia buat watak utama tu alim warak macam malaikat, pembaca jadi bosan. Tapi watak hakimi ni, baik-baik dia pun, dia kadangkala terbuat silap. Macam kita semua juga la kan.” (Iwan Ghazali)

 

Untuk pembelian terus daripada penulis, sila hubungi 019-4702839

 

 

Image
SINOPSIS BUKU:
Para Sahabat RHUM adalah manusia termulia di atas muka bumi ini setelah Para Nabi dan Rasul AS. Kekuatan iman dan pegangan sunnah yang mereka miliki memang tidak ada tolok bandingnya. Merekalah manusia yang awal-awal beriman, hidup bersama-sama Rasulullah SAW dan berjuang menyebarkan kalimah Allah sehingga ke seluruh pelusuk alam dalam susah atau pun senang. Jika diselak semula kitab sirah, kita akan mengetahui begitu banyak kisah kehidupan mereka yang sepatutnya menjadi panduan kepada generasi hari ini. Atas maksud itulah, buku ’20 Kisah Keajaiban Sahabat’ ini ditulis bagi menceritakan mengenai kehebatan Para Sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT dengan gelaran radiallahu anhuma.
Untuk menempah buku ini,boleh hubungi 019-4702839 (RM 14 termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei
dan Singapura)
Image
Sinopsis lanjut mengenai buku ini, sila layari:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi nikmat iman dan Islam…serta nikmat kehidupan dan kesihatan yang tidak ternilai harganya…syukur syukur Alhamdulillah.

Sempena penghujung tahun 2012, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini yang sudah lama tidak dikemaskini…huhu.

Tadi terbaca email dari wordpress tentang report blog saya untuk tahun ini. Tak sangka sebanyak 54,000 views pada tahun 2012 sahaja walaupun saya hanya menulis 1 post…(masuk post ni jadi la 2)…huhu. Alhamdulillah masih ramai yang mengikuti blog ini dalam diam..mudah-mudahan apa yang saya pernah tulis ada kebaikan untuk semua.

Akhir kata…selamat datang tahun 2013..semoga kita semua meletakkan azam yang baik2 untuk menjadikan diri kita lebih baik pada tahun akan datang…in syaa Allah..

Jumpa lagi semua… =)

Jsu Abqori: Minuman Gabungan 8 Makanan Sunnah

 Image

 Assalamualaikum teman-teman yang diingati. Sekian lama tidak menambah posting, sekarang baru tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu…huhuhu.

Entri ini sayan ingin perkenalkan sejenis minuman tambahan untuk mengembalikan tenaga dan perangsang minda khas untuk semua lapisan umur. Amat sesuai untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah yang mengalami masalah lemah daya ingatan. Insyaallah boleh cuba produk ini.

Ramuan bahan-bahan yang terpilih seperti madu, kurma, kismis, za’faran, habatus sauda’, buah delima, bauh tin dan air zam-zam amat kaya dengan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Beberapa kelebihan dan khasiat jus ini adalah seperti;

-mengatasi masalah sistem perkumuhan
-merawat batuk yang berpanjangan
-merawat sakit dan bengkak badan
-melawas air kencing
-menghasilkan kulit muka yang cerah
-membantu merawat penyakit asma
-mengurangkan masalah keguguran rambut
-mengatasi masalah sukar tidur
-mengurangkan kolestrol dalam badan
-merawat batu karang
-mengurangkan tekanan darah tinggi
-merawat penyakit barah

Banyak lagi khasiat dan kelebihan produk ini. Ia juga mengandungi berkat bacaan al-Quran. Kita berikhtiar, Allah jua yang menyembuhkan segala penyakit dengan kedendakNya..

 Testimoni dari ibu saya yang mengamalkan produk ini. Ibu saya berumur 64 tahun. Sering mengalami sakit urat, angin dalam badan, mudah lupa dan mudah letih. Alhamdulillah, setelah mencuba produk ini, ibu saya boleh makan makanan yang berangin seperti nangka dan keladi. Beliau juga mudah menghafal doa-doa dan surah-surah pilihan. Tidak lagi berasa lenguh-lenguh badan. Alhamdulillah..akhirnya ibu saya berjumpa produk yang sesuai dengannya.

Berminat untuk dapatkan produk ini, Boleh hubungi agen:
0199902839 (solehah)

 Harga; Rm26.00 / 250 ml (tidak termasuk pos)

 

Dapatkan novel tarbiah awal remaja di pasaran sekarang!

 

oleh: Mohd Khairi Bin Tajudin

Sedar atau tidak, sudah lebih satu dekad aku meninggalkan alam persekolahan. Sekolah yang telah mengajarku membaca, menulis, mengira dan mentaakul. Sejak dari zaman pra- sekolah hingga ke sekolah menengah, guru-guru telah mendidikku menjadi insan yang kamil. Hampir separuh daripada usia remajaku dihabiskan di dalam kelas. Sudah habis berbatang-batang pen serta pensel dan juga berbuah-buah buku aku gunakan untuk menulis. Sudah banyak buah buku teks yang telah aku khatam.

Sekarang aku kembali ke alam persekolahan semula. Bukan untuk menjadi pelajar tetapi sebagai pengajar. Bermula pagi hingga ke tengah hari aku mendidik manusia kecil supaya menjadi manusia yang berhati besar. Sebelah petang aku mendidik anak-anak ayam dan itik supaya pandai mencari makan untuk cepat membesar. Begitulah rutin manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Teringat kata-kata seorang pelakon dalam filem tahun enam puluhan, “selagi belum tutup mata, kerja,kerja,kerja!”.

Dahulu, apabila guru masuk ke kelas, pastinya aku dan rakan-rakan akan mengucapkan “selamat pagi, cikgu!” atau “good morning, teacher!”. Sekarang, apabila aku melangkah masuk ke kelas, murid-murid akan mengucapkan “assalamualaikum, ustaz!”. Walaupun aku bukan ustaz, tetapi gelaran ustaz itu ditujukan untuk semua guru lelaki yang mengajar di sekolah agama rakyat.

Rutin separuh hari dikelilingi murid-murid membuatkan kenangan zaman persekolahan aku kembali segar. Guru tidak segan-segan untuk menghadiahkan aku sebatang rotan seandainya tidak menyiapkan kerja rumah dan aku tidak pula berdendam dengan mereka. Zaman sekarang, jika amalan itu dipraktikkan, mungkin mengakibatkan tayar kereta guru itu dibocorkan atau guru itu diheret ke mahkamah. Budak-budak jika dimanja-manja itulah padahnya!.

Suatu hari, tatkala aku melayari sebuah laman sosial popular atas talian, aku terbaca coretan seorang rakanku berkenaan kenangan di alam sekolah rendah. Bersama-sama coretan itu, dia memuat naik sekeping gambar rakan-rakan sekelas sewaktu darjah empat yang diambil bersama guru kelas. Tergelak aku tatkala merenung wajah-wajah mereka seorang demi seorang. Lagi-lagi aku tergelak apabila melihat wajahku sendiri!.

“Wajah kecil yang dahulunya nakal, sekarang membesar menjadi manusia berguna kepada masyarakat. Terima kasih cikgu! Jasa kalian tidak terbalas,” itulah antara bait-bait coretan rakanku di ruangan tersebut.

Memori yang sudah bertahun-tahun lamanya tersimpan di dalam cakera keras otakku mula aku rungkai satu per satu. Memori seawal zaman sekolah tadika mula bertandang perlahan-lahan. Masih terbayang sebuah bangunan dua tingkat, di atasnya surau, di bawahnya tadika walaupun sekarang ini strukturnya telah diubah.

Setiap pagi emak akan menghantar aku ke sekolah itu yang terletak seratus meter dari rumah datukku. Lama-kelamaan, emak membenarkan aku untuk pergi seorang diri dengan berjalan sahaja kerana aku belum mempunyai basikal. Oleh sebab murid-murid sampai lebih awal daripada guru, aku dan beberapa orang rakan mula memikirkan sesuatu.

“Man, macam mana kita nak masuk ni? Cikgu Azizah belum sampai lagi.” tanya aku kepada Abdul Rahman.

“Aku ada satu idea!,” kata Abdul Rahman.

“Idea apa?” tanyaku pula.

Abdul Rahman belum menjawab soalanku. Dia bergerak menghala ke sebuah tingkap yang tidak ada cermin, yang tinggal hanya besi. Melalui celahan besi itu, dia berjaya meloloskan diri lantas membuka pintu dari sebelah dalam.

“Hore! Boleh masuk!” jerit kami.

Setelah Cikgu Azizah sampai, dia tidak memarahi kami. Mungkin dia sudah faham perangai kanak-kanak seperti kami.

“Okay murid-murid, hari ini cikgu akan ajar kamu mengenal huruf. Ikut cikgu ya!” kata Cikgu Azizah.

“Ae (A) … bi (B) … si (C)…” kami menyebut beramai-ramai ketika Cikgu Azizah menunjukkan huruf-huruf itu.

Selepas satu huruf berganti huruf yang lain. Selepas satu nombor berganti nombor yang lain. Guru juga mengajar untuk mengenali sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar makhluk ciptaan Allah.

Terima kasih cikgu!

 

 

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya dari New Delhi, India ke Raiwind, Pakistan. Perjalanan seawal pukul 4 pagi menaiki bas ekspres berhawa dingin dan diiringi oleh dua trak polis telah berjaya merentas sempadan dua buah negara bergolak. Semuanya dengan izin Allah s.w.t. kerana tanpa izinnya satu zarah pun tidak dapat bergerak walaupun dengan satu gerakan. Subhanallah!

Sepanjang perjalanan aku duduk di sebelah seorang ahli jemaah dari Tokyo. Ketika itu, dia baru sepuluh bulan memeluk Islam. Selepas melafazkan kalimah attoyyibah, dia terus melibatkan diri dalam usaha dakwah. Dia begitu bersemangat untuk mengamalkan sunnah Nabi. Di samping kepala yang tidak lekang dengan kopiah, gamis dan celana putih juga turut membaluti tubuhnya. Imej Jepunnya hanya dapat kulihat pada seliparnya kerana dia masih memakai selipar Jepun. Sudah banyak doa-doa harian yang telah dihafal dan diamalkan. Walaupun nama di dalam pasport antarabangsanya masih mengekalkan nama asal dalam bahasa Jepun dan gambar tanpa janggut tetapi dia sangat merendah diri dan senang dipanggil Mohd Soleh. Aku sangat berbangga bertemu seorang daie dari Jepun di mana dia adalah seorang di antara 16 ribu umat Islam yang telah diberi hidayat oleh Allah daripada 30 juta rakyat Jepun.

“Bagaimana awak boleh memeluk Islam?” tanyaku kepadanya dalam bahasa Inggeris.

“Saya telah diperkenalkan kepada Islam oleh seorang lelaki Pakistan yang berniaga di sana, ”jawabnya.

“Oh! Bagaimana awak tergerak hati untuk berada dalam jemaah ini dan sampai ke sini?” Aku bertanya lagi.

“Sahabat Pakistan saya itu mencadangkan kepada saya untuk belajar tentang iman dan Islam di sini,” jawabnya lagi.

“Baguslah jika begitu. Saya juga mempunyai matlamat yang sama seperti awak, ” kataku.

Sesekali aku terfikir betapa bertuahnya manusia yang Allah pilih untuk diberi hidayat. Dalam jutaan umat Islam yang ada di seluruh pelusuk muka bumi ini, berapa kerat sahaja yang bersyukur dengan nikmat Islam yang telah sekian lama dianuti. Ramai orang Islam yang menjadi Islam disebabkan baka dan keturunan tetapi Mohd Soleh ini menjadi Islam kerana dipilih oleh Allah.

***

Kami selamat tiba di Masjid Raiwind pada waktu antara Maghrib dan Isyak. Ketibaan kami disambut dengan penuh gembira oleh orang tempatan di sana. Kami kemudian dibawa ke tempat penginapan tetamu untuk bersiap-siap bagi menunaikan solat Isyak. Setelah selesai solat, aku terus tidur kerana terlalu letih.

***

Sepanjang di sana, kami memenuhi ruang-ruang waktu yang ada dengan bertukar-tukar fikiran dengan tetamu-tetamu dari pelbagai negara. Dalam ramai-ramai tetamu luar yang ada, aku tertarik dengan cerita dari seorang ahli jemaah yang datang dari Amerika Syarikat. Dia menerangkan kepadaku bahawa dakwah Islam tengah berkembang di negaranya dan setiap hari beratus-ratus rakyat Amerika memeluk Islam. Kenyataannya itu telah membuatkan aku begitu teruja. Selama ini kita disogokkan dengan cerita-cerita yang negatif tentang Amerika. Jiwa kita begitu marah kerana Amerika telah membunuh ramai umat Islam di Iraq dan Afghanistan. Lantaran itu kita terus menghukum bahawa apa sahaja yang mempunyai label Amerika semuanya jahat dan kafir sedangkan kita tidak tahu keadaan yang sebenarnya.

Aku masih ingat peribahasa Melayu ada menyebut “marahkan nyamuk kelambu dibakar”. Mungkin pepatah itu sesuai untuk menggambarkan bahawa kita begitu beremosi dan gagal menilai dengan adil mengenai Amerika dan rakyatnya.

Dia terus menerangkan kepada kami bahawa negara Amerika dan rakyatnya adalah dua entiti yang berbeza. Memang betul pemimpin Amerika yang bukan beragama Islam itu tidak berhati perut tetapi pada masa yang sama majoriti rakyatnya tidak menyukai keganasan.

Rakyat di sana mempunyai etika dan kesedaran sivik yang tinggi walaupun majoriti masih belum beragama Islam. Mereka juga mempunyai minat tentang pembangunan rohani dan sentiasa tercari-cari satu cara hidup yang membebaskan mereka dari kekangan arus kemodenan yang sedang mereka hadapi. Sebab itulah apabila Islam mula bertapak dalam hati mereka, maka mereka akan memegangnya bersungguh-sungguh.

Perbualan kami dengannya serba sedikit membuka ruang dan dimensi baru dalam minda dan benak kami. Fikiranku mula berfikir tentang kebesaran Allah. Di saat umat Islam di negara-negara Islam tidak mahu beramal dengan ajaran Islam, orang kafir di negara kafir pula yang berminat dengan Islam. Pernyataan ini hanya bermanfaat bagi insan yang mahu berfikir.

***

Ketika di sana juga kami telah dibawa bertemu dengan seorang ulama, Maulana Jamsheed. Hampir menitis air mataku melihat beliau sedang terbaring di atas katil kerana terlalu uzur. Dalam keadaan begitupun beliau masih mampu memberi sedikit suntikan rohani dengan bersemangat sekali.

“Allah telah melapangkan masa tuan-tuan datang ke sini untuk belajar-belajar mencapai kesempurnaan agama dalam kehidupan. Hargailah masa-masa ini dan janganlah terlepas mengutip mutiara-mutiara sepanjang jalan Allah.”

Inilah antara bait-bait pesanan beliau yang masih aku ingati.

***

Keesokan hari, kesemua ahli jemaah termasuk dari luar dan orang tempatan dikumpulkan untuk pembahagian kumpulan. Aku dan rakan-rakanku dari Malaysia seramai lima orang telah ditempatkan bersama tujuh ahli jemaah warga Pakistan di dalam satu jemaah. Kami telah diputuskan untuk ke Battagram

Perjalanan dari Raiwind ke Battagram mengukir sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami bersesak-sesak di dalam bas tanpa pendingin hawa yang memulakan perjalanan pada pukul 7.00 petang. Pada permulaannya perjalanan agak selesa sambil menghirup udara segar bumi Pakistan. Papan tanda dalam tulisan Urdu terpampang di simpang-simpang jalan. Sejuk mata memandang melihat muslimin lengkap memakai kurtah dan celana di mana-mana sahaja. Tidak kelihatan wanita-wanita keluar melainkan mereka memakai pakaian hitam berhijab yang sempurna dan ditemani lelaki yang menjadi mahram mereka. Aku inginkan suasana begini di bumiku Malaysia tercinta.

Apabila matahari hampir terbenam di ufuk barat, kami melihat para muslimin membentangkan tikar di kawasan-kawasan rehat dan rawat sementara menanti untuk bersolat Maghrib. Bas kami juga berhenti di sebuah musolla untuk memberi laluan kepada semua penumpang menunaikan rukun Islam yang kedua itu.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan mengharungi lebuhraya menuju ke daerah Peshawar yang berbukit bukau. Dalam kedinginan malam, Allah turunkan hujan dengan lebat sehingga tempiasnya hinggap di wajah-wajah kami. Semakin lama semakin lebat. Hujan menitis masuk melalui bumbung bas yang bocor lalu menitik ke atas tempat duduk penumpang. Beberapa orang penumpang terpaksa bangun dan berdiri kerana kebasahan. Sampai di suatu tempat, bas terpaksa berhenti kerana mengalami kerosakan brek dan enjin. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tiada apa yang mampu dilakukan selain berzikir dan merayu kepada Allah supaya perjalanan kami dapat diteruskan. Barulah aku teringat bahawa selama di Malaysia aku tidak pernah menaiki bas seperti ini tetapi aku jarang bersyukur dengan nikmat itu.

Alhamdulillah, lebih kurang sejam selepas itu bas yang lain pun datang mengambil kami. Kami terpaksa menukar kenderaan kerana bas yang uzur itu sudah tidak dapat berkhidmat lagi. Setelah solat subuh pada pukul 4.00 pagi kami meneruskan perjalanan sehingga ke Marsela. Tiba di Marsela, kami berhenti di sebuah masjid untuk berehat dan khidmat diri. Di sini, kami mendapat layanan yang istimewa sebagai tetamu.

Setelah matahari sudah naik sepenggalah, amir jemaah memanggil semua ahli jemaah untuk bermesyuarat bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Terdapat orang tempatan di situ menyediakan sebuah van dan bersedia menghantar kami ke sana.

Perjalanan diteruskan dengan meredah bukit-bukau yang sungguh indah. Semakin tinggi udara semakin segar dan suhu semakin nyaman. Sesekali aku terpesona melihat beberapa ekor unta yang ditunggang. Aku bertanya kepada sahabat-sahabatku yang lain,” Di sini pun ada unta. Bagaimana unta boleh datang ke sini?”

“Bukankah dulu para Sahabat telah menyebarkan Islam sehingga ke sini? Jadi unta-unta yang ada sekarang ini datang dari Tanah Arablah”, jelas salah seorang sahabatku yang bernama Solihin, pemuda 20 tahun dari Pahang.

Amir jemaah menerangkan kepada kami bahawa jalan yang kami lalui ketika ini menuju ke Guangzhou, kira-kira 30 jam dari Rawalpindi. Tercatat di dalam sejarah, para Sahabat telah menyebarkan dakwah hingga ke Canton. Aku cuba membayangkan kesusahan para Sahabat merentas banjaran-banjaran dengan hanya mengenderai unta tatkala belum ada jalan berturap. Dalam kepayahan, kepenatan dan kelaparan sebahagian dari mereka telah syahid di jalan Allah. Semoga Allah merahmati mereka.

***

Semalaman di sebuah masjid besar di Battagram, kami tidur dalam kedinginan yang amat tetapi tetap bangun sebelum hadir fajar sodiq kerana waktu subuh berkunjung seawal pukul 4.00 pagi. Hampir menggeletar tubuhku diulit kedinginan pagi.

“Bagaimana nak ambik wuduk ni? Sejuk yang amat,” kataku kepada Iskandar, seorang hafiz Al-Quran yang berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor.

“ Inilah peluang nak dapat pahala banyak, ” jawabnya.

“ Mujurlah aku beli khuf ni semasa di Raiwind dulu, boleh pakai jadi penebat sejuk,” kataku sambil memakai khuf, sejenis stokin yang diperbuat dari kulit selepas selesai wuduk.

Bayan subuh seperti biasa mengisi kekosongan hati selepas solat Subuh sehingga matahari muncul di puncak bukit. Sungguh hebat ciptaan Allah. Gunung-ganang dicipta sebagai pasak bumi manakala sungai-sungai mengalir di lembah-lembahnya untuk pelbagai kegunaan. Melihat air sungai yang begitu jernih, aku teruja untuk terjun mandi di situ tetapi sehingga matahari terpacak di atas kepala, suhu sekitar masih lagi sejuk.

“Tuan tahu tak ketinggian yang kita duduk sekarang ni?” Tanyaku kepada seorang Pakistani di dalam jemaah kami.

“Kita berada pada paras 1000 kaki dari paras laut,” jawabnya begitu yakin.

Masyaallah,” terpancar zikir itu dari lidahku.

Selepas makan, kami dipasangkan secara berdua-dua untuk menziarahi penduduk-penduduk setempat. Aku dipasangkan bersama Bai Ali untuk menziarahi para peniaga dan pengunjung di pasar berhampiran. Bai Ali meminta aku bercakap dalam bahasa Inggeris dan dia menterjemahkannya ke dalam bahasa Urdu.

Ketika aku mula bercakap, ramai peniaga dan pengunjung mengerumuniku. Akhirnya semua peniaga di pasar tersebut menghentikan perniagaan mereka, menutup pintu kedai dan kesemua yang berada di situ duduk bersila di hadapan kami. Sungguh aku teruja dengan situasi sebegini dan aku tidak melihatnya selain di Pakistan. Mereka kulihat begitu berminat dengan setiap tazkirah yang disampaikan walaupun tidak begitu memahaminya.

“Adakah kalian sedia menginfakkan harta, diri dan masa untuk belajar-belajar berdakwah?” tanyaku untuk mengakhiri ucapan.

Insyaallah!” sahut mereka semua.

“Anda semua dijemput ke masjid kerana kita akan adakan majlis pada malam ini,” Bai Ali mempelawa mereka semua.

***

Selepas solat Isyak, sementara menunggu makan malam, aku berdiri di serambi masjid sambil melihat kebesaran Allah di sekelilingku. Malam itu kabus begitu tebal sehingga aku dapat menggapainya tetapi tidak melekat di tangan. Setelah kabus itu hilang barulah aku nampak bintang di langit. Aku teringat sabdaan Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya bahawa sahabat-sahabat baginda ibarat bintang-bintang di langit. Sesiapa yang mengikuti mereka pasti tidak akan sesat.

Baginda juga pernah memberitahu Saidatina Aisyah r.a. bahawa amalan Saidina Umar ibarat bintang-bintang di langit. Maka Saidatina Aisyah r.a. bertanya pula tentang bagaimana dengan amalan bapanya? Lantaran itu Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa satu malam Saidina Abu Bakar menemani baginda dalam gua ketika peristiwa hijrah lebih utama daripada setiap malam Saidina Umar dan ahli keluarganya.

Siapakah yang sanggup menemani seseorang yang sedang diburu untuk dibunuh?

 

PENULIS: MOHD KHAIRI BIN TAJUDIN

Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi. Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih berkesempatan bertemu bulan Ramadhan yang penuh berkah…bulan keampunan, dan bulan rahmat.

Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia telah mewajibkan kepada orang2 sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, seperti dalam firmanNya: “Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oarng2 sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” [Al Baqarah: 183]

Antara perkara yang perlu diamalkan semasa berpuasa adalah bersahur. Dari ‘Abdullah bin Harits, dari seorang shahabat Nabi SAW dia bercerita: “Aku pernah masuk menemui Nabi SAW, sedang beliau tengah sahur seraya berucap: ‘Sesungguhnya sahur itu berkah yang diberikan oleh Allah kepada kalian, janganlah kalian meninggalkannya.’ ”

Dan sebaik-baik makanan ketika sahur adalah kurma. Mudah-mudahan kita dapat amalkan sunnah bersahur dan juga dapat mengambil ibadah sunat yg lain seperti qiamullail dan solat terawikh. Dan jangan lupa untuk menjaga lidah dari bercakap yang sia-sia apatah lagi mengumpat yang menambah dosa. Semoga kita dapat mendidik hati daripada segala sifat mazmumah dan mengamalkan sifat mahmudah serta berusaha menjadi hamba yang bersyukur.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Sama-sama kita berusaha untuk melaksanakan ibadah puasa dengan penuh ikhlas demi mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 234,269 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.