Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for the ‘Buku Pilihan’ Category

budak u1-2

 

Hakimi, seorang remaja desa buat kali  pertama telah menjejakkan kaki ke menara gading untuk mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal. Di kampus, dia bergiat aktif dalam Skuad Kadet Bomba dan telah dilantik menjadi ketua skuad. Daya kepimpinan dan sifatnya yang mesra telah mengundang ramai kenalan baharu. Sejak detik itu, dia dihujani panggilan misteri daripada orang yang tidak dikenali. Di situ juga, dia telah berkenalan dengan Citra, seorang pelajar jurusan Perakaunan. Dalam diam-diam, Hakimi menyimpan suatu perasaan terhadapnya tetapi dia malu untuk mendedahkannya kerana dia menyangka bahawa Citra sudah dimiliki oleh orang lain.

Ketika sedang asyik bergembira dalam riang-ria panorama kampus, muncul noda hitam dalam diari hidupnya. Pada suatu malam, Hakimi telah dipukul oleh beberapa orang samseng yang tidak dikenali. Dia tidak tahu apakah sebabnya dia dipukul dan siapa punya angkara. Mungkinkah itu angkara orang ketiga atau pihak lain yang mengundang sengketa.

Di dalam novel ini, banyak lagi ranjau yang dilalui oleh Hakimi sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di universiti. Antara isu menarik yang dimuatkan dalam trilogi ini ialah berkenaan peristiwa kehilangan  motosikal, kerja sambil belajar, cinta tiga segi dan gunting dalam lipatan. Segala kisah yang dimuatkan dalam novel ini diadaptasikan daripada pengalaman penulis dan rakan-rakan sewaktu belajar di universiti. Ia sangat sesuai dibaca oleh para pelajar sekolah, pelajar universiti dan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang mencintai alam kampus.

 

Testimoni

 

“Salam bang. Iwan baru je habiskan novel Budak U. Tahniah. Saya suka jalan ceritanya. Penceritaan yang santai atau sempoi. Selain tu, iwan suka dengan katekter watak utama yang tak perfect. Baru la realistik. Ada sesetengah novel tu, niat nak berdakwah, yes i understand, but bila dia buat watak utama tu alim warak macam malaikat, pembaca jadi bosan. Tapi watak hakimi ni, baik-baik dia pun, dia kadangkala terbuat silap. Macam kita semua juga la kan.” (Iwan Ghazali)

 

Untuk pembelian terus daripada penulis, sila hubungi 019-4702839

 

 

Advertisements
Image
SINOPSIS BUKU:
Para Sahabat RHUM adalah manusia termulia di atas muka bumi ini setelah Para Nabi dan Rasul AS. Kekuatan iman dan pegangan sunnah yang mereka miliki memang tidak ada tolok bandingnya. Merekalah manusia yang awal-awal beriman, hidup bersama-sama Rasulullah SAW dan berjuang menyebarkan kalimah Allah sehingga ke seluruh pelusuk alam dalam susah atau pun senang. Jika diselak semula kitab sirah, kita akan mengetahui begitu banyak kisah kehidupan mereka yang sepatutnya menjadi panduan kepada generasi hari ini. Atas maksud itulah, buku ’20 Kisah Keajaiban Sahabat’ ini ditulis bagi menceritakan mengenai kehebatan Para Sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT dengan gelaran radiallahu anhuma.
Untuk menempah buku ini,boleh hubungi 019-4702839 (RM 14 termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei
dan Singapura)
Image
Sinopsis lanjut mengenai buku ini, sila layari:

 

Dapatkan novel tarbiah awal remaja di pasaran sekarang!

 

Melakukan Dosa dan Bertaubat Berkali-kali

Soalan:

Apabila seseorang itu membuat dosa lalu ia bertaubat. Selepas itu ia melakukan dosa lagi dan ia bertaubat semula. Tetapi selepas bertaubat ia melakukan dosa lagi dan ia bertaubat semula. Adakah taubatnya diterima atau tidak?

Jawapan:

Tanda-tanda kesempurnaan taubat harus meninggalkan segala dosa dan menghilangkan pengaruhnya terhadap jiwa sebagaimana sinar matahari menghapus kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang bertaubat dari suatu dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain, maka taubatnya belum sempurna.

Bertekad dalam bertaubat hingga akhir hayatnya, untuk mengakhiri dosa-dosa. Berjanji tidak mengulangi perbuatannya yang telah lalu sebagaimana susu tidak akan kembali ke sumber asalnya. Kemudian memulai dengan penyesalan dan mengakhiri dengan perbuatan amal soleh dan ketaatan. Membersihkan hatinya dari pengaruh maksiat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa selama-lamanya.

Tanda kesempurnaan taubat lagi adalah melakukan taubat kerana Allah SWT, bukan untuk menjaga kesihatan, harta benda atau ketamakannya untuk menikmati isi dunia, takut akan hukuman seseorang atau undang-undang, takut tidak ada orang yang membantu untuk berbuat maksiat. Apabila dia ingin bertaubat dari seluruh dosanya, maka seluruh anggota badannya harus bertaubat.

Seseorang yang telah sepenuh hati bertaubat, maka semestinya dia tidak kembali berbuat dosa. Jika kembali, maka hal tersebut telah membatalkan taubatnya, sebab syarat sahnya taubat adalah dengan terus menerus melakukannya seumur hidup. Malakukan perkara-perkara yang membatalkan dan menyalahi taubat dapat mengurangi kesempurnaan dan manfaatnya.

Seorang hamba yang telah bertaubat kemudian kembali mengulangi perbuatannya lagi, maka dosa yang pertama yang telah ditaubatinya terhapus walaupun taubatnya batal sebab dia telah bertaubat dari dosa hingga seolah-olah dia tidak melakukannya atau belum pernah melakukannya. Orang yang mengulangi perbuatan dosa maka dia berdosa atas perbuatan berikutnya bukan yang pertama, kerana taubat terdahulu adalah sah, sedang mengulangi perbuatan dosa akan mendapat seksa.


Wallahu A'lam.

Petikan buku Taubat- Amalan dan Penghayatannya

taubat-11


Tags:

TIDUR MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

 

Tidur mengiring ke kanan

 

Rasulullah s.a.w. mengajar ummatnya supaya tidur di atas lambung kanan. Hadis dari Abu Hurairah r.a. menyebutkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu ingin tidur, maka masuklah ke dalam selimutnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang ditingalkan di atasnya. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanannya. Kemudian bacalah:

 

Dengan namaMu wahai Tuhanku, aku meletakkan lambungku dan dengan Mu aku mengangkatnya. Jika Engkau menahan nyawaku, maka kasihanilah ia. Dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah ia dengan apa yang Engkau jaga akan hamba-hambaMu yang soleh.

 

Daripada al Bara’ bin A’zib r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Apabila kamu datang ke  tempat tidurmu, ambillah wudhuk seperti wudhuk solatmu dan tidurlah di atas lambung kananmu.”

 

Hafsah binti Umar meriwayatkan: “Nabi s.a.w. apabila baginda ingin tidur, baginda menjadikan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.”

(riwayat At-Tabrani)

 

Berkenaan hikmah tidur di atas lambung kanan, Imam Ibnu al-Qayyim, anak murid kepada Imam Ibn Taimiyah menerangkan apakah rahsia nabi s.a.w. berbaring di atas lambung kanannya. Menurut beliau, hati manusia terletak di sebelah kiri, maka apabila dia tidur di atas lambung kirinya, nescaya tidurnya akan menjadi terlalu nyenyak. Ini kerana ia akan berada dalam keadaan tersangat rehat maka tidurnya akan menjadi berat dan nyenyak. Akan tetapi, jika dia tidur di atas lambung kanan, hatinya tidak akan tertindih, justeru dia tidak akan tenggelam dan nyenyak dalam tidurnya.

 

Tidur dalam keadaan suci

 

Antara sunnah Rasulullah s.a.w. ialah tidur dalam keadaan bersuci iaitu berwudhuk. Dalam hadis al-Bara’ bin A’zib, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu ingin masuk tidur maka ambillah wudhuk dengan cara wudhuk untuk solat. Sehubungan itu, Muaz bin Jabal meriwayatkan satu hadis, Nabi s.a.w. bersabda,

 

Maksudnya: “Setiap Muslim yang tidur dengan membaca zikir dan dalam keadaan suci (berwudhuk), lalu dia terjaga pada  waktu malam, lantas berdoa kepada Allah memohon kebaikan urusan dunia dan akhirat, pasti Allah akan mengurniakan  kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan abu Daud)

 

Turut dinyatakan dalam hadis dari Ibnu Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sucikanlah jasad-jasad kamu ini, nescaya Allah akan menyucikan kamu. Ini kerana sesungguhnya tidaklah seseorang hamba itu tidur pada waktu malam dalam keadaan suci kecuali akan bermalam bersamanya di hujung rambut-rambutnya satu malaikat. Tidaklah dia bergerak-gerak pada satu ketika malam tersebut kecuali malaikat itu berkata (berdoa) “Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa hamba Mu ini, kerana sesungguhnya dia telah tidur dalam keadaan suci. “ (Riwayat at-Tabrani)

 

Tidur awal

 

Antara wasiat dan nasihat Nabi s.a.w. tidur awal selepas waktu Isyak, ia merupakan satu amalan terpuji dan adat menjaga kesihatan yang baik. Kelebihannya dinyatakan dalam hadis Abi Barzah al-Aslami bahawa Nabi s.a.w. menggalakkan supaya dilewatkan Isyak. Tambahan pula Nabi s.a.w. juga membenci tidur sebelumnya dan berbual-bual selepasnya. (riwayat al-Bukhari)

 

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Qadhi I’yadh ketika menjelaskan maksud kata-kata Abi Barzah “Dan baginda juga membenci tidur sebelumnya”: “ini kerana ia membawa kepada melewatkan Isyak sehingga keluar waktunya atau keluar daripada waktu mukhtar (pilihan/sunat). Manakala berbual-bual kosong selepasnya boleh membawa kepada tidur sebelum waktu Subuh atau tidur daripada solat Subuh pada waktunya yang mukhtar atau tertidur daripada bangun qiamullail (tidak terjaga untuk qiamullail).”

 

Ibn Rafi’ berkata: “Saidina Umar r.a. bin al-Khattab megibas orang dengan cemetinya selepas Isyak sambil berkata “Bangkitlah! Semoga Allah memberi rezki kepada kamu solat”

 

Selain itu antara perkara yang berkaitan dengan tidur ini ialah seseorang hendaklah memilih tempat tidur yang sesuai. Maksudnya tidak melampau dalam mencari tempat tidur seperti tilam yang lembut, empuk dan penuh kenikmatan. Tempat tidur yang sedemikian akan menyebabkan banyak tidur dan lalai serta menarik kepada sifat malas dan susah untuk bangun malam. Ini sabit dalam hadis Aisyah r.a. bahawa bantal Nabi s.a.w. yang digunakan untuk tidur adalah daripada jenis kulit yang disumbat dengan sabut. (riwayat Abu Daud dan Ahmad)

 

Daripada Ibn Abbas r.a. bahawasanya Umar bin al-Khattab r.a. masuk berjumpa Rasulullah s.a.w. sedangkan baginda sedang berbaring di atas tikar sehingga meninggalkan kesan tikar di lambungnya. Lalu Umar berkata: “Wahai Nabi Allah! Alangkah eloknya jika engkau mengambil tilam yang lebih elok daripada ini?” Maka Nabi s.a.w. pun bersabda:

 

Maksudnya: ”Tiadalah bagiku dan bagi dunia, tiadalah perumpamaan antara aku dan dunia ini kecuali seperti seorag penunggang yang berjalan pada hari panas terik kemudian berteduh di bawah sebatang pokok seketika pada waktu siang, kmudian dia akan pergi berlalu dan meninggalkannya.”(riwayat Ahmad dan al-Hakim)

 

Beramal dengan zikir-zikir yang disyariatkan sebelum tidur

 

Zikir-zikir merupakan benteng dan pendinding kepada setiap Muslim dengan izin Allah daripada segala gangguan jin dan syaitan. Ia turut membantu untuk qiamullail pada malam tersebut. Banyak zikir-zikir yang boleh dibaca dan dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya hadis riwayat Abu Hurairah r.a. yang telah diterangkan sebelum ini.

 

Begitu juga Aisyah r.a. meriwayatkan Nabi s.aw. ketika baginda hendak masuk tidur pada setiap malam, baginda mengumpulkan kedua tapak tangannya kemudian menghembus ke arahnya sambil membaca surah al-ikhlas , al-Falaq dan an-Naas. Kemudian baginda menyapu dengan kedua tapak tangannya ke semua bahagian badannya yang ia mampu. Bermula dari bahagian kepala, wajah dan seluruh jasadnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada setiap malam, nescaya ia akan dilindungi.

 

 

 

Assalamualaikum. Alhamdulillah di kesempatan ini saya nak kongsikan sesuatu dengan pembaca sedikit info yang saya dapat dari buku “Pemimpin Berjiwa Rakyat”. Semoga apa yang baik dapat diambil sebagai contoh dalam kehidupan kita.

 

 

Wajah adalah ekspresi rasa baik dari dalam diri atau dari luar diri. Sesungguhnya wajah tidak bersuara tetapi ia tetap mampu bertutur. Ia sesungguhnya boleh berbahasa.wajah bias berkomunikasi. Masalah Cuma bermula dari kegagalan orang untuk memahami maksud yang terlontar.

 

 

Wajah menyampaikan maksud tersirat mesej dar air mukanya itu kepada regu atau pelaku yang berada di hadapan atau di luar dari lingkaran dirinya. Wajah keikhlasan, wajah ceria, wajah kosong, wajah simpati, wajah empati, wajah serius, wajah khuatir, wajah jemu, wajah terkejut, wajah protes, wajah marah, wajah rimas adalah antara ekspresi wajah yang perlu difahami. Ia melantun, ia terpantul dari dasar lmu yang bertolak dari dalam atau tohornya bekal “iman-taqwa” yang ada pada seseorang. Bertolak dari niat di sarang hati itulah biasanya, wajah bisa mengetuk atau menutup pintu hati.

 

Hantaran rasa di bingkai wajah dari gerak hati penuh keikhlasan biasanya akan dapat dikesan, dibaca dan difahami oleh pembaca yang berhati suci. Bagaikan sekeping kaca jernih, wajah ilmuan yang bertaqwa adalah tempat telekan terang bagi mereka yang mahu menilai diri.

 

Ini lebih-lebih lagi benar apabila wajah yang mengasuh itu milik seorang ulama’, biarpun tidak melibatkan sepatah kata sekalipun seakan-akan sama juga dengan berada di sebuah sesi kenal-mengenal yang bahagia. Walaupun tanpa kata tentunya pertemuan itu akan sarat dengan makna, penuh dengan nikmat, dna kerap kali terhimpun di dalamnya makna-makna dari rahsia keindahan bertajalli.

 

Di sebalik tirai-tirai rahsia itulah diamnya maksud dari makna maujud di langit-langit tinggi. Ia indah justeru mesejya persifat bathin. Ia tersembunyi. Diam itulah indah. Galilah di situ. Mungkin tuan akan menemui emas itu.

 

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman sekalian. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada sebuah buku yang dibaca iaitu 7 TIPU DAYA SYAITAN KE ATAS UMAT ISLAM, karangan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Yang ingin saya kongsikan di sini ialah 5 strategi melawan syaitan. Dan untuk bacaan kali ini saya kongsikan strategi yang pertama.

1. Ikhlas Dalam Beragama

Apabila iblis berjanji kepada Allah untuk menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam ahli neraka, iblis dengan sendirinya mengakui bahawa ia tidak dapat melaksanakan janji tersebut kepada satu golongan orang iaitu mereka yang ikhlas. Perhatikan firman Allah SWT dalam surah al-Hijr, ayat 36-40 yang bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).” Allah berfirman, “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari-masa yang termaklum”.

Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, maka demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Mu di antara mereka yang ikhlas.

Dalam dua ayat di atas, syaitan telah membongkarkan rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya kepada umat Islam sehingga ke Hari Kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu golongan orang. Mereka itu ialah orang-orang yang ikhlas dalam beragama.

Ikhlas yang dimaksudkan adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. Adapun ikhlas yang dikecualikan oleh syaitan, maka ia adalah keikhlasan yang berlaku dalam konteks yang lebih besar, ia adalah keikhlasan yang melibatkan keseluruhan agama dan bukan sekadar amalan-amalan tertentu di dalam agama. Ertinya, kita beragama, memperjuangkan agama, membela agama, dan melakukan kerja agama semuanya kerana Allah.

Pada masa kini keikhlasan beragama sangat sukar untuk ditemui. Kita jarang dapat menemui orang yang memiliki penghayatan agama melainkan dia melakukannya kerana tuan gurunya, kedudukannya, alirannya atau jamaahnya. Yang dimaksudkan dengan jamaah ialah parti, persatuan, pertubuhan dan organisasi.

Hendaklah kita merenung kembali tujuan kita beragama. Seandainya ia 100% kerana Allah, maka peliharalah keikhlasan tersebut. Jika belum mencapai 100% kerana Allah, maka perbetulkanlah kerana syaitan akan menyelit masuk dengan segala tipu dayanya dalam kekurangan tersebut.


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 217,908 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.