Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Ada Sifat Babi Yg Sangat Diharamkan Untuk Umat Islam
Ada orang asing bertanya (ilmuwan) kepada salah seorang ulama mengenai haiwan babi ini…

Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yangg bersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja.. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat dua kandang. Satu kandang anda isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam bet ina . Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yg akan terjadi pada masing-masing di kandang tersebut? Bisakah anda menekanya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina . Yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebut 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dengan kudrat dan fitrah manusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yg menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidak berkelahi untuk merebut babi betina tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yg jelas-jelas bertentangan dengan fitrah umat manusia. Bila umat Islam ikut-ikutkan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat karakteristik seperti babi ini..

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – Surah Al-Maidah (5): ayat 3.


KUALA LUMPUR. 24 Mac (Hrkh) Penggantungan tiga bulan yang dikenakan ke atas Harakah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah semata-mata tindakan ‘desperado’ kerajaan Umno-BN.

Demikian tegas Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu penggantungan akhbar milik PAS itu berkuat-kuasa serta merta.

“Ini satu tindakan terdesak, ‘desperado’ yang memperlihatkan sekatan ke atas maklumat, menyekat kebebasan suara rakyat yang diterjemahkan melalui akhbar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Penggantungan ini katanya memperlihatkan sebenarnya kerajaan Umno-BN tidak mampu untuk menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan akhbar ini yang menjadi suara rakyat.

Namun tindakan ini sebenarnya hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat yang sudah tidak percaya kepada laporan media arus perdana yang terlalu banyak manipulasi, ujarnya.

Mengulas mengenai syarat akhbar parti seperti Harakah hanya perlu melaporkan berita mengenai perkembangan parti sahaja, beliau menempelak peraturan tersebut.

“Ini satu peraturan yang mundur, terkebelakang dan tidak bertamadun.Mengapa akhbar parti tidak boleh melaporkan perihal politik?” soalnya.

Dr Hatta tidak menolak kemungkinan penggantungan ini sebenarnya adalah usaha menutup sebaran maklumat lebih-lebih lagi dalam negara menghadapi krisis kepimpinan yang dahsyat.

Selain itu katanya usaha ini adalah untuk menutup ruang kempen bagi tiga pilihan raya kecil (PRK), Parlimen Bukit Gantang; Dun Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini.

Beliau seterusnya melahirkan rasa kecewa dengan sikap KDN ini yang sekaligus menutup ruang demokrasi di negara ini.

KDN semalam menggantung permit akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5.00 petang semalam.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000. – wann/mks. _

SEMUANYA seperti tidak masuk akal… Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai ‘market leader’ dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.

Itulah TV3… Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan “Berita Terkini, Hiburan Sensasi”.

Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu ‘ucapan derhaka’ seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.

Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama – program berita waktu puncak TV3.

Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang – tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.

“Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali.

“Ni cakap-cakap seperti ini dia ada ‘malafide’ (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

“Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!” tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.

Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai ‘gembala kerbau’ kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.

logo

Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. ‘Footage’ menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.

Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan ‘Urusan Diraja’. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.

Diberitakan ‘orang kuat’ TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.

Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

“Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja,” bidas beliau.

azizan

Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.

“Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.

“Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah… budak-budak.

“Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!” sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.

Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.

Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.

Jadi, selepas ini janganlah kita percaya seratus peratus apa yang disampaikan oleh TV3..berhati-hati dengan sebaran fitnah. Sesungguhnya fitnah itu lebih dasyat dari membunuh!

Salah Guna Kuasa Pemimpin UMNO

Petikan dari Akhbar Wasilah 22-28 Februari 2009


Sejak 1955, UMNO merupakan parti yang sangat kukuh dan kuat. Amat sukar bagi mana-mana parti politik pembangkang mahu menggugat UMNO. Tokoh terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman,  Tun Razak dan Tun Hussein Onn amat dikagumi oleh rakyat. Namun kini semuanya telah berubah, tidak lagi seperti dahulu.

Pentadbiran selepas Tun Hussein Onn mula membawa pecah dan rebah kepada UMNO. Dr Mahathir mentadbir negara ini seolah-olah Malaysia mengamalkan sistem satu parti. Wang rakyat dibelanjakan sesuka hati sehingga menegeringkan perbendaharaan.

Penentang-penentangnya di dalam parti ditolak keluar. Terkeluarlah Dato’ Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri menyaksikan semua bangunan di Kem Tahanan Kemunting menambahkan bilangan penghuni-penghuni. Golongan yang menentangnya dan kerajaannya disumbat ke sanadi bawah undang-undang jahat ISA, dan ahli-ahli politik pembangkang tidak ada yang terlepas dari jaring ISA. Skandal ISA yang paling hebat berlaku semasa Operasi Lalang di mana ratusan ahli-ahli politik pembangkang disumbat ke Kemunting.

Tekanan kecil akan mendapat lantunan kecil. Tekanan besar akan mendapat lantunan besar. Hasil dari lantunan inilah UMNO di bawah Mahathir menjadi parti yang hilang sokongan dan populariti, dan pada pilihanraya terakhir di bawah pentadbirannya, pembangkang berjaya segar di hampir semua negeri.

Abdullah Ahmad Badawi memasuki gelanggang dengan gelaran “Mr Clean”. Rakyat mencubanya dan Abdullah berjaya mengembalikan imej UMNO dan pada pilihanraya pertama di bawah pengendaliannya, UMNO hampir berjaya membuat suatu “clean sweep”. Suatu kejayaan besar untuk UMNO dan Abdullah.

Imej Mr Clean Abdullah tidak kekal lama. Didedahkan satu demi satu betapa business keluarganya diberi keutamaan dan korupsi semakin menjadi-jadi. Indeks korupsi negara meningkat tahun demi tahun dan pentadbiran Abdullah tidka mampu mewujudkan kerajaan yang bersih.

Bukan sahaja tidak berjaya melawan rasuah dan korupsi, kerajaan Abdullah dianggap sebagai lemah.

Beliau gagal memulihkan imej kehakiman yang tercemar, juga memperbaiki sistem pilihan raya yang dipandang tidak demokratik. Beliau gagal menaikkan ekonomi negara dan pendapatan rakyat. Justeru kerana itu, pentadbiran Abdullah dihukum dengan rakyat memberikan undi yang begitu besar kepada pembangkang. BN kalah di lima negeri-Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan kalah juga di Wilayah Persekutuan apabila BN hanya memenangi 1 dari 10 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Negeri Sembilan juga hampir jatuh ke tangan pembangkang, BN hanya memenangi hanya dengan majoriti 4 kerusi. Pentadbiran NS adalah rapuh dan boleh tumbang pada bila-bila masa.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahu mengambil iktibar sebenar daripada kekalahan di dalam PRU 12. Mereka menjadikan kelehamahan Abdullah sebagai punca utama. Mereka mahu Abdullah dikeluarkan dari pimpinan. Mereka enggan mengkaji kelemahan mereka yang sebenar.

Mereka tidak mahu ambil kira penyebab kelemahan UMNO yang tenat. Mereka tidak mahu ambil tahu kenapa rakyat mahu menolak UMNO. Mereka enggan menerima hakikat bahawa kesemua pimpinan tertinggi UMNO terlibat dengan rasuah dan kronisme. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa pemimpin-pemimpin UMNO berjuang untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni, membeli kedudukan dan melakukan rasuah untuk mendapatkan jawatan di dalam parti.

Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO bukan lagi berjuang untuk agama, bangsa, negara dan tanah air, tetapi untuk kepentingan pemimpin-pemimpin. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO sudah menjadi sebuah parti yang mengamalkan sistem kuku besi apabila diadakan sekatan-sekatan untuk pertandingan bebas di dalam parti sehingga membolehkan presiden dan lain-lain jawatan seolah-olah tidak boleh pertandingkan. Apa jua aduan terhadap pemimpin tertinggi parti dilindungi oleh “imuniti”. Kesemua ini membosankan ahli-ahli UMNO, rakyat dan negara.

Kerajaan-kerajaan PR telah menunjukkan arah pentadbiran telus dan bermaruah, berintegriti dan dihormati. Kerajaan PR Perak mendapat sanjungan rakyat negeri itu. Ia berjaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah bagi Orang Asli, orang Melayu dan orang Cina, ia menjadi kerajaan yang sangat popular di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh segelintir orang-orang kaya. Sultan Perak tentu memahami hakikat ini walaupun hidup di dalam kepungan tembok batu mengelilingi istananya.

Datuk Seri Najib yang tidak sabar-sabar mahu menjadi Perdana Menteri telah melakukan apa yang dibenci rakyat. Beliau dihubung kait dengan beberapa skandal besar, Skandal pembunuhan Altantuya dan kehilangan saksi utama yang mengaitkan beliau dengan skandal itu, dan rakyat bertanya: Di mana Balakrishnan, dan kenapa dia dihilangkan sebaik saja membuat surat sumpah terhadap Najib? Najib juga dikaitkan dengan komisyen besar di dalam pembelian Scorpene dan Eurocopter. Najib juga dilibatkan dalam mengadakan pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, seorang pemimpin rakyat yang diharap dapat menyelamatkan negara ini. Rakyat takut mahu memberikan keyakinan kepada Najib kerana beliau belum berjaya dan tidak mahu membersihkan namanya di dalam skandal-skandal ini.

collage201

Skandal-skandal di Perak dengan tawaran berjuta-juta ringgit untuk wakil-wakil rakyat PR menyeberang kepada BN semuanya juga menunjuk ke arah Najib. Mereka hilang dan berada di Pekan dan kemudian di rumah Najib, hanya mengesahkan bahawa perangkap Najib menghulurkan tawaran adalah benar kecuali dapat dibukti sebaliknya.

Rakyat bukan sahaja benci kepada Najib, malah rakyat tidak mahu negara ini ditadbir oleh seorang yang bermasalah dengan pelbagai pertuduhan skandal yang tidak dibersihkan. Dan tindakan Najib yang menggulingkan kerajaan PR yang disayangi di Perak menjadi satu ledakan kebencian kepadanya. Dan dengan beliau melibatkan institusi raja, menjadikan Najib manusia yang paling tidak bermaruah untuk diterima sebagai pemimpin UMNO dan negara ini.

Agenda Najib untuk menjadi Perdana Menteri menjadi sempadan kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat untuk menyokong parti itu. Rakyat dengan pantas menukarkan sokongan mereka kepada PR seiring mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib yang berjaya memusnahkan UMNO dengan sekelip mata.

Reputasi MCA dan MIC yang menjadi rakan kongsi utama kepada UMNO, manakala Gerakan dan PPP sekadar tempelan kepada parti itu, terjejas berikutan “kerajaan Najib” di Perak tidak mempunyai perwakilan orang India dan hanya sekadar seorang berketurunan Cina. Adakah kerajaan seperti ini boleh diterima rakyat daripada kalangan kaum Cina dan India? Sekali-kali tidak, dan kesan ini dirasakan di seluruh negara.

1_636405635l

Rakyat Mangsa Politik Rakus UMNO
Petikan dari Akhbar Wasilah 22-28 Februari 2009

KUALA LUMPUR: Krisis Perak telah menggemparkan rakyat Malaysia dan membawa kesan yang buruk kepada usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum apabila ia mengheret institusi raja kepada tanggapan yang boleh mencemarkan nama baik raja sebagai payung rakyat.

Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Perpaduan Nasional Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berpendapat UMNO dan BN adalah pencetus kepada keadaan huru hara pentadbiran kerajaan negeri itu di mana rakyat menjadi mangsa rakus politik ala ‘perompak’.

Sehubungan itu, katanya pihak yang mencetuskan keadaan ini perlu bersikap rasional dalam membuat percaturan politik dan bukannya menggalakkan politik gangster yang menafikan hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan pilihan mereka.

Beliau juga mendakwa pihak UMNO dan BN telah berusaha menculik, mengugut dan menyiksa secara mental Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu supaya mereka meninggalkan Pakatan Rakyat dalam usaha menjauhkan kerajaan berkenaan.

“Politik dendam kesumat dan benci sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang kotor dan tidak bertamadun. Amalan bacul yang berselindung di sebalik istana, polis dan media bagi menutup pekung mereka sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada institusi yang sifatnya melindung kepentingan awam bukan parti tertentu,” katanya dalam suatu kenyataan di sini.

Dr Mujahid mendakwa amalan politik perkauman mencetuskan ketegangan kaum melalui fitnah dan penipuan seolah-olah PR anti raja dan Melayu dicetuskan UMNO dan BN apabila media tertentu menjadi alat menyebarkan fitnah, pembohongan dan penipuan sehingga hilang kredibiliti pemberitaan yang professional.

Assalamualaikum..bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dipanjangkan usia sehingga ke tahun baru 1430 Hijrah dan tahun 2009.  Ketika kita penuh kegembiraan menyambut tahun baru, kita hampir terlupa kepada saudara seIslam kita yang sedang menderita dizalimi oleh Yahudi..oleh itu saya menyeru kpd diri saya dan juga sahabat semua agar sama2 mendoakan mereka..
di saat kita tersenyum bahagia..
mereka pula menanggung derita..
di saat kita bergelak ketawa..
mereka sudah kekeringan air mata..
siapakah mereka???
adakah sekadar mereka yang berkongsi bumi yang sama??
siapakah mereka??
adakah sekadar tontonan di kaca tv semata-mata??
siapakah mereka??
adakah sekadar penghias dada2 akhbar layaknya??
merekalah saudara..
saudara seislam kita yang sewajarnya lebih dekat dari saudara seibu bapa..
jadi…
apa yang perlu kita lakukan??
hanya menonton mereka di kaca tv atau membaca kisah mereka di dada akhbar???
tidak!!!!
ini saudara kita..lakukan sesuatu untuk mereka
adakah dengan menggalas senapang??
tidak perlu..
cukup sekadar doa dan solat hajat.kerana doa itu senjata terhebat bagi org Islam..
apa lagi???
jika mampu… hulurkan bantuan kewangan kepada mereka..
apa lagi???
sebarkan berita penderitaan mereka kpd rakan2 yang lain
minta mereka doakan kemenangan saudara kita..
mereka korbankan nyawa untuk Islam..
adakah anda rasa berat dan susah untuk korbankan sedikit masa untuk berdoa dan solat hajat???
ALLAHumma, Dammireeel Yahud wan Nasara
(Wahai ALLAH, Hanchurkan Yahudi & Nasrani)wal Munafiqin(dan org-2 munafik),fiii Gaza wa fiii Palestin(di Gaza dan di Palastin) wa(dan)
ALLAHumman Surril ISLAM, wal Muslimeeen,(ALLAH, berilah kemenangan kepada ISLAM… dan kepada Muslimeeen wal Mu’mineeen, wal Mujahideeen, fiii Gaza, wa fiii Palestin, wa fiii Mindanao, wa fiii Chichyen, wa fiii Malizia, wa fiii kulli makaaan, wa fiii kulliz zaman…, biRahmatikayaaa. .. ARHAMARRAHIMEEEN. ..
WasSallALLAHU` `ala, Sayyidina Muhammad Rasuuulillahu `alaihiwasSallam, Tasliiiman Katheeera… , wa `ala alihi, wa sohbihi ajma`een, wal HAMDULILLAHIRABBIII L `ALAMEEEN… … Ameeen Ya ALLAH
3258057170_fc9dd8eb85
UNTUK INFO LANJUTKAN, KORBANKAN SEDIKIT MASA UNTUK MELAYARI LAMAN WEB DI BAWAH:

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk “PM: Get true picture of global oil price hikes” (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini – peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah ?mahal? kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport. Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita ? sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh – penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.

Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.

Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.

Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?

Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.

Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.

Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?

Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya.

sumber:harakahdaily


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 216,826 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.