Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for May 2008

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini sahabatku Nor Fauzana & Solahuddin telah menamatkan zaman bujang mereka. Didoakan agar kedua-dua sahabat seperjuangan di bumi KMK ini akan meneruskan kesinambungan dakwah mereka hingga ke akhir hayat. Moga berbahagia selalu hendaknya…Selamat Pengantin Baru! Ditujukan khas nasyid dari kumpulan Hijjaz ni untuk kalian..

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumah tangga
Ada masa senang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan bermaafan itu perlu

….sambung sendiri =)

Advertisements

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah cuti yang lepas saya berkesempatan ke sekolah lama, menjenguk anak-anak murid yang hampir sebulan ditinggalkan. Terharu saya bila disambut mereka dengan wajah-wajah yang penuh kerinduan. Tak sangka ada juga yang berikan saya kad ucapan hari guru walaupun saya tidak mengajar lagi, namun khidmat saya yang sekejap itu masih lagi dikenang. Alhamdulillah syukur..

Teringat kembali saat saya berada di sekolah rendah dan sekolah menengah. Jasa guru terlalu besar, pengorbanan mereka tak dapat dibalas. Hanya doa sahaja yang mengiringi semoga Allah berkati kehidupan guru-guru yang telah mendidik diri ini menjadi insan berguna. Terima kasih wahai guru!

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau kuanggapkan sebagai ibu bapaku

Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku..
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan kubuktikan kepadamu
Wahai guruku

oleh: Shoutul Amal

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman. Saya ingin kongsikan secebis ilmu yang diperolehi daripada sebuah buku tazkirah harian. Semoga ada manfaat untuk kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain..insyaAllah.

  1. Jangan terlalu memikirkan masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersikap tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda membenarkan mereka mendapatkan hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan tentang semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  10. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  11. Jangan fikirkan sikap yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  12. Terimalah hakikat kadangkala diri kita pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
  13. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
  14. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan seperti orang hilang sabar.

“Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama..

Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat..

Berbuallah degan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar..

Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masig lagi boleh memahaminya..

Buat semua ibu..”SELAMAT HARI IBU

Sejenak hatiku mula tersentuh
Bila terkenang ibuku nun jauh
Aku di rantauan penuh kerinduan
Bersama harapan pulang ke pangkuan

Biarpun anakmu jauh di mata
Namun di hati tak pernah kulupa
Wajah manis ibu tutur kata
Menjadi menyubur semangat jiwaku

Walau selaut kucurah baktiku
Walau segunung kutabur jasaku
Namun takkan dapat dibalas
Pengorbananmu waktu kecilku

Untukmu ibu salam sayangku
Doa dan restu kupohon darimu
Agar dimudahkan laluan hidupku
Menempuh dugaan di medan ini

Alangkah rindunya belai kasihmu
Alangkah indahnya mutiara katamu
Ingin rasanya bertemu kembali
Kenangan dahulu yang harum mewangi

oleh: Kumpulan Zulfan

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrahmu murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

oleh: Rabbani

Assalamualaikum. Kepada sahabat yang berkelapangan bolehlah hadir dan ajak juga teman-teman yang lain ke program yang menarik ini. Kepada sahabat yang berkesempatan untuk pergi jangan lupa dapatkan buku pertama tulisan Ustaz Hasrizal yang berjudul “Aku Terima NIkahnya”.

Assalamualaikum. Alhamdulillah di kesempatan ini saya nak kongsikan sesuatu dengan pembaca sedikit info yang saya dapat dari buku “Pemimpin Berjiwa Rakyat”. Semoga apa yang baik dapat diambil sebagai contoh dalam kehidupan kita.

 

 

Wajah adalah ekspresi rasa baik dari dalam diri atau dari luar diri. Sesungguhnya wajah tidak bersuara tetapi ia tetap mampu bertutur. Ia sesungguhnya boleh berbahasa.wajah bias berkomunikasi. Masalah Cuma bermula dari kegagalan orang untuk memahami maksud yang terlontar.

 

 

Wajah menyampaikan maksud tersirat mesej dar air mukanya itu kepada regu atau pelaku yang berada di hadapan atau di luar dari lingkaran dirinya. Wajah keikhlasan, wajah ceria, wajah kosong, wajah simpati, wajah empati, wajah serius, wajah khuatir, wajah jemu, wajah terkejut, wajah protes, wajah marah, wajah rimas adalah antara ekspresi wajah yang perlu difahami. Ia melantun, ia terpantul dari dasar lmu yang bertolak dari dalam atau tohornya bekal “iman-taqwa” yang ada pada seseorang. Bertolak dari niat di sarang hati itulah biasanya, wajah bisa mengetuk atau menutup pintu hati.

 

Hantaran rasa di bingkai wajah dari gerak hati penuh keikhlasan biasanya akan dapat dikesan, dibaca dan difahami oleh pembaca yang berhati suci. Bagaikan sekeping kaca jernih, wajah ilmuan yang bertaqwa adalah tempat telekan terang bagi mereka yang mahu menilai diri.

 

Ini lebih-lebih lagi benar apabila wajah yang mengasuh itu milik seorang ulama’, biarpun tidak melibatkan sepatah kata sekalipun seakan-akan sama juga dengan berada di sebuah sesi kenal-mengenal yang bahagia. Walaupun tanpa kata tentunya pertemuan itu akan sarat dengan makna, penuh dengan nikmat, dna kerap kali terhimpun di dalamnya makna-makna dari rahsia keindahan bertajalli.

 

Di sebalik tirai-tirai rahsia itulah diamnya maksud dari makna maujud di langit-langit tinggi. Ia indah justeru mesejya persifat bathin. Ia tersembunyi. Diam itulah indah. Galilah di situ. Mungkin tuan akan menemui emas itu.

 


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 217,908 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.