Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for February 2009

Saban hari kes jenayah rompak dan samun semakin menjadi-jadi. Rasa risau dan tak selamat tinggal di rumah, apatah lagi rumah sewa yang kita kurang mengenali jiran sekeliling. Kasihan kepada mereka yang telah menjadi mangsa penjenayah yang tidak berhati perut ini. Mereka memang tidak serik dengan hukuman yang dikenakan kepada mereka. Sekadar dipenjara beberapa tahun, kemudian setelah diikat jamin bebaslah semula penjenayah tersebut. Sedikit pun tiada rasa kekesalan dalam diri mereka. Sememangnya jika dilaksanakan hukum yang telah ditetapkan Allah seperti potong tangan, sudah tentu mereka akan serik.

Memetik artikel yang ditulis dalam Majalah Solusi isu 3 berkaitan hudud:

Apakah hukum potong tangan kerana mencuri dan menyamun itu kejam???

 

Syeikh Ali Ahmad al-arjawi dalam bukunya hikmah al-Tasyri’ membahaskan impak negatif mencuri sama ada kepada diri pencuri itu atau masyarakat sekeliling:

 

Orang yang bersungguh-sungguh bekerja mencari rezeki yang halal, pasti merasa sangat kecewa apabila hasil pendapatannya dicuri.

 

Apabila sebahagian pendapatan yang diperuntukkan untuk keperluan makan minum, pakaian dan tempat tinggal dicuri, bererti si mangsa tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya menyara keluarganya. Ini memberikan kesan yang besar kepada seluruh keluarga mangsa.

 

Apabila kecurian berleluasa atau hingga menyebabkan pertumpahan darah dan kecederaan, masyarakat setempat pasti merasa takut dan menggugat keamanan semua orang.

 

Pencuri yang merasa selesa dengan pekerjaannya yang mudah serta pulangan yang lumayan, tidak lagi berminat untuk bekerja mencari pendapatan yang halal. Natijahnya, lahirlah masyarakat yang pemalas dan tidak mampu berdikari dan menyelesaikan sendiri masalah kehidupan.

 

curi-motor

Perundangan Islam sering menjadi perbahasan di kalangan orang Islam dan bukan Islam. Kewajaran hukum hudud misalnya sering menjadi isu pertikaian yang serius.

 

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh Islami wa Adillatuh berkata: “Fiqah berbeza dengan undang-undang ciptaan kerana sumbernya ialah wahyu yang terdapat didalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.aw. setiap mujtahid dalam merumuskan hukum syarak terikat dengan nas-nas kedua-duanya, roh syariah, matlamat umum, kaedah dan prinsip am syariah semuanya sudah sempurna pertumbuhannya dan selesai pembinaannya kerana prinsipnya sempurna dan kaedahnya selesa, asasnya pula dipertueguh pada zaman Rasulullah s.a.w.”

 

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh Islami wa Adillatuh (jilid 4/halaman 11-12) berkata: “Hakikat yang tidak dapat dipertikai ialah hukum potong tangan pencuri atau musuh lebih mudah daripada membiarkan kes curi terus berleluasa dalam masyarakat hingga menggugat kemanan akibat daripada jenayah dan kemungkaran yang tidak terkawal.”

 

Sejarah membuktikan masyarakat Islam ketika melaksanakan hukum hudud, hidup dalam keadaan aman damai dengan harta benda, kehormatan dan peraturan, sehingga pesalah itu sendiri yang meminta dihaddkan (dikenakan hukuman hudud ke atasnya) kerana mahu menyucikan diri dan menghapuskan dosanya.

 

Basmi Jenayah dengan Hudud

 

Di Tanah Arab satu ketika dahulu, jenayah mencuri dan merompak jemaah haji lelaki dan wanita di Baitullah begitu berleluasa. Dengan itu, sebahagian jemaah haji tidak lagi mahu kembali ke Makkah kecuali untuk menunaikan nazar yang kecil. Oleh itu Hijjaz (Kerajaan Saudi) telah melaksanakan kedua-dua hukuman ini sehingga keamanan dapat distabilkan. Selepas itu, jenayah mencuri mula berkurangan dan kegiatan merompak lumpuh, sehingga negeri itu menjadi aman.

 

Kejayaan menangani jenayah ini melalui pelaksanaan hukum hudud sangat mengagumkan dan memeranjatkan banyak pihak. Namun perkara paling menakjubkan ialah sepanjang 24 tahun hukuman ini dijalankan, hanya 16 orang dikenakan hukuman potong tangan. Secara tersiratnya, Kerajaan Saudi berjaya menyelamatkan beribu-ribu ‘tangan’ yang tidak berdosa dengan 16 bilah tangan sahaja!

 

Jelaslah ketegasan ini adalah rahmat kepada masyarakat umum. Oleh itu, pengorbanan tangan dan kaki adalah terlalu sedikit bilangannya jika dinisbahkan kepada orang yang keluar dari hukum Allah s.w.t. yang melakukan jenayah melibatkan ribuan orang yang tidak berdosa kehilangan harta benda dan tubuh, malah nyawa mereka.

 

Malah kekerasan hukuman ini juga hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang hendak melakukan jenayah, kerana ia menimbulkan ketakutan kepada orang lain untuk melakukannya. Justeru, apabila seorang pencuri dipootng tangan atau seorang perompak dibunuh, ia sebenarnya menyelamatkan beribu-ribu bakal penjenayah lain.

 

Jelasnya, hukuman hudud tidak bertujuan membalas dendam kepada penjenayah tetapi sebaliknya menyelamatkan bakal-bakal penjenayah dan memelihara orang ramai.

Pengakuan Beberapa Orang Tokoh Barat

 

Pengakuan berikut bukan disuarakan oelh para ulama Islam Universiti Al-Azhar, atau profesor fiqah di universiti lain, tetapi ia dilontarkan oleh beberapa orang tokoh popular undang-undang dunia. Pandangan mereka ini menjadi bukti tentang kebenaran, kelebihan serta kebaikan syariat Islam, mengatasi undang-undang ciptaan manusia.

 

Dr. Ezko Insabato:

“Kebanyakan perbahasan syariat Islam dalam pelbagai aspek mengatasi segala perundangan Eropah.”

 

Sarjan Undang-Undang Chibrel:

“Manusia merasa bangga terhadap keturunan seorang lelaki seperti Muhammad kerana sekalipun beliau tidak tahu membaca dan menulis, namun dalam masa lebih 10 kurun beliau mampu membawa satu perundangan yang menjadikan kami orang Eropah lebih bahagia terhadap apa jua yang kami lakukan sekiranya kami sampai kepada kemuncaknya selepas 100 tahun.”

 

Bernad Shaw:

“Agama Nabi Muhammad merupakan satu ketentuan yang tinggi kerana mengandungi satu kehidupan yang amat mengagumkan, satu-satunya agama yang memiliki pelbagai keistimewaan dan mampu mencernakan perkembangan kehidupan. Saya berpendapat Nabi Muhammad wajar dianggap sebagai penyelamat manusia. Jika seorang lelaki yang sama sifat dengannya dilantik sebagai pemimpin dunia moden ini, dia pasti berjaya menyelesaikan pelbagai permasalahan.”

 

Admon Berk:

“Undang-undang Nabi Muhammad adalah perundangan yang kukuh terhadap masyarakat daripada hak memiliki kepada penjagaan yang paling rendah. Ini merupakan perundangan yang dilengkapi segala hukum hakam sistem undang-undang. Syariat Islam adalah syariat yang paling adil, di mana penggubalan undang-undang dunia sepertinya tidak pernah mendahuluinya dan tidak mungkin ada pada zaman selepasnya.”

 

Inilah antara pengakuan tokoh-tokoh Barat yang membuktikan kekayaan perundangan, pensyariatan, pendorong ilmiah serta kemajuan yang terkandung dalam syariat Islam. Kelebihan demi kelebihan diiktiraf oleh mereka dan diakui oleh ramai tokoh.

Advertisements

Sutrah Dalam Solat

 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat), nescaya untuk berhenti selama 40 tahun adalah lebih baik baginya daripada meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi: “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Riwayat al-Bukhari)

 

Hikmah dan Falsafah

 

Sutrah bermaksud sesuatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, ataupun sebagai penghadang. Sutrah boleh menggunakan apa-apa objek di depan arah kiblat seperti batu, tongkat atau tiang dan boleh juga dengan membuat satu garisan.

 

Hikmahnya adalah bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang sedang solat tanpa diganggu dengan lalu-lalang orang lain. Selain itu, ia bertujuan memberi tanda bahawa orang itu sedang solat.

 

Jarak antara kaki dan sutrah adalah kira-kira tiga hasta (siku sampai hujung jari tengah) termasuk ruang untuk sujud.

 

Sutrah disyariatkan baik bagi solat berjemaah atau solat secara sendiri, termasuk juga solat sendirian di rumah. Juga bagi solat sunat Rawatib, solat Dhuha, Tahiyatul Masjid dan lain-lain.

 

Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di hadapan imam. Sutrah makmum mengikut sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wudhuk).

 

Dalil

 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu ingin bersolat, maka hendaklah ia meletakkan sesuatu di hadapannya. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Hibban)

 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu telah meletakkan sesuatu di hadapannya seperti pelana perjalanan, maka bersolatlah, serta tiada perlu lagi mempedullikan sesiapa yang berjalan di belakang halangan tadi.” (Riwayat Muslim dan Tirmizi)

 

Secara purata, para ulama bersepakat bahawa meletakkan penghadang di hadapan ketika solat adalah sunat, tidak sampai ke tahap wajib. Namun, jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah ini, ternyata ia merupakan satu bentuk perkara sunat yang dituntut.

 

Petikan dari Majalah Solusi isu 4

Salah Guna Kuasa Pemimpin UMNO

Petikan dari Akhbar Wasilah 22-28 Februari 2009


Sejak 1955, UMNO merupakan parti yang sangat kukuh dan kuat. Amat sukar bagi mana-mana parti politik pembangkang mahu menggugat UMNO. Tokoh terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman,  Tun Razak dan Tun Hussein Onn amat dikagumi oleh rakyat. Namun kini semuanya telah berubah, tidak lagi seperti dahulu.

Pentadbiran selepas Tun Hussein Onn mula membawa pecah dan rebah kepada UMNO. Dr Mahathir mentadbir negara ini seolah-olah Malaysia mengamalkan sistem satu parti. Wang rakyat dibelanjakan sesuka hati sehingga menegeringkan perbendaharaan.

Penentang-penentangnya di dalam parti ditolak keluar. Terkeluarlah Dato’ Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri menyaksikan semua bangunan di Kem Tahanan Kemunting menambahkan bilangan penghuni-penghuni. Golongan yang menentangnya dan kerajaannya disumbat ke sanadi bawah undang-undang jahat ISA, dan ahli-ahli politik pembangkang tidak ada yang terlepas dari jaring ISA. Skandal ISA yang paling hebat berlaku semasa Operasi Lalang di mana ratusan ahli-ahli politik pembangkang disumbat ke Kemunting.

Tekanan kecil akan mendapat lantunan kecil. Tekanan besar akan mendapat lantunan besar. Hasil dari lantunan inilah UMNO di bawah Mahathir menjadi parti yang hilang sokongan dan populariti, dan pada pilihanraya terakhir di bawah pentadbirannya, pembangkang berjaya segar di hampir semua negeri.

Abdullah Ahmad Badawi memasuki gelanggang dengan gelaran “Mr Clean”. Rakyat mencubanya dan Abdullah berjaya mengembalikan imej UMNO dan pada pilihanraya pertama di bawah pengendaliannya, UMNO hampir berjaya membuat suatu “clean sweep”. Suatu kejayaan besar untuk UMNO dan Abdullah.

Imej Mr Clean Abdullah tidak kekal lama. Didedahkan satu demi satu betapa business keluarganya diberi keutamaan dan korupsi semakin menjadi-jadi. Indeks korupsi negara meningkat tahun demi tahun dan pentadbiran Abdullah tidka mampu mewujudkan kerajaan yang bersih.

Bukan sahaja tidak berjaya melawan rasuah dan korupsi, kerajaan Abdullah dianggap sebagai lemah.

Beliau gagal memulihkan imej kehakiman yang tercemar, juga memperbaiki sistem pilihan raya yang dipandang tidak demokratik. Beliau gagal menaikkan ekonomi negara dan pendapatan rakyat. Justeru kerana itu, pentadbiran Abdullah dihukum dengan rakyat memberikan undi yang begitu besar kepada pembangkang. BN kalah di lima negeri-Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan kalah juga di Wilayah Persekutuan apabila BN hanya memenangi 1 dari 10 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Negeri Sembilan juga hampir jatuh ke tangan pembangkang, BN hanya memenangi hanya dengan majoriti 4 kerusi. Pentadbiran NS adalah rapuh dan boleh tumbang pada bila-bila masa.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahu mengambil iktibar sebenar daripada kekalahan di dalam PRU 12. Mereka menjadikan kelehamahan Abdullah sebagai punca utama. Mereka mahu Abdullah dikeluarkan dari pimpinan. Mereka enggan mengkaji kelemahan mereka yang sebenar.

Mereka tidak mahu ambil kira penyebab kelemahan UMNO yang tenat. Mereka tidak mahu ambil tahu kenapa rakyat mahu menolak UMNO. Mereka enggan menerima hakikat bahawa kesemua pimpinan tertinggi UMNO terlibat dengan rasuah dan kronisme. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa pemimpin-pemimpin UMNO berjuang untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni, membeli kedudukan dan melakukan rasuah untuk mendapatkan jawatan di dalam parti.

Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO bukan lagi berjuang untuk agama, bangsa, negara dan tanah air, tetapi untuk kepentingan pemimpin-pemimpin. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO sudah menjadi sebuah parti yang mengamalkan sistem kuku besi apabila diadakan sekatan-sekatan untuk pertandingan bebas di dalam parti sehingga membolehkan presiden dan lain-lain jawatan seolah-olah tidak boleh pertandingkan. Apa jua aduan terhadap pemimpin tertinggi parti dilindungi oleh “imuniti”. Kesemua ini membosankan ahli-ahli UMNO, rakyat dan negara.

Kerajaan-kerajaan PR telah menunjukkan arah pentadbiran telus dan bermaruah, berintegriti dan dihormati. Kerajaan PR Perak mendapat sanjungan rakyat negeri itu. Ia berjaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah bagi Orang Asli, orang Melayu dan orang Cina, ia menjadi kerajaan yang sangat popular di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh segelintir orang-orang kaya. Sultan Perak tentu memahami hakikat ini walaupun hidup di dalam kepungan tembok batu mengelilingi istananya.

Datuk Seri Najib yang tidak sabar-sabar mahu menjadi Perdana Menteri telah melakukan apa yang dibenci rakyat. Beliau dihubung kait dengan beberapa skandal besar, Skandal pembunuhan Altantuya dan kehilangan saksi utama yang mengaitkan beliau dengan skandal itu, dan rakyat bertanya: Di mana Balakrishnan, dan kenapa dia dihilangkan sebaik saja membuat surat sumpah terhadap Najib? Najib juga dikaitkan dengan komisyen besar di dalam pembelian Scorpene dan Eurocopter. Najib juga dilibatkan dalam mengadakan pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, seorang pemimpin rakyat yang diharap dapat menyelamatkan negara ini. Rakyat takut mahu memberikan keyakinan kepada Najib kerana beliau belum berjaya dan tidak mahu membersihkan namanya di dalam skandal-skandal ini.

collage201

Skandal-skandal di Perak dengan tawaran berjuta-juta ringgit untuk wakil-wakil rakyat PR menyeberang kepada BN semuanya juga menunjuk ke arah Najib. Mereka hilang dan berada di Pekan dan kemudian di rumah Najib, hanya mengesahkan bahawa perangkap Najib menghulurkan tawaran adalah benar kecuali dapat dibukti sebaliknya.

Rakyat bukan sahaja benci kepada Najib, malah rakyat tidak mahu negara ini ditadbir oleh seorang yang bermasalah dengan pelbagai pertuduhan skandal yang tidak dibersihkan. Dan tindakan Najib yang menggulingkan kerajaan PR yang disayangi di Perak menjadi satu ledakan kebencian kepadanya. Dan dengan beliau melibatkan institusi raja, menjadikan Najib manusia yang paling tidak bermaruah untuk diterima sebagai pemimpin UMNO dan negara ini.

Agenda Najib untuk menjadi Perdana Menteri menjadi sempadan kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat untuk menyokong parti itu. Rakyat dengan pantas menukarkan sokongan mereka kepada PR seiring mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib yang berjaya memusnahkan UMNO dengan sekelip mata.

Reputasi MCA dan MIC yang menjadi rakan kongsi utama kepada UMNO, manakala Gerakan dan PPP sekadar tempelan kepada parti itu, terjejas berikutan “kerajaan Najib” di Perak tidak mempunyai perwakilan orang India dan hanya sekadar seorang berketurunan Cina. Adakah kerajaan seperti ini boleh diterima rakyat daripada kalangan kaum Cina dan India? Sekali-kali tidak, dan kesan ini dirasakan di seluruh negara.

1_636405635l

Rakyat Mangsa Politik Rakus UMNO
Petikan dari Akhbar Wasilah 22-28 Februari 2009

KUALA LUMPUR: Krisis Perak telah menggemparkan rakyat Malaysia dan membawa kesan yang buruk kepada usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum apabila ia mengheret institusi raja kepada tanggapan yang boleh mencemarkan nama baik raja sebagai payung rakyat.

Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Perpaduan Nasional Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berpendapat UMNO dan BN adalah pencetus kepada keadaan huru hara pentadbiran kerajaan negeri itu di mana rakyat menjadi mangsa rakus politik ala ‘perompak’.

Sehubungan itu, katanya pihak yang mencetuskan keadaan ini perlu bersikap rasional dalam membuat percaturan politik dan bukannya menggalakkan politik gangster yang menafikan hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan pilihan mereka.

Beliau juga mendakwa pihak UMNO dan BN telah berusaha menculik, mengugut dan menyiksa secara mental Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu supaya mereka meninggalkan Pakatan Rakyat dalam usaha menjauhkan kerajaan berkenaan.

“Politik dendam kesumat dan benci sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang kotor dan tidak bertamadun. Amalan bacul yang berselindung di sebalik istana, polis dan media bagi menutup pekung mereka sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada institusi yang sifatnya melindung kepentingan awam bukan parti tertentu,” katanya dalam suatu kenyataan di sini.

Dr Mujahid mendakwa amalan politik perkauman mencetuskan ketegangan kaum melalui fitnah dan penipuan seolah-olah PR anti raja dan Melayu dicetuskan UMNO dan BN apabila media tertentu menjadi alat menyebarkan fitnah, pembohongan dan penipuan sehingga hilang kredibiliti pemberitaan yang professional.


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 217,908 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.