Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for the ‘Tips dan Petua’ Category

 

Keadaan cuaca yang kurang baik sekarang ini menggalakkan berlakunya kemalangan. Saya yakin semua orang sudah tentu tidak mahu terlibat dengan kemalangan jalan raya sama ada kemalangan teruk atau ringan. Oleh sebab itu kita perlulah berhati-hati semasa memandu. Saya juga pernah terlibat dengan kemalangan yang ringan namun ia juga melibatkan kos untuk membaiki kenderaan semula. Apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri. Saya harap sesiapa juga jangan ambil mudah perkara ini. Di sini saya kongsikan bersama pembaca tips mengelakkan kemalangan. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

 

  1. Pastikan segala alat pada kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan nasihat daripada mekanik kereta yang berpengalaman mengenai keadaan kenderaan anda. Jika ada alat-alat yang tidak berfungsi dengan baik, gantikan dengan yang baru.
  2. Pastikan brek, minyak brek dan lampu brek berada dalam keadaan yang baik. Pemeriksaan ke atas sistem brek penting bagi memastikan kenderaan anda dapat berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan.
  3. Pastikan semua tayar kereta anda berfungsi dengan baik dan boleh digunakan, termasuklah tayar ganti. Periksa bunga tayar dan tekanan angin dalam tayar kereta anda.
  4. Pastikan lampu utama, lampu isyarat dan sistem pendawaian elektrik kereta anda berfungsi dengan baik.
  5. Periksa pengelap cermin (wiper) kereta anda. Jika permukaan pengelap berkenaan tidak mampu menyapu air pada kaca cermin, gantikan dengan yang baru. Atau jika perlu, gunakan pengilat cermin untuk mengelakkan cermin menjadi kelabu apabila hujan.
  6. Pastikan minyak klac, air radiator, hon, ekzos, air bateri, tali kipas, tangki air, saluran paip, paras mnyak enjin dan tali pinggang keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat untuk digunakan.
  7. Sebelum memandu bacalah doa naik kenderaan dan bertawakkal kepada Allah serta minta perlidungan dari Nya.
  8. Jangan memandu laju dan bersikap suka berlumba-lumba. Sesuaikan kelajuan mengikut keadaan cuaca, lalu lintas, cara pemanduan, penglihatan dan keadaan kereta anda.
  9. Sentiasalah mematuhi segala peraturan lalu lintas dan papan tanda keselamatan jalan raya.
  10. Elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa memandu seperti menggunakan telefon dan merokok kerana konsentrasi anda boleh terganggu. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada pemanduan di jalan raya.
  11. Jika anda rasa letih dan mengantuk ketika memandu, berhenti untuk berehat. Jangan meneruskan perjalanan jika anda berada dalam keadaan sedemikan kerana ia boleh membahayakan perjalana anda.
  12. Jika anda ingin membelok ke kiri dan kanan atau berhenti, tunjukkan niat anda dengan menggunakan tanda isyarat yang betul. Pastika anda menggunakan lampu isyarat kenderaan anda untuk sebarang tindakan.
  13. Berwaspadalah sentiasa di persimpangan jalan.
  14. Amalkan sikap bnersopan santun dengan pengguna jalan raya yang lain. Jangan mengikut perasaan dan emosi anda.
  15. Anda perlulah merancang perjalanan anda lebih awal. Rancang laluan dan peruntukan masa perjalanan anda bagi mengelakkan anda tergesa-gesa sewaktu pemanduan.

Sayangi kereta anda...huhuhu

8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan: KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’.

KISMIS adalah satu “gula-gula” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar

KURMA/ RUTOB Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).

Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Saidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA)Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu

Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.

Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habatussauda) telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

BUAH TIIN adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiion ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.

Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi debgan serat.

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi “Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun daru syurga maka aku kata “inilah buahnya” kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”

Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.

Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.

Dipanjangkan dari laman http://www.dapat.net/juskismis

Salam kasih sayang untuk semua pengunjung blog ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi peluang kepada kita untuk terus menimba ilmu walau di mana jua kita berada..insyaAllah.

Di kesempatan ini saya ingin kongsikan tips untuk mendisiplinkan diri. Moga-moga kita dapat jadikan hari ini lebih baik dari semalam..

mother-child-discipline

1. Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan. Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama itu.

2. Lekatkan poster, cogankata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang mudah dilihat. Jangan malu, isytiharkan pada semua tentang apa yang anda akan capai. Yang penting, pengisytiharan itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.

3. Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari. Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usah biarkan hari-hari berlalu sepi tanpa sesuatu pencapaian kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda.

4. Setiap perkara penting yang hendak dilaksanakan hendaklah ditulis tarikhnya. Ini akan memberikan satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh itu berjaya ditepati. Anda akan rasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat hari ke hari.

5. Bagi satu tugasan yang terlalu sukar atau membosankan (tetapi sangat penting), eloklah mulakan secara sedikit-sedikit. Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana ia akan menjerumuskan anda ke satu keadaan “tidak berbuat apa-apa”. Ingatlah, rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukannya langsung.

6. Gunakan masa yang paling optimum dalam hidup seharian anda untuk melakukan tugas-tugas yang paling penting. Dan ingat, jangan terus pergi ke bahagian yang sukar, sebaliknya mulakan pada bahagian-bahagian yang lebih mudah dahulu. Ini akan memberikan anda satu momentum untuk melakukan bahagian-bahagian tersukar dalam tugasan yang paling mencabar.

7. Amalkan dialog diri yang positif. Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata, “Aku boleh.” Aku boleh berjaya kerana aku adalah orang yang berdisiplin. Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif sama ada yang datang dari dalam diri anda sendiri atau daripada orang luar yang tidak membina.

8. Janjikan satu masa untuk meraikan kejayaan anda sekiranya anda berjaya melaksanakan tugas-tugas sukar dalam hidup. Contohnya, “Sekiranya aku berjaya menyelesaikan tugas ini, aku akan hadiahkan sesuatu yang bermakna untuk diri aku” =)

commitment-wwwscoreadvertisingcom

TEKNIK MENGHAFAL QURAN

Assalamualaikum. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghafal al-Quran, saya kongsikan beberapa tips bagi memudahkan kalian untuk menghafalnya. Mudah-mudahan berkesan, insyaAllah 

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik “Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman. Saya ingin kongsikan secebis ilmu yang diperolehi daripada sebuah buku tazkirah harian. Semoga ada manfaat untuk kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain..insyaAllah.

  1. Jangan terlalu memikirkan masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersikap tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda membenarkan mereka mendapatkan hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan tentang semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  10. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  11. Jangan fikirkan sikap yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  12. Terimalah hakikat kadangkala diri kita pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
  13. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
  14. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan seperti orang hilang sabar.

Pencegahan Stroke / Angin Ahmar

Stroke atau angin ahmar adalah sejenis penyakit yang sangat ditakuti ramai. Ia berlaku terutamanya disebabkan oleh kandungan kolesterol yang tinggi di dalam badan kita. Kandungan kolesterol yang tinggi disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kerapkali ini berlaku kerana kesibukan dengan tugas harian menyebabkan kita “membedal” sahaja apa yang ada di depan mata di samping tidak memberikan masa untuk melakukan senaman.

Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan ini akan berakhir dengan:

*         stroke / angin ahmar sekiranya saluran darah ke otak terhalang

*         sakit jantung sekiranya saluran darah ke jantung terhalang 

Apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan?

1 – Pastikan kita tahu kandungan kolesterol kita. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan ujian ringkas di farmasi atau klinik yang melibatkan pengambilan sedikit darah. Bacaan “total cholesterol” yang terdiri daripada LDL (low density lipoprotein atau kolesterol jahat), HDL (high density lipoprotein) dan juga TG (triglyceride) sepatutnya tidak melebihi 5.2mmol/l atau 200mg/dl. Sekiranya kolesterol anda tinggi, anda perlu membuat rujukan dengan doktor anda dan mengambil ubat tertentu.

2 – Amalkan pengambilan makanan yang kurang kolesterol dan kurang lemak. Minyak kelapa (santan) sebagai contoh mengandungi kandungan lemak jahat yang sangat tinggi. Perlu diketahui juga bahawa kolesterol hanya datang dari sumber haiwan tetapi pengambilan lemak yang tinggi dari tumbuhan, walaupun tidak mengandungi kolesterol, juga akan menyebabkan masalah kesihatan.

3 – Selalulah bersenam.

4 – Ambil ubat dan makanan tambahan yang penting untuk mencegah stroke. Ubat-ubatan dan makanan tambahan ini bolehlah diambil sekiranya anda tidak mengetahui kandungan kolesterol anda:

*         Low dose aspirin seperti CARDIPRIN. Cardiprin mengandungi 100mg aspirin dan diformulasikan supaya ia tidak menyebabkan masalah berkaitan perut seperti gastrik. Low dose aspirin boleh diambil oleh orang yang sihat tanpa rujukan dari doktor. Ia adalah sejenis ubat yang selamat dan dapat membantu mencegah strok dengan membantu mengekalkan kecairan darah.

*         RED YEAST RICE. Produk ini kini telahpun di daftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan didapati dapat menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik dengan sangat berkesan. Keberkesanannya didapati sama dengan ubat-ubatan kolesterol di pasaran, cuma perbezaannya ia diklasifikasikan sebagai makanan tambahan dan bukannya ubat. Produk terbaru seperti CHITOMONASCUS mengandungi dua bahan aktif iaitu water soluble chitosan dan red yeast rice. Produk ini berfungsi dengan dua cara iaitu dengan menapis kandungan lemak dari makanan yang akan diambil dan juga menghakis lapisan kolesterol yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

*         Omega-3 / EPA. Minyak ikan jenis ini juga didapati dapat membantu dalam masalah berkaitan kolesterol. Bagaimanapun produk ini tidak seberkesan Chitomonascus dan menurunkan kolesterol jahat di dalam badan.

*         Produk-produk lain seperti guggul, sejenis pokok yang banyak ditanam di India dan kini telah didatangkan dalam bentuk kapsul / tablet.

*         5 – Garlic banyak digunakan untuk mencegah angin ahmar (stroke) dan sakit jantung. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol. Bawang putih juga boleh membuang angin di dalam badan. Ginkgo biloba. Herba ini berguna untuk yang menghidap penyakit darah tinggi dan angin ahmar.

6 – Baca doa untuk menghindari angin ahmar walaupun sekali seumur hidup (Telah dibincangkan di dalam diskusi farmasianis yang lepas).

 ANGIN AHMAR

 

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

 

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

 

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

 

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

 

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

 

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

 

Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

 

Doanya seperti dibawah;

 

ِبِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ  الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى  وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ  وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا  تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى  الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ،  يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ  وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .                                         

 

Cara nak hilangkan mengantuk bila memandu..

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAK KHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: [DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

Bukan sahaja mengantuk apabila memandu sahaja..boleh juga diamalkan bila-bila ketika berasa mengantuk seperti di tempat kerja, waktu belajar di dalam kelas, waktu mendengar ceramah atau kuliah dan sebagainya…

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan atau musibah adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Bila kita berdoa dan meletakkan pergantungan pada Allah.. Allah akan memelihara kesejahteraan kita asalkan kita ikhlas dan yakin dalam beramal..insyaAllah

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 215,248 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.