Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for November 2007

Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi Rabbi, Allah SWT atas nikmat kasih sayangNya. InsyaAllah lagi 2 hari saya akan menyambut ulang tahun yang ke 23, mudah-mudahan usia yang Allah panjangkan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk berbaki untuk Islam.

konvo2.gif

Untuk pertama kalinya saya rasa inilah hadiah yang bermakna bagi saya kerana pada hari tersebut, iaitu tanggal 1 Disember 2007 saya akan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang. Setelah empat tahun melalui zaman mahasiswa Alhamdulillah saya kini telah tamat pengajian dalam bidang ini yang mana saya rasa agak sukar untuk saya melepasinya. Namun berkat doa dan dorongan keluarga dan sahabat, akhirnya saya berjaya harunginya. Terima kasih tak terhingga kepada para pensyarah dan sahabat seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada diri ini. Semoga jasa baik kalian Allah sahaja yang membalasnya.

Di kesempatan yang ada saya ingin menjemput sesiapa sahaja yang berada di Pahang atau di tempat lain yang berhajat ke Pahang, silalah ke Majlis Konvokesyen UMP ke 2. Moga majlis yang bakal diadakan mendapat rahmat dan berkat Ilahi hendaknya.

Kepada sahabat-sahabat yang masih berpeluang belajar, teruskan usaha kalian. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

Advertisements

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman sekalian. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada sebuah buku yang dibaca iaitu 7 TIPU DAYA SYAITAN KE ATAS UMAT ISLAM, karangan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Yang ingin saya kongsikan di sini ialah 5 strategi melawan syaitan. Dan untuk bacaan kali ini saya kongsikan strategi yang pertama.

1. Ikhlas Dalam Beragama

Apabila iblis berjanji kepada Allah untuk menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam ahli neraka, iblis dengan sendirinya mengakui bahawa ia tidak dapat melaksanakan janji tersebut kepada satu golongan orang iaitu mereka yang ikhlas. Perhatikan firman Allah SWT dalam surah al-Hijr, ayat 36-40 yang bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).” Allah berfirman, “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari-masa yang termaklum”.

Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, maka demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Mu di antara mereka yang ikhlas.

Dalam dua ayat di atas, syaitan telah membongkarkan rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya kepada umat Islam sehingga ke Hari Kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu golongan orang. Mereka itu ialah orang-orang yang ikhlas dalam beragama.

Ikhlas yang dimaksudkan adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. Adapun ikhlas yang dikecualikan oleh syaitan, maka ia adalah keikhlasan yang berlaku dalam konteks yang lebih besar, ia adalah keikhlasan yang melibatkan keseluruhan agama dan bukan sekadar amalan-amalan tertentu di dalam agama. Ertinya, kita beragama, memperjuangkan agama, membela agama, dan melakukan kerja agama semuanya kerana Allah.

Pada masa kini keikhlasan beragama sangat sukar untuk ditemui. Kita jarang dapat menemui orang yang memiliki penghayatan agama melainkan dia melakukannya kerana tuan gurunya, kedudukannya, alirannya atau jamaahnya. Yang dimaksudkan dengan jamaah ialah parti, persatuan, pertubuhan dan organisasi.

Hendaklah kita merenung kembali tujuan kita beragama. Seandainya ia 100% kerana Allah, maka peliharalah keikhlasan tersebut. Jika belum mencapai 100% kerana Allah, maka perbetulkanlah kerana syaitan akan menyelit masuk dengan segala tipu dayanya dalam kekurangan tersebut.

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya kongsikan suatu cerita dengan tetamu ziarah. Setelah difikirkan rasanya telah tiba masanya untuk saya kongsikan pengalaman untuk menyampaikan dakwah dan nasihat kepada orang lain sedaya yang mungkin.

Seringkali saya mendapat persoalan, “Sejak bila berpurdah?”, “Kenapa pakai?” dan soalan yang sewaktu dengannya. Di sini saya cuba menjawab persoalan sahabat-sahabat yang masih menjadi tanda tanya itu. Sebenarnya kali pertama saya memakai purdah adalah semasa tahun kedua pengajian iaitu ketika berusia 20 tahun. Alhamdulillah saya dapat peluang itu semasa berada di rumah kakak saya yang kedua, lebih mesra dipanggil KakNgah iaitu di Selandar, Melaka. Saya mendapat dorongan dari Kakngah saya sejak dari tingkatan 2. Kakngah saya memang dah lama berhasrat untuk memakai purdah namun Kakngah hanya berpeluang memakainya setelah berkahwin 9 tahun yang lalu.

Ketika itu saya belum cukup kekuatan untuk istiqamah memakainya. Mungkin juga disebabkan saya masih menuntut, pemakaian sebegitu tidak dibenarkan di kampus. Alhamdulillah setelah saya tamat pengajian dan berkhidmat di sebuah sekolah tahfiz di Kelantan, saya memakainya semula memandangkan pakaian begitu menjadi uniform pelajar di sekolah tersebut. Walaupun guru tidak diwajibkan tetapi saya lebih selesa memilih untuk memakainya.

Hukum berpurdah sebenarnya sunat kerana ia adalah pakaian isteri para Nabi. Oleh sebab itu saya tidak memakainya apabila berada di rumah. Pada mulanya ibu saya tidak mengizinkan saya memakainya kerana ibu risau saya terlibat dengan gerakan al-Arqam. Namun saya menjelaskan pada ibu bahawa saya tidak terlibat dengan gerakan seumpama itu. Saya memakainya untuk keselamatan dan keselesaan saya sendiri. Saya perlu akur dengan ibu kerana mentaati ibu adalah wajib sedangkan memakai purdah cuma sunat. Saya berdoa agar ibu saya faham dan membenarkan saya memakainya suatu hari nanti. Dan Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa saya kerana tidak lama selepas itu ibu mengizinkan saya memakainya.

Pernah saya berjalan di kedai semasa keluar bandar saya dipandang pelik seolah-olah saya nak mencuri pula di kedai mereka, namun saya tidak hiraukan pandangan sedemikian kerana saya tahu niat saya bukan begitu dan saya sentiasa memohon agar Allah melindungi saya walau di mana saya berada. “Ihfazhillaha yahfazhka”, Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu..InsyaAllah saya akan cuba istiqamah dengan niqab selagi situasi mengizinkan. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati saya dalam beramal dan menjauhi segala sifat mazmumah yang boleh menggugurkan pahala amalan.

Kepada muslimah yang ingin berpurdah di luar sana, teruskan niat antunna. Jangan takut atau bimbang kerana Allah akan bantu siapa yang ingin berbuat kebaikan. Wallahua’lam

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT,

SEKSISKAH KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1.    Belum mengetahui batas-batas pergaulan.

2.    Sudah mengetahui, namun belum memahami.

3.    Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.

4.    Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, ” Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1.     Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil warak berbungkus“.

  

2.     Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3.     “Chop awal2” Untuk berkahwin

“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. ‘

4.  Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6.  Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7.   Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu  kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.

  

Firman Allah Subhanahu Wataala :

Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.”                     (HR. Ahmad)

Penutup

            Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

            Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

            Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

            Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ AHLI IBADAH-Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA-Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN-Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

InsyaAllah sama-sama kita amalkan perkara yang baik untuk kesejahteraan hidup bersama

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

275155638l.jpg

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

bftp4.jpg

” Syabas kepada pejuang Islam , syabas kepada pejuang kebenaran. Saya yakin sesungguhnya bahawa Allah SWT telah membantu kita pada 10 November. Kejayaan perarakan 10 November 2007 jika di kaji jelas datang dari pertolongan Allah . Inilah apa yang telah dijanji Allah , kepada mereka yang bersabar dan bertawakal. Mengapa saya berkata begitu. Banyak buktinya yang saya dapat kutip.

Tanda Pertama : Rancangan berhimpun di Dataran Merdeka di sekat dan akhirnya kita berjaya dengan izin Allah SWT menggerakkan aliran manusia ke arah perarakan ke Istana Negara. Semua kekuatan mereka yang ingin menggagalkan kita bertumpu di sekeliling Dataran Merdeka dan mereka telah tidak menumpu kekuatan ke kawasan luar dari radius Dataran Merdeka. Pergerakan peserta pula sepatatutnya bergerak dari tiga saluran ke Dataran Merdeka tetapi apabila tersekat kita beralih saperti air , saperti seolah olah di rancang rancang dari langit, menuju ke haluan Istana Negara.

Tanda Kedua: Turunnya hujan yang lebat semasa perarakan. Hujan ada disebut di dalam al Quran dan hujan di katakan
mempunyai unsur yang menenangkan kepada ummat Islam apabila berada di dalam medan perang. Turunnya hujan semasa perarakan meneutralkan asid gas dan asid cecair sehingga ia tidak mencederakan peserta adalah satu barakah dari Allah SWT kepada mereka yang berharap hanya kepada Nya. Tidak ada siapa menduga Allah SWT menurunkan hujan tepat pada masanya dan tempatnya ketika ummat Islam memerlukannya untuk menghadapi mereka yang cuba menganiaya mereka . Sesungguh Allah lah yang menguasai langit dan bumi.

Tanda Ketiga: Bas yang disekat menyebakan peserta berjalan kaki dan ini memberi kekuatan tambahan dari masa
ke semasa sehingga mengalahi jangkaan mereka yang mahu menyekat perarakan. Arah datangnya arus sokongan pula dari jalan berbagai yang di luar kawalan dan perhitungan mereka yang ingin menyekat perarakan kebenaran.

Ketiga-tiga faktor ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita bahawa Allah telah menolong kita pada 10 November 2007 . Mungkin Allah masih mengasihi kita kerana kita masih setia mempertahankan kebenaran dan ikhlas untuk menegakkan negara Islam di Malaysia yang tercinta ini.

Peristiw a 10 November 2007 adalah bersejarah dan ia akan terukir di dalam ingatan anak cucu kita inshaallah. Apa yang kita telah capai pada hari itu ialah:

  1. Kita dengan mata kepala kita sendiri melihat dengan yakin bahawa kerajaan Malaysia ini boleh diubah oleh rakyat ke arah negara yang lebih baik kalau kita bersatu hati dan bertawakal kepada Allah.
  2. Perkara yang benar akan menghapuskan yang batil saperti disebut dalam al Quran. Apabila mesej kita benar besar
    mana ugutan pun akan hancur.
  3. Kita yakin pemuda Islam masih mempunyai tenaga yang jernih dan ruh islam untuk membuat perubahan.
  4. Kita yakin Allah bersama dengan mereka yang sabar dan berjuang di jalanNya dan sentiasa kan menjadi Pelindung kepada perjuangan mereka .

Akhir sekali saya mengucapkan syabas kepada semua dan bersyukur kepada Allah swt dan kita berdoa agar taghut yang ada sekarang dan akan datan akan berkubur dengan izin Allah SWT.

Takbir …Alllahu Akbar!
Hasbunallah wa ni’mal wakeel “


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 217,908 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.