Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for December 2007

Seuntai madah buatmu sahabat..

Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah
Cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam
Dari setiap sesuatu yang dalam.
Hanya mereka yang bersungguh-sungguh berimanlah yang dapat merasakannya.
Dan perasaan itu tidak boleh digantikan..

Ubatmu terdapat dalam wahyu..
Baik yang berhasil dari al-Quran mahupun As-Sunnah.
Kesenanganmu berada dalam iman
Penyejuk hatimu berada dalam solat
Keselamatam qalbumu berada dalam sikap redha
Dan keteduhan perasaanmu berada dalam sifat qana’ah anda.
Sesungguhnya kecantikan wajahmu berada dalam senyuman
Terpelihara kehormatanmu berada dalam hijab
Dan ketenangan hatimu terletak pada zikir..

Jangan menunggu datangnya kebahagian untuk dapat tersenyum
Tapi tersenyumanlah untuk mendapat kebahagian..

Tetaplah kau berlaku manis walaupun kehidupan ini pahit
Dan tetaplah kau redha walaupun orang lain murka..

Jadilah dirimu lebih lembut daripada angin yang sepoi-sepoi
Dan lebih tinggi cita-citanya di dunia daripada bintang di langit…

Barangsiapa yang mengenal Allah di kelapangannya
Maka Allah akan mengenalnya dalam kesempitan..

Percayalah kebahagian adalah seperti mawar yang di tanam
Tidak terus berbunga tetapi ia pasti akan tumbuh..

Belajarlah bersabar dari wanita bernama Asiyah(isteri Firaun)
Setia dari Khadijah(isteri pertama Nabi S.A.W),
Jujur dari Aisyah(isteri Nabi yang paling muda umurnya),
Dan teguh hati dari Fatimah Al Zahra(puteri Nabi S.A.W).

Hidup adalah indah bagi orang yang beriman,
Akhirat di cintai oleh orang yang bertaqwa,
Merekalah orang yang berbahagia..

Keselesaan tubuh kerana sedikit makan
Keselesaan jiwa kerana sedikit dosa
Keselesaan hati kerana sedikit keinginan
Keselesaan lisan kerana sedikit bicara..

Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepadamu
Wahai pembawa panji hidayah
Hari-hari menjadi ceria dengan kehadiranmu.
Wahai sahabat seperjuanganku sekalian..

smile.jpg

Segala puji bagi Allah yang masih lagi memberi kesempatan untuk diri ini mengisi ruang entri di blog yang sekian lama tidak di update. Alhamdulillah setelah dua bulan menjadi pendakwah bebas, saya kini telah bekerja sebagai guru di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU). Sekolah yang terletak di Jalan Teluk Bagan, Batu 3 Tandop, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Sekian lama mencari pengganti Maahad Tahfiz Darul Quran wal Qiraat yang pernah saya berkhidmat September yang lalu, akhirnya Allah temukan SRIDU untuk saya berkhidmat mendidik dan mencurahkan ilmu yang ada kepada kanak-kanak yang masih terlalu muda mengharungi kehidupan.

Hari pertama saya di SRIDU, masyaAllah lepas interview dengan guru besar, petang itu juga guru besar minta datang untuk jaga asrama sempena kelas tambahan pelajar tahun 6. Saya perlu menggantikan tempat guru akademik yang baru berhenti kerana bertukar ke Pahang. Alhamdulillah pelajar-pelajarnya baik dan ramah, hari pertama dah tolong saya angkat barang dan kemas bilik. Terharu saya. Kata ustazahnya mereka ni nakal-nakal belaka, kena banyak sabar dengan seribu satu macam perangai.

Mula-mula tu saya rasa taklah nakal sangat, mungkin mereka masih takut dengan ustazah lama, tapi bila ustazah baru yang jaga, sabar ajelah dengan telatah diorang. Setiap masa pintu bilik kena ketuk sebab diorang minta ubat itu ini, kawan usik pun ngadu juga dengan ustazah. Setiap kali solat kena bertempit nak pastikan diorang solat awal dan ikut imam. Sebelum tidur kumpulkan diorang dan baca doa tidur ramai-ramai, ada pula nak tidur dengan ustazah. Waktu siangnya nak ikut ustazah pergi kedai, kalau tak dapat, minta ustazah belikan macam-macam barang. Time buka koperasi pula semua serbu ustazah, minta benda free…huhu. Waktu kat kelas pula bising tak terkata, ustazah pekik pun dah tenggelam suara maklumlah suara diorang lagi kuat. Tapi diorang ni rajin tolong ustazah tekan loceng kalau dah tamat waktu kelas. Punctual jer diorang kalau waktu rehat.

Alhamdulillah walaupun macam-macam kerenah diorang, tapi itulah pengubat hati yang kesunyian maklumlah jauh dari keluarga. Dah la mula-mula sorang aje kena jaga mereka. Insyaallah buka sekolah nanti akan ada guru asrama yang lain untuk bantu meringankan beban. Kerja kerana Allah akan membuatkan kita sentiasa rasa tenang dan seronok bekerja. Walaupun hakikatnya banyak menguji kesabaran..tapi hikmahnya banyak sekali.

Saya ingin kongsikan ciri-ciri yang patut ada bagi guru yang berjaya,

  • Niat yang ikhlas untuk mendidik

  • Bersikap profesional.

  • Kaya ilmu pengetahuan.

  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

  • Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.

  • Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg agama dan akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

InsyaAllah saya akan cuba praktikkan semampu mungkin demi melahirkan insan soleh bestari.

Mungkinkah kita pernah tertanya-tanya tentang persoalan hidup dan mati kita..Mari kita lihat apa jawapan Allah yang terkandung dalam kitab suci al-Quran. Beruntunglah bagi manusia yang mensyukuri nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepadanya oleh Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. 

 SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?

30.” Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” (al-Baqarah)

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(an-Noor-55)

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?

56.”Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (adz-Dzaariyat)

115-116.” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (al-Mukminun)

404840266l.jpg

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?

“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam” (al-An’am)  

5. APAKAH ITU KEBENARAN?

30. “Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar” (Luqman)

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN…KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?

9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Yaasin)

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA…..TAPI…SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;” (al-Mukminun) 102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.71.Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan (al-Ahzab)

8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT? “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (al-Baqarah)

 425685834l.jpg

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?

(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)
2. “Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (al-Mukminun)

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT-AYAT ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAHUANKU.JADI, CAMNE TU?

29. “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah” (at-Taqwir)216.” Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah) 11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.

28.“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”(Ar-Rad)” Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (ygMenyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (az-Zukhruff:36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.

 71. Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya. ( Al- Mukminun )42. “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (at-taubah)  13. AKU MEMPUNYAI MINDSET BAHAWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK ‘HAPPENING’ DAN MENYUSAHKAN.

2-3. “Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah) (Thahaa)82. “Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yangberiman”(al-Isra’)14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH? 

 139. “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”(ali-Imran)   

Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan dengan pembaca yang budiman kiriman dari sahabat saya melalui email. Mudah-mudahan kita dapat perbaiki kelemahan diri dan mencintai Pencipta kita yang Maha Agung dengan sepenuh jiwa.

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan ity. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?” Akun tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”

Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir…ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan…

bdoalahsp4.jpg

Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang
tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku
menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna…aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira…kamu lupakanKu, kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan…kamu terus ingat kepada Aku, kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?” Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari…titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini…kadang- kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang
mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan… atau alasan… namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi… “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu… dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.” SambungNya lagi, “Kini… adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku… ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah…” kemudian Dia menjawab, “SifatKu Pengampun. Barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku… aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini… aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. Wa’allahualam. ..

Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan Pencipta Sekalian makhluk. Yang Maha Bijaksana mengatur dan mentadbir alam. Syukur atas usia yang masih dikurniakanNya. Pantas masa berlalu tak sedar diri ini telah menjangkau usia 23 tahun. Namun masih banyak ilmu yang belum digarap sepanjang perjalanan hidup yang singkat ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman yang memberikan ucapan “Selamat Hari Lahir”, “Salam Edul Milad, “Happy Birthday”, dan yang sewaktu dengannya melalui sms, friendster, blog dan secara berdepan sewaktu konvokesyen. Sesungguhnya ucapan dan doa kalian akan sentiasa diingatan.

sml2.jpg

Sewaktu konvokesyen, macam-macam perasaan hadir. Rasa gembira, sedih, terharu, dan yang pastinya rasa syukur atas kurniaanNya. Sewaktu ustaz membacakan doa, tanpa disedari air mata mengalir bagaikan hujan, tambahan pula selepas itu ada bacaan ayat suci al-Quran. MasyaAllah, syahdunya waktu itu. Bila disebut tentang pengorbanan ibu dan ayah terus saya teringatkan Allahyarham ayahnda tercinta saat itu. Rasa ingin memeluk ibunda dengan serta merta. Rakan-rakan saya pula terharu lihat keadaan saya begitu.

Ayat Al-Quran yang dialunkan dipetik dari Surah Al-Hadid, ayat 25 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

Surah Al Hadiid pada umumnya menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan anjuran bernafkah dan membelanjakan harta di jalan Allah. Dan juga menerangkan bahwa Allah mengutus para nabi dengan membawa agama untuk kebahagiaan hidup manusia di samping itu menciptakan besi yang bermanfaat bagi manusia dalam kehidupannya dan untuk mempertahankan agama yang dibawa oleh rasul-rasul itu.

Alhamdulillah cuaca pada hari itu baik sekali. Sedangkan seminggu sebelumnya hujan turun hampir setiap petang. Dua hari sebelum konvo saya terkena hujan hingga basah kuyup, segala puji bagiNya kerana memberi kesihatan yang baik kepada saya..Alhamdulillah. Walaupun tak semua ahli keluarga saya datang, saya bersyukur kerana ibu, 2 orang kakak, 2 orang adik dan 4 orang anak saudara saya datang dan mereka masih sudi meraikan kejayaan saya. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua.

Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi mendapat berkat dari Allah SWT. Dan semoga diri ini diberi kekuatan untuk menyalurkan kemampuan yang ada ke jalan yang diredhai Nya.
Tahniah untuk sahabat-sahabat semua. Semoga kita semua terus cemerlang dunia akhirat, insyaAllah.. 


Jumlah Pengunjung

  • 215,873 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.