Mujahid & Mujahidah Ansarullah

One Drop Perfumes

Posted on: April 9, 2009

                                                                     men-set2men-set1

One Drop Perfumes

By Egyptian Potion

Apa lagi yang anda cari daripada minyak wangi lain?

  • Hanya Setitik, wangi sepanjang hari
  • Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol dan air
  • Sesuai digunakan semasa solat
  • Diinspirasikan daripada jenama antarabangsa
  • 8 jenis wangian berbeza dan setiap kotak
  • Penggunaan botol “Miniature Roll On’ yang mudah dibawa
  • Bauan yang dikenali ramai tanpa berbelanja ratusan ringgit
  • Sekotak hanya RM40 – 45

celebrity-set1

celebrity-set2

 

 Metro, Ahad 29 Mac 2009

 

 Hanya setitis, wangi sepanjang hari

Agak sukar diterima akal apabila hanya satu produk berjaya mencetuskan fenomena baru kepada masyarakat terutama sekali bagi mereka yang meminati minyak wangi. Kenyataan ini bukanlah gimik atau strategi pemasaran untuk memikat pelangan tetapi inilah kenyataan yang diakui oleh puluhan ribu pengguna One Drop Perfumes di seluruh Negara.

 

Buat pertama kalinya para pengguna dapat menikmati haruman yang berkekalan kerana One Drop Perfumes didatangkan tanpa alcohol dan air. Walaupun digunakan hanya setitik, ia dapat menghasilkan haruman yang semerbak kerana minyak wangi ini kekal pada kulit si pemakai. Selain itu, wangian One Drop Perfumes yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa ini sesuai digunakan semasa solat.

 

Walaupun didatangkan dalam bentuk pati dan mempunyai pelbagai wangian yang menarik dan berbeza dalam setiap kotak, One Drop Sdn. Bhd pengeluar minyak wangi tanpa alkohol ini menawarkan nilai yang menarik serta tidak membebankan kerana setiap kotak One Drop Perfumes dijual pada harga Rm40 dan Rm45 sahaja sekotak. One Drop Sdn Bhd sentiasa memastikan bahawa nilai sesuatu barangan terletak pada kepuasan pengguna dan tidak seharusnya dijual pada harga yang mahal.

 

One Drop Perfumes kini semakin hangat diperkatakan oleh pengguna yang pernah memiliki minyak wangi ini. Malah bagi sesetengah pengguna yang belum pernah mengethaui tentang One Perfumes akan mudah tertarik dengan kualiti serta nilainya apabila diperkenalkan kepada mereka.

 

Terkejut tengok RM128,000 dalam akaun bank

 

Bayangkan anda bekerja keras tanpa mengira masa dan penat dan akhirnya tanpa disedari sejumlah wang yang besar menanti anda. Ini bukanlah cerita rekaan tetapi bagi pengedar One Drop Perfumes, Isya Sulaiman, 29, hakikat ini memang mengejutkan kerana empat bulan sebelum ini beliau menganggur dan menghadapi masalah kewangan. “Saya bermula dengan produk ini pun secara sambilan ketika mencari pekerjaan yang sesuai ketika menganggur baru-baru ini.”

 

Menurut Isya lagi, “Pada mulanya keluarga saya seakan-akan tidak percaya mengenangkan saya adalah graduan universiti cuma menjual minyak wangi tetapi alhamdulillah kini barulah mereka percaya bahawa usaha saya selama empat bulan tidak sia-sia.”

 

“Dengan hasil jualan sebanyak RM128, 000.00 dalam masa dua bulan, saya terus berusaha untuk mencapai sasaran yang telah saya tetapkan dan sehingga bulan Februari, hasil jualan saya telah mencapai RM 320,000. Saya betul-betul berterima kasih kepada One Drop Perfumes yang telah menaikkan semangat saya dan membebaskan beban kewangan saya selama ini,” kata beliau dengan ceria.

 

Pelajar pun boleh tambah pendapatan lumayan

 

Siapa sangka seorang pelajar juga mampu mendapat pendapatan lumayan walaupun hanya menjual secara sampingan. Bagi Noorasikin Abd Rahman, 21, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mencari pendapatan tambahan. Tetapi setelah mengenali One Drop Perfumes, beliau memberanikan diri untuk mencuba nasib.

 

“Alhamdulillah saya tak sangka sambutannya sangat menggalakkan, ini kerana kualiti One Drop Perfumes yang berbeza dari wangian lain. Walaupun masih menuntut di IPTA, pendapatan saya melebihi RM 7000 sebulan. Malah mengatasi gaji para pensyarah. Saya bersyukur kerana di pertemukan dengan One Drop Perfumes, “ katanya gembira.

 

Berhenti kerja kerana One Drop Perfumes.

 

Berbeza pula ceritanya dengan Norayu Mat Garip yang memilih untuk berhenti kerja sebagai jurutera projek hanya untuk menjual One Drop Perfumes.

 

“Saya memang meminati bidang perniagaan walaupun bekerja dalam jurusan kejuruteraan. Setelah mengkaji tentang One Drop Perfumes saya mengambil langkah nekad untuk berhenti kerja dan menjual One Drop Perfumes sepenuh masa. Semenjak itu saya tidak pernah pandang ke belakang. Hasil usaha dan rezeki yang diberikan, kini hasil jualan saya telahpun melebihi RM 150, 000.00.”

Kini saya memiliki sebuah salun sendiri dengan hasl jualan One Drop Perfumes,” tambah Norayu lagi.

 

 

Bertahan selama 12 jam.

 

Masalah bau badan seringkali menjadi isu yang sensitif kepada semua orang. Oleh itu, penyelesaian yang paling mudah ialah dengan menggunakan minyak wangi. Ada kalanya wangian yang dipakai tidak tahan lama dan sering mengembalikan bau badan. Akan tetapi senario itu berbeza kini bagi Asmaliza Muner, 26, Pegawai Pemsaran di salah sebuah syarikat kewangan yang gembira diperkenalkan dengan One Drop Perfumes. “Dulu saya perlu sentiasa memakai wangian untuk kekal wangi dalam seharian bekerja, maklumlah kerja saya memerlukan saya sentiasa keluar dan berjumpa dengan ramai orang dan penampilan amatlah penting. Oleh kerana sentiasa merungut tentang keadaan saya, rakan saya memberikan saya sebotol One Drop Perfumes untuk saya cuba. Bayangkan saya pakai jam 9 pagi tetapi sehingga jam 9 malam wangian yang saya pakai masih melekat pada saya. Malah botolnya yang kecil mudah dibawa ke mana-mana.”

 

 

Bayar sikit dapat lebih

 

Mengapa perlu bayar lebih kalau bayar sedikit untuk tujuan yang sama? Itulah yang diperkatakan oleh segelintir pengguna setelah mengetahui kelebihan One Drop Perfumes. “Sebelum menggunakan One Drop Perfumes, saya telah berbelanja ratusan ringgit untuk keperluan minyak wangi. Mula-mula ternampak One Drop Perfumes, saya kurang yakin dengan kualitinya tetapi setelah mencuba minyak wangi tersebut, saya sangat puas hati. Ini kerana saya tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli minyak wangi tetapi saya mendapat wangian yang berkualiti dari One Drop Perfumes,” cerita Liana Rosli, 25 yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

 

Bagi peniaga pakaian, Lydiana Md Amir, 35 pula, berkata “Semasa mula-mula saya melihat iklan One Drop Perfumes, saya bayangkan harganya yang mahal. Tetapi setelah melihat sendiri pek One Drop Perfumes dan mencubanya,. Saya rasa berbaloi untuk memiliki pati minyak wangi ini kerana hanya Rm40 saya mendapat lapan bauan yang berbeza. Kini saya dapat memilih pelbagai wangian mengikut mood saya setiap hari.”

women-set3

women-set1women-set2

women-set4

Tags:

9 Responses to "One Drop Perfumes"

Saya memang minat perfumes. Cammaner nak jadi pengedar atau penjual?. Tlg contact saya 0133413011

terima kasih kerana berminat. nanti saya akan hubungi anda

saya sudah mengambil stok one drop perfume, tapi saya tidak tahu bagaimana nak menjualnya dan mempromosikan pada orang ramai. saya ingin berjaya dalam bisnes one drop perfume ni.. tolong ajar saya bagaimana saya boleh menjual perfume2 ini.
sekian,
terima kasih.

saudari boleh mulakan dari rakan-rakan terdekat. boleh berikan pamplet utk promosi kpd mereka. bile2 free blh ym sy ye- hejira_23

salam..saya salah seorang pengedar odp tapi saya nak tahu bagaimana anda boleh mencapai ratusan ribu dlm masa hanya 2 bulan sahaja??

Saya nak tahu bagaimana cara one drop perfume dipasarkan dan mendapat pembeli kerana pada masa sekarang sudah terlalu ramai yang menjadi pengedar produk ini.

saya setuju dengan zul. dewasa ini, ramai sgt dah jadi pengedar sampai sedara/ rakan2 pun dah jadi agent..so camne saudari boleh capai ratusan ribu dlm masa 2 bulan.

klu nak jd agent, camne?
brp modal

Sy nak beli one drop bekas warna hijau no.8 (apple)..sy nak beli 1 set..ada stok lg x?

Maaf ye..stok one drop dah hbs

Leave a comment

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 234,277 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.