Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Archive for July 2008

Tangan Yang Indah

Sebuah kisah yang dikirim oleh rakan saya, ingin saya kongsikan bersama tetamu ziarah sekalian.. Kepada sesiapa yang masih ada ibu…

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan.

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hatisaya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya… dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…

Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.

Dan lakukanlah yang terbaik untuknya……….

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma’af mema’afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema’afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di Akhirat sana

baby-hand

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah..

Kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya

Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

 

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi..

Kumenangis sejadi-jadinya

Biar kering mata ini

Namun basah ladang hati yang gersang

 

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman…

Kulihat semua dosa yang membayangiku

Kelam mencengkam jiwa yang lusuh

 

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..

Biarkan aku patah dalam cahayaMu

Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku

Agar kukembali dalam pelukan hidayahMu

 

Dalam sujud terakhirku..

Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi

Hanya untuk menyebut namaMu

Dan kekasihMu yang tercinta..

 

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus (Al-Hujuraat:7)

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuang ke jalan Allah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri baginda Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abinya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga

Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabahkah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak

Ditinggalakn suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku..

Menjadi wanita Solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah, harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah…

Wasiat Buat Bakal Isteri

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat k eke 21 maksudnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.
Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.

Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hokum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.

Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.

 

Kerana itu, jadilah ‘hamba’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘hamba’ lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.

Apabila kamu mengegkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bereseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

 

 

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami reality hayat kita di dalam rumahtangga.Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :


1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.
3. Kepentingan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.
5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!

 


Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 216,826 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.