Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Assalamualaikum sahabat semua.. saya ingin maklumkan kepada peminat bidang pertanian. Baca je iklan ni..ada kursus tanam jagung..

Peluang mengikuti Kursus Usahawan Tani Jagung KEDAH AGRO-SIME DARBY. Projek NCER.Anda Berminat? Kursus Selama 3 bulan.Elaun diberi ,Asrama dan Makan disediakan.Bertempat di Ladang Jagung Manis Bukit Tangga,Kedah

(Hubungi En Mohd Zahili-04-7351200 KEDAH AGRO CASHCROP SDN BHD)Forwardkan kepada Sahabat Anda Segera! utk KEDAH/PERLIS SAHAJA

Islam ialah agama yang sangat sinonim dengan amalan memberi. Kedatangan Rasulullah saw adalah untuk memberi rahmat kpada sekalian alam. Sejarah hidup Rasulullah saw memaparkan bagaimana baginda memberikan tenaga, harta, malah jiwanya untuk umat manusia mendapat hidayah Islam.

Bahkan salah satu daripada sifat yang wajib bagi Rasulullah saw ialah tabligh, iaitu menyampaikan. Bukankah sifat itu sangat rapat dengan sikap memberi? Apa yang baginda terima sebagai wahyu daripada Allah akan terus disampaikannya kepada umat tanpa disembunyikan hatta satu ayat pun. Begitu luas dan telus baginda dalam memberi.

Sejarah kehidupan Rasulullah saw merakamkan baginda memberi bukan sahaja sewaktu senang, bahkan semasa susah. Sewaktu susah, Rasulullah saw memberi penuh kesabaran. Sewaktu senang baginda memberi dengan kesyukuran. Orang Arab Badwi yang menerima kambing pemberiannya pernah berkata,”Dia memberi tanpa takut kepada kekurangan.” Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud, “Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa, “Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu yang menderma atau bersedekah) hartanya.” Sedangkan malaikat yang kedua pula berdoa, “Ya Allah, binasakanlah harta orag yang bakhil.” (Riwayat Bukhari)

Sifat memberi baginda lebih terserlah pada bulan Ramadhan, sehingga disifatkan sebagai “angin kencang”, yang bermaksud sangat laju dalam memberi sedekah dan hibah.

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata, “Adalah Rasulullah saw orang yang paling pemurah dan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan tatkala baginda bertemu Jibril, Jibril akan memenuhi malam Ramadhan dengan bertadarus al-Quran. Padahal Rasulullah saw apabila bertemu Jibril, baginda lebih pemurah menyumbang kebajikan malah lebih kencang daripada angin yang kencang.” (Riwayat Bukhari)

Pernah juga baginda tidak dapat tidur kerana memikirkan kalau-kalau masih ada wang berbaki yang belum disedekahkan. Dan pada saat-saat akhir menjelang kewafatannya pun, baginda masih sempat memberi peringatan kepada ummatnya mengenai kepentingan solat.

Sikap memberi Rasulullah saw ini telah diteruskan oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan umumnya salafussoleh. Generasi yang hidup 300 tahun selepas Rasulullah saw ini terus memberi masa, tenaga, dan jiwa mereka untuk menyebarkan dakawah, menyampaikan ilmu dan memberi bimbingan kepada seluruh ummat manusia sehingga dengan itu Islam telah tersebar di seluruh dunia.

Bayangkan apa akan terjadi kepada manusia dan dunia jika sikap memberi itu berhenti selepas kewafatan RAsulullah saw? Tentu sahaja dunia akan gelap dan manusia akan terus kufur. Sejarah mencatatkan 2/3 daripada para sahabat Rasulullahsaw mati di luar Tanah Arab, yakni dalam memikul tugas menyampaikan Islam.

petikan artikel: solusi

Assalamualaikum tetamu ziarah yg dikasihi..mudah-mudahanan sihat sejahtera hendaknya. Masa begitu pantas berlalu, sekrang telah masuk tahun baru 2010. Ramai yg memperbaharui azam masing-masing. Diharap azam tahun lepas telah berjaya dilaksanakan…dan mudah-mudahan azam tahun ini Allah permudahkan utk kita laksanakannya, insyaAllah.

Saidina Uthman Ibnu affan r.a berkata:Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah (1)Hatinya selalu berniat suci (2)Lidahya selalu basah dgn zikrullah (3)kedua matanya menagis kerana penyesalan terhadap dosa-dosa (3)Segala pekara yang dihadapinya dgn sabar dan tabah (4)Mengutamakan kehidupan akhirat dari kehidupan dunia..


Assalamualaikum..

Tahun 2009 sekejap je berlalu..tak banyak pengisian dalam blog ni..huhu. Ruginya tak mengisi masa dengan baik. Kepada semua tetamu yg setia membaca blog saya, diucapkan Selamat tahun baru 1431 dan 2010. Semoga dengan keizinan Allah utk kita berada di tahun baru ini,  kita juga bersemangat dengan azam baru dan menjadi lebih rajin lagi..insyaAllah

Kullu aamin wa antum bikhair…

Eh, tiba2 rasa nak cerita pasal humaira..ehee..Humaira sekarang tinggal dengan pengasuh yg dipanggil Kak Ton. Tinggal dekat jer dengan rumah mertua di Kg Tradisi, Changlun. Hantar pukul 7.oo pagi oleh umi..dan pukul 5.00 petang abah pula ambil.

Waktu petang humaira susah nak tido. Kesian pakngah dia kena mengasuh pulak waktu abah sedang sibuk menjaga ayam dan kambing-kambingnya. Kalau ditinggal sorang2 mula la dia menjerit panggil orang. Kuat suara dia sampai dalam hutan pun boleh dengar..hehe. Sekarang humaira tengah praktise utk meniarap dengan susah payahnya..tapi belum berjaya lagi..huhu..kecian dia..

Humaira yg tembam

Humaira ngan umi nak balik kampung minggu ni…jumpa tok ngan maksu. Bolehla maksu jaga humaira pulak..hehe. Oklah, itu jer cerita pasal humaira, lain kali sambung lagi..

Wassalam

Bertaubat daripada Mengumpat

Seandainya anda terlanjur mengumpat seseorang, apa yang perlu anda lakukan..di sini dianjurkan beberapa lagkah yang perlu anda lakukan sebagai membersihkan hati semula.

Bertaubat dan mohon keampunan daripada Allah dengan menyesali apa yang telah dilakukan di samping berazam tidak akan mengulanginya lagi.

Memohon maaf daripada tuan empunya diri yang telah diumpat sama ada dia terdengar umpatan kita secara langsung atau tidak langsung atau tidak mendengar apa yang kita umpat.

Maafkan juga semua orang dan bersihkan hati daripada berprasangka terhadap manusia lain.

Memuji kebaikan orang yang diumpat di depan teman-teman yang mendengar umpatan tersebut bagi membersihkan kembali nama orang yang telah diumpat agar tidak dipandang serong oleh orang yang mendengar umpatan.

Seterusnya doakan kebaikan untuk orang yang diumpat.

Firma Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 12: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

Hari ini genap 25 tahun saya dilahirkan di muka bumi ini. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kerana dengan izin Nya saya masih lagi menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam ciptaan Nya. Setahun umur bertambah, sebenarnya semakin hampir kita dengan kematian.

Terima kasih ya Allah kerana pada saat ini Engkau telah memberikan aku seorang suami yang baik dan seorang puteri yang comel. Jika diingat kembali saat melahirkan anak dulu, sakitnya hanya Alah yang tahu. Mulut terkumat kamit tak henti-henti berdoa supaya mudah melahirkan. Alhamdulillah saat itu dah berlalu dengan selamat. Sekarang baru merasai betapa bersusah payahnya ibu untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Dan daku juga bersyukur kerana memiliki seorang ibu yang sangat baik dan telah membesarkan daku dan mendidikku dengan ilmu dunia dan akhirat.

Sebagai pengisian jiwa dan rohani, marilah sama-sama kita renungi nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya, mudah-mudahan kita dapat mendidik anak kita dengan ilmu agama yg cukup serta akhlak yang baik..insyaallah..

 

Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Hai anakku; orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku; Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Nur Humaira..permata hatiku

 

Keadaan cuaca yang kurang baik sekarang ini menggalakkan berlakunya kemalangan. Saya yakin semua orang sudah tentu tidak mahu terlibat dengan kemalangan jalan raya sama ada kemalangan teruk atau ringan. Oleh sebab itu kita perlulah berhati-hati semasa memandu. Saya juga pernah terlibat dengan kemalangan yang ringan namun ia juga melibatkan kos untuk membaiki kenderaan semula. Apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri. Saya harap sesiapa juga jangan ambil mudah perkara ini. Di sini saya kongsikan bersama pembaca tips mengelakkan kemalangan. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

 

  1. Pastikan segala alat pada kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan nasihat daripada mekanik kereta yang berpengalaman mengenai keadaan kenderaan anda. Jika ada alat-alat yang tidak berfungsi dengan baik, gantikan dengan yang baru.
  2. Pastikan brek, minyak brek dan lampu brek berada dalam keadaan yang baik. Pemeriksaan ke atas sistem brek penting bagi memastikan kenderaan anda dapat berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan.
  3. Pastikan semua tayar kereta anda berfungsi dengan baik dan boleh digunakan, termasuklah tayar ganti. Periksa bunga tayar dan tekanan angin dalam tayar kereta anda.
  4. Pastikan lampu utama, lampu isyarat dan sistem pendawaian elektrik kereta anda berfungsi dengan baik.
  5. Periksa pengelap cermin (wiper) kereta anda. Jika permukaan pengelap berkenaan tidak mampu menyapu air pada kaca cermin, gantikan dengan yang baru. Atau jika perlu, gunakan pengilat cermin untuk mengelakkan cermin menjadi kelabu apabila hujan.
  6. Pastikan minyak klac, air radiator, hon, ekzos, air bateri, tali kipas, tangki air, saluran paip, paras mnyak enjin dan tali pinggang keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat untuk digunakan.
  7. Sebelum memandu bacalah doa naik kenderaan dan bertawakkal kepada Allah serta minta perlidungan dari Nya.
  8. Jangan memandu laju dan bersikap suka berlumba-lumba. Sesuaikan kelajuan mengikut keadaan cuaca, lalu lintas, cara pemanduan, penglihatan dan keadaan kereta anda.
  9. Sentiasalah mematuhi segala peraturan lalu lintas dan papan tanda keselamatan jalan raya.
  10. Elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa memandu seperti menggunakan telefon dan merokok kerana konsentrasi anda boleh terganggu. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada pemanduan di jalan raya.
  11. Jika anda rasa letih dan mengantuk ketika memandu, berhenti untuk berehat. Jangan meneruskan perjalanan jika anda berada dalam keadaan sedemikan kerana ia boleh membahayakan perjalana anda.
  12. Jika anda ingin membelok ke kiri dan kanan atau berhenti, tunjukkan niat anda dengan menggunakan tanda isyarat yang betul. Pastika anda menggunakan lampu isyarat kenderaan anda untuk sebarang tindakan.
  13. Berwaspadalah sentiasa di persimpangan jalan.
  14. Amalkan sikap bnersopan santun dengan pengguna jalan raya yang lain. Jangan mengikut perasaan dan emosi anda.
  15. Anda perlulah merancang perjalanan anda lebih awal. Rancang laluan dan peruntukan masa perjalanan anda bagi mengelakkan anda tergesa-gesa sewaktu pemanduan.

Sayangi kereta anda...huhuhu

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 216,513 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.