Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Sayangi Ibu Bapa Kita

Posted on: March 5, 2009

Assalamualaikum buat tetamu ziarah..semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah swt hendaknya. Alhamdulillah syukur kepada Nya kerana saya diberi kelapangan untuk menulis sesuatu pada hari ini.

Biasanya setiap kali hujung minggu saya akan pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu dan adik di rumah. Ibu saya sejak kebelakangan ini kurang sihat kerana penyakit urat sarafnya masih belum sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang datang semula sakit tu. Risau bila teringatkannya.

Apabila sudah tua, begitulah lumrahnya..penyakit mula datang. Nikmat kesihatan sudah semakin hilang. Namun saya bersyukur ibu tidak mempunyai penyakit kronik yang berbahaya. Siapa lagi yang diharapkan untuk menjaga ibu kita jika bukan anak-anaknya sendiri? Saya yang paling hampir dengan ibu, berbanding adik beradik yang lain kerana mereka semua tinggal jauh. Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk menjenguk ibu setiap hujung minggu.

Teringat apa yag saya baca dari tulisan Kpt.Hafiz Firdaus tentang berbuat baik kepada ibu bapa. Di sini saya kongsikan tulisan beliau untuk bacaan semua. Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita..

ajar-anak_2

Berbuat baik kepada ibubapa memiliki cabaran-cabarannya yang tersendiri kepada kita sebagai anak-anak. Perhatian terhadap pembelajaran, kesibukan kerjaya, tanggungjawab terhadap anak-anak sendiri, jarak yang jauh dari kampung dan sikap ibubapa yang mungkin cerewet atau degil adalah sebahagian daripada cabaran tersebut. Maka di samping berusaha menangani pelbagai cabaran ini, hendaklah juga kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Mengetahui bahawa berbuat baik kepada ibubapa memiliki pelbagai cabaran, maka dengan itu Dia mengajar kita sebuah doa yang amat baik:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;

dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam

(yang tunduk patuh kepadamu).” [al-Ahqaf 46:15]

Di antara kandungan doa ini adalah:

  1. …ilhamkanlah daku…, yakni tunjukkanlah aku, berilah aku kemampuan dan permudahkanlah bagiku.

  2. …supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku…, yakni jangan bersikap angkuh dan sombong atas segala nikmat iman, ilmu, kesihatan, kerjaya, keluarga, kemudahan hidup dan sebagainya yang dimiliki. Segala nikmat tersebut tidak lain adalah hasil kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu bersyukurlah dan buktikan kesyukuran itu dengan berkongsi nikmat tersebut bersama orang lain. Tidak ada yang lebih layak untuk menerima perkongsian tersebut melainkan ibubapa yang telah berusaha dengan jerih payah untuk membesarkan kita.

  3. …dan kepada ibu bapaku…, yakni jangan kita bersikap angkuh dan sombong seandainya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita pada zahirnya kelihatan melebihi berbanding apa yang Allah kurniakan kepada ibubapa kita. Hendaklah kita tetap bersyukur atas apa jua nikmat yang Allah kurniakan kepada ibubapa kita dan berkongsi sebahagian daripada nikmat yang Allah berikan kepada kita bersama mereka.

Ambillah iktibar daripada sikap Nabi Sulaiman ‘alahissalam, apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan kepada dia dan ayahnya (Nabi Daud ‘alaihissalam) hikmah dan ilmu, namun dilebihkan kepada Nabi Sulaiman kefahaman hukum:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam;

dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu;

dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah (kebijaksanaan) dan ilmu;

dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud;

dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

[Maksud surah al-Anbiya’ 21:78-79]

Sekalipun dengan kelebihan tersebut, Nabi Sulaiman tetap mendoakan ayahnya dengan berkata:

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;

dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmat-Mu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang shalih.”

[al-Naml 27:19]

Di antara sikap anak yang bersyukur dan berkongsi nikmat kurniaan Allah bersama ibubapanya adalah dia tetap memuliakan mereka di hadapan rakan-rakan dan suasana kehidupannya. Sekalipun ibubapanya adalah “orang kampung” manakala rakan-rakannya adalah daripada “kelas atasan” dan suasana kehidupannya adalah serba “canggih”.

Perhatikan sikap Nabi Yusuf ‘alahissalam apabila dia menjemput ibubapanya (Nabi Yaakub ‘alahissalam) dan ahli keluarganya yang berasal dari pendalaman ke istananya dan mendudukkan mereka di sampingnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengungkap kisah teladan ini dalam firman-Nya:

Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf,

Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibubapanya, sambil berkata:

“Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam keamanan.”

Dan dia dudukkan kedua ibubapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran.

Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf.

Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf:

“Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Dia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Dia mengeluarkan daku

dari penjara; dan Dia membawa kamu ke mari dari pendalaman (Badwi) sesudah Syaitan

(dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku.

Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendakiNya;

sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” [Maksud surah Yusuf 12:99-100]

  1. …dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai…, di antara amal shalih yang paling diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ialah berbuat baik kepada ibubapa sehingga mencapai keredhaan mereka. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, maksudnya:Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1] Maka melalui doa ini, dipohon kepada Allah agar diberikan petunjuk, kemampuan dan kemudahan untuk kita berbuat baik kepada ibubapa.

  2. …dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku., yakni pada waktu yang sama kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar diresapkan sifat-sifat yang shalih kepada anak-anak kita sendiri. Semoga dengan itu kita akan memiliki anak-anak shalih yang di kemudian hari akan berbakti kepada agama, umat dan kepada diri kita sendiri.

  3. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu…, yakni kita bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala seandainya sebelum ini kita tidak termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur dan berbuat amal shalih, khasnya terhadap ibubapa kita sendiri.

  4. …dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam., yakni mengikrarkan semula kepada diri yang mungkin alpa bahawa kita adalah orang-orang Islam yang tunduk patuh kepada perintah larangan Allah, khususnya perintah berbuat baik kepada ibubapa dan larangan menderhakai mereka.

anak-ibu

4 Responses to "Sayangi Ibu Bapa Kita"

good posting…

salam, teringat saya pada lukisan majalah cover keluaran arqam tahun 80 an.tak salah majalah An NUR . banyak ilmu manafaat isi kandungannya.

tersentuh hati membacanya..

sayangilah ibu bapa kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Support Me

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 211,142 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
%d bloggers like this: