Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Wasiat Buat Bakal Isteri

Posted on: July 22, 2008

Wasiat Buat Bakal Isteri

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat k eke 21 maksudnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.
Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.

Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hokum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.

Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.

 

Kerana itu, jadilah ‘hamba’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘hamba’ lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.

Apabila kamu mengegkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bereseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

 

 

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami reality hayat kita di dalam rumahtangga.Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :


1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.
3. Kepentingan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.
5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!

 

4 Responses to "Wasiat Buat Bakal Isteri"

salam alaik..ana nak minta bantuan ukhti, ttg hijab,niqob,khimar dan perbezaannya…

nasihat utk bakal suami ada tak?

nasihat utk suami ada kat blog satu lagi..🙂

Bismillah,

Jazakallah atas peringatan dari saudara.. sememangnya diri ini tiada langsung jaminan untuk ke syurga..malah untuk istiqamah dalam beramal pun payah..memang manusia lemah..sering dibuai oleh bisikan syaitan dan nafsu..sama-samalah kita berusaha untuk ikhlaskan diri dlm beramal dan mengajak manusia ke jln yg diredhai Allah SWT..insyaAllah

wahai ukhti fillah, mari kita buka tafsir alqur’an al karim surah an-nisaa : 49
” Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.”

ahsannya janganlah kita mengatakan diri ini suci, solehah, taqwa dan semisal dengannya yang bermaksud tazkiyah dan membenarkan diri sendiri sendiri dengan sifat tazkiyah.

barakallahu fiik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Support Me

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 211,142 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
%d bloggers like this: