Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Warkah Buat Bakal Suamiku..

Posted on: April 29, 2008

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ayah dan ibu serta guru-guruku. Tiada harta untuk kupersembahkan…hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu.

”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku…pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu yang secebis ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akanmenjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan harta melimpah ruah yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

“Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w,kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

1 Response to "Warkah Buat Bakal Suamiku.."

Terima kasih =)

alhamdulillah….
menarik betul baca nie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Support Me

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 211,145 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
%d bloggers like this: