Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Mencari Kecemerlangan Hakiki

Posted on: November 9, 2007

“..Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan” (Ali Imran: 185)

Pada hari ini kita melihat ramai pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka namun masih ada yang melakukan pelbagai jenis jenayah yang memalukan bangsa mereka sendiri apatah lagi yang beragama Islam. Fenomena seumpama ini menjejaskan maruah ummat Islam yang mempunyai ajaran yang cukup sempurna bagi penganutnya. Ajaran yang disampaikan oleh utusan Allah amat menitikberatkan soal akhlak yang mulia.

Insiden ini menunjukkan kecemerlangan yang dicapai di dunia ini dalam apa jua bidang hanyalah kecemerlangan jangka pendek yang sempit dan berbentuk sementara. Ia bukan kecemerlangan hakiki. Malah, kadangkala kecemerlangan di dunia ini memperdayakan manusia seperti yang berlaku kepada Qarun. Harta yang diperolehinya akhirnya memakan diri dan mendapat kutukan daripada Allah di mana dalam surah Asy-Syuara’ ayat 36 Allah SWT berfirman yang bermaksud ” Maka sesuatu apa yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman. Dan kepada Tuhan mereka bertawakkal.”

Kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu. Islam membicarakan berkenaan kecemerlangan kemuncak ini. Dalam surah Ali Imran ayat 185, Allah berfirman yang bermaksud “Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Justeru kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki Syurga Allah di akhirat kelak. Walau bagaimanapun Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Ia mempunyai kepentingan. Namun, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Imam Ghazali, di dalam Ihya Ulumuddin bab Syukur, apabila menceritakan berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat berkata, “Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat boleh dibahagikan kepada empat.

Pertama – Keadaannya kekal abadi
Kedua – Kegembiraannya berkekalan
Ketiga – Tidak wujud lagi kejahilan selepas itu
Keempat – Tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu

Maka benarlah kata nabi “Kesempurnaan nikmat adalah memasuki Syurga” (HR Imam Tarmizi)

Oleh kerana syurga adalah milik Allah, maka piawaian untuk memasukinya juga telah ditetapkan oleh Allah. Ummat Islam dapat mengetahui piawaian ini di dalam Al-Quran. Hanya dengan mengikut formula dari Al-Quran sahaja dan dibantu oleh sunnah nabi, ummat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat. Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Support Me

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 211,142 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
%d bloggers like this: