Mujahidah Ansarullah

Mutiara Kata

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua tetamu blog ini. Ruangan mutiara kata ini saya khaskan untuk sahabat-sahabat berkongsi kata-kata hikmah yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca yang lain. Tak kiralah sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, semua boleh. Mudah-mudahan kata-kata hikmah ini dapat dijadikan nasihat, pedoman atau pembakar semangat kepada kita. Insyaallah.. :)

3279033346_2203077dc6

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..

Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN


Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…


Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)

Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”

Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]


10 Responses to "Mutiara Kata"

salam ukhwah..kak,boleh copy tak mutiara kata akk..

salam..ukhwah..akak, boleh tak sy nak amik mutiara kata akak ni..

salam ukhwah kembali buat arni..nak copy boleh jer… ;)

Mutiara kata akak ni menusuk kalbu la..

Terima kasih. Sebenarnya ia bergantung kepada pembaca itu sendiri, jika memberi kesan kepada hati bermakna hati orang itu lembut.. :)

Akak, saya copy ye mutiara akak ne, untuk dikongsikan kpd rakan yg lain..Sungguh dalam maknanya kn..Terima kaseh

oh..silekan..kalu siti ada kata2 mutiara yg menarik, boleh juga share ye.. ;)

assalamualaikum..akak, sy nk copy kata2 akak nie utk share dgn kawan2, sebgai pembakar semngat utk jadi muslim sejati..blh x??

waalaikumussalam wbt..boleh ajer..silekan la. mmg bagus share dgn kawan2 bnde yg baik ni kan… ;)

salam..ana bru bce..n ana begitu tertarik ngan kte2 di atas..
izinkan ana untuk copy..
syukran..kalo ad lagi leh ana amek ag..
sebagai penguat semangt ana..dan..
meneruskan hidup sbagai muslimah n mujahidah sejati..

Leave a Reply

Recent Comments

harizul on Niqab @ Purdah
achiksolehah on About Me
hanief on Niqab @ Purdah
aida raihanah on About Me
aida raihanah on Niqab @ Purdah

Jumlah Pengunjung

  • 21,982 kunjungan

Salam Ukhwah

RSS Saifulislam.Com

  • Tamrin Dakwah Generasi IPOD December 15, 2009
    “Mengapa usaha memahamkan generasi muda hari ini tentang dakwah mesti berbeza dengan usaha kepada generasi 10 atau 20 tahun yang lalu?” salah seorang peserta bertanya kepada saya. Tajuknya adalah berkaitan dengan Penjenamaan Semula Dakwah (Rebranding Dakwah). Soalan itu tepu dengan isu. Kepantasan teknologi maklumat, sistem pengangkutan dan serba […]
    Abu Saif
  • Kutunaikan Hak Terakhirmu ke atas Diriku December 14, 2009
    MASJID KETEREH [kredit foto: http://www.flickr.com/photos/kelantan/2671627358/] Saya tidak boleh memikirkannya. Pemergian Arman terlalu mengganggu fikiran. Pada keterbatasan hubungan selepas cangkul dan tanah yang memisahkan, hanya doa yang mampu saya kirimkan. Namun dengan sedikit keupayaan yang ada, saya gagahkan juga untuk terbang ke Kota Bharu. Ketika in […]
    Abu Saif
  • Di Bumi Itu Janji-Nya Buatmu… December 11, 2009
    Sekeping gambar jadi kenangan. Ustaz Arman di kanan saya Terlalu pantas. Tibanya tidak disangka-sangka. Petang ini, saya menerima berita yang amat menyedihkan. Sahabat sepengajian semasa di Jordan dahulu, Ustaz Arman Md. Rusoff telah kembali ke Rahmatullah hari ini, selepas menerima serangan stroke lebih seminggu yang lalu. Saya tidak mempunyai maklumat terp […]
    Abu Saif
  • Nikmat Kerahsiaan Yang Menghakis Iman December 9, 2009
    “Macam Abu Saif sendiri pun pengunjungnya juga bukan semua sukakannya. Ada yang meluat bila nampak nak tunjuk terlebih pandai..serba serbi tahu. Itulah hakikatnya, banyak blogger sekarang menulis pun niat tak betul, nak popular… tunjuk bagus.. Pembaca menilai ikut naluri masing-masing… adakala tepat adakala prejudis. Saya sendiri pun adakal […]
    Abu Saif
  • Bukan Buku Aku Terima Nikahnya December 8, 2009
    Saya dihubungi oleh beberapa pembaca yang bertanyakan tentang sebuah drama bersiri bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA. Apakah drama tersebut berdasarkan buku saya yang mempunyai tajuk yang sama, AKU TERIMA NIKAHNYA? Drama Aku Terima Nikahnya yang diarahkan oleh Saudara Saipul Bahari Othman, diterbitkan oleh Layar Consult Sdn. Bhd. Skripnya ditulis oleh guru skrip […]
    Abu Saif

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta kt bwh… nak tgk […]
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak jugak modal tu beb…. Nak print sendiri lagila mahal… Nak harapkan royalti..itupun kalau laris beb! Dunia semakin […]
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Micro […]
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet dan telekomunikasi. Produk kami adalah produk digital yang merup […]
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan bebarapa kaedah untuk mempromosikan link affiliate anda. Link / Banner Setelah anda menyertai sesuatu program affiliate […]
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • Nafkah anak yatim November 8, 2008
    Ting tong! Bila lah nak sambung diskusi tentang nafkah anak yatim? Erm… minggu lepas-lepas sibuk. Minggu depan lagi lah sibuk sebab dah mula dapat skrip peperiksaan untuk disemak. Argh….
    Admin
  • Air November 4, 2008
    Air mata… Itulah yang meniti di pipi mak (mak arwah suami) Sabtu lepas. Hari ini di teritori yang sama, saya senyum sahaja. Geli hati melihat telatah anak-anak terkial-kial belajar berenang dengan instrutctor, Uncle Zainobi. “Kena garang sikit,” pesan saya pada uncle. Uncle Zainobi tersenyum. Dia orang lama. Masak sangat dengan kerenah kana […]
    Admin
  • Corat-coret SEMLIS October 30, 2008
    Hari ini hari kedua seminar. Baru rasa macam lapang dada sedikit kerana sebentar lagi seminar akan berakhir. Lagipun slot pembentangan kertas kerja saya telah pun berakhir pagi tadi. Syukur… Semalam ucap utama yang disampaikan oleh Datuk Mufti Pulau Pinang iaitu Sahibussahamahah Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad dan juga pembentangan oleh Pengarah, Ba […]
    Admin
  • Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari October 28, 2008
    Hari ini, esok dan lusa akan jadi hari yang sangat sibuk. Persiapan terakhir perlu dilakukan sempena Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari anjuran kami, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, USM yang akan […]
    Admin
  • Bila blog hilang arah… | Atau bila Hasanah hilang arah (???) October 17, 2008
    Tangguh dulu tajuk nafkah anak yatim. Nak cakap pasal statistik drhasanah.com pula hari ini. Inilah statistik blog ini tahun lepas. Masa baru setahun jagung, ia berkembang dengan begitu cepat dan statistiknya kelihatan cantik. Hujung tahun, apabila suami meninggal dunia, saya tidak mampu untuk menulis buat seketika kerana setiap kali jemari diletakkan di mat […]
    Admin