Posted by: achiksolehah on: April 2, 2009
Assalamualaikum warahmatullah buat tetamu ziarah sekalian. Saya ingin berkongsi beberapa masalah fiqah dalam kehidupan seharian kita. Soalan-soalan yang mungkin kita anggap remeh tetapi tidak terlintas di fikiran untuk kita bertanya kepada ustaz. Di sini saya memilih beberapa soalan yang diajukan oleh pembaca majalah Solusi dan ustaz yang menjawab persoalan tersebut adalah seorang penceramah bebas dalam bidang Fiqah serta tenaga pengajar di Madrasah al-Yamani Kg Baru. Mudah-mudahan kita dapat berkongsi ilmu serta boleh kita sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain, insyaAllah.
Soalan:
Adakah muntah manusia najis? Ada ustaz yang mengatakan muntah tidak najis berdasarkan kepada hadis riwayat daripada Abi Darda r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. muntah lalu berbuka dan berwuduk.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Menurut mereka hadis ini membawa dalil menjadi sunah berwuduk selepas muntah dan tidak menjadi dalil bahawa ianya najis.
Jawapan:
Berkenaan soal muntah, kita kena lihat dari mana datangnya. Jika seseorang yang sedang makan tiba-tiba lalu lori sampah yang busuk menyebabkan dia muntah, maka muntah itu tidak najis.
Atau pada hari Jumaat sebelum masuk masjid seseorang itu membeli air dan minum. Kemudian ketika khutbah dia tertidur sehingga meleleh keluar air minuman tadi, maka muntah jenis itu juga tidak najis.
Muntah yang dikira najis ialah apa yang keluar dari dalam perut. Contohnya dua atau tiga jam selepas makan, dia berasa pening dan loya kemudian muntah. Keluarlah apa yang telah dimakannya, dan sudah berubah warna dan berbau busuk. Maka muntah itu najis. Begitu juga air liur basi iaitu airnya telah berubah warna dan berbau, ia adalah anjis.
Muntah sedemikian jika kena pada pakaia, maka pakaian itu tidak boleh bawa solat kerana telah terkena najis.
Menurut mazhab Syafie muntah itu adalah najis jika keluar dari dalam perut. Cuma jika muntah bagi mazhab syafie tidka batal wuduk dan untuk membersihkannya kena kumur-kumur, tidak cukup hanya dengan meludah sahaja.
sumber: Ustaz Syed Mohd Fadzil al-Yamani
Recent Comments