Mujahidah Ansarullah

Muhasabah buat Isteri

Posted by: achiksolehah on: November 19, 2008

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami
www.iLuvislam.com

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

2 Responses to "Muhasabah buat Isteri"

saya telah melakukan dosa yang amat besar, bagaimanakah caranya saya untuk memberitahu suami dan bertaubat

Jika telah melakukan dosa, hendakla kita bertaubat dengan sungguh-sungguh serta tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Insyaallah Allah akan ampuni segala dosa hambaNya yg bertaubat dgn ikhlas. Ukhti perlu berterus terang kpd suami dan beritahulah dia dengan berhikmah

Leave a Reply

Recent Comments

achiksolehah on About Me
Ramly Inun on Penipuan TV3
PUAN NANI UMP on About Me
siti hidayah on Balasan Tidak Mendirikan …
harizul on Niqab @ Purdah

Jumlah Pengunjung

  • 22,614 kunjungan

Salam Ukhwah

RSS Saifulislam.Com

  • Resepi Lawan Menjadi Kawan December 30, 2009
    Ilmam, Wali, Zul dan Ashraf, antara tenaga pasukan KEM HIJRI 1431 “Kenapa dalam program anjuran pelajar universiti, kita perlukan ramai fasilitator hingga ada program yang ahli jawatankuasanya lebih ramai daripada peserta, sedangkan dalam program kendalian syarikat jururunding latihan, kita boleh kurangkan jumlah fasilitator ke tahap minima?” say […]
    Abu Saif
  • Lebih Sabar Daripada Gunung December 27, 2009
    “Ustaz, cepat. Ada kes buli!” panggil penghulu. Panik kami dibuatnya. Ada kes buli pula. Sungguh mencabar apabila berpuluh-puluh remaja yang saling tidak mengenali dihimpunkan di satu tempat. “Tapi ustaz jangan cakap kata saya report!” pinta peserta tersebut. Beliau dilantik menjadi penghulu juga kerana ‘dibuli’ oleh peser […]
    Abu Saif
  • Tragedi Emosi Krismas December 24, 2009
    “Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu. Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama. “Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali. “Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah […]
    Abu Saif
  • Jadilah Manusia Hebat December 24, 2009
    “Macam mana ye ustaz? Susah apabila kita minat satu bidang tetapi mak ayah desak kita ambil bidang yang lain,” keluh seorang peserta KEM HIJRI baru-baru ini. “Memang susah. Hidup atas bayangan dan impian orang lain memang susah. Sifirnya mudah, terpaksa adalah terseksa, betul tak?” saya memetik kembali ungkapan slot NIAT di awal progr […]
    Abu Saif
  • Aku Mampu Mengubahnya December 22, 2009
    Rupa asal saya pada usia 1 tahun, 1976 Saya tidak pernah dipanggil si kurus. Sentiasa dipanggil si gemuk, badak, giant dan macam-macam lagi, sehinggalah akhirnya saya jadi betul-betul gemuk. Hingga saya rasa berdosa bekerja di Institut Jantung Negara, dan menahan pedih apabila dicaci oleh pemberi komen di blog yang menulis sesedap rasa. Saya mencari-cari kek […]
    Abu Saif

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta kt bwh… nak tgk […]
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak jugak modal tu beb…. Nak print sendiri lagila mahal… Nak harapkan royalti..itupun kalau laris beb! Dunia semakin […]
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Micro […]
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet dan telekomunikasi. Produk kami adalah produk digital yang merup […]
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan bebarapa kaedah untuk mempromosikan link affiliate anda. Link / Banner Setelah anda menyertai sesuatu program affiliate […]
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • Nafkah anak yatim November 8, 2008
    Ting tong! Bila lah nak sambung diskusi tentang nafkah anak yatim? Erm… minggu lepas-lepas sibuk. Minggu depan lagi lah sibuk sebab dah mula dapat skrip peperiksaan untuk disemak. Argh….
    Admin
  • Air November 4, 2008
    Air mata… Itulah yang meniti di pipi mak (mak arwah suami) Sabtu lepas. Hari ini di teritori yang sama, saya senyum sahaja. Geli hati melihat telatah anak-anak terkial-kial belajar berenang dengan instrutctor, Uncle Zainobi. “Kena garang sikit,” pesan saya pada uncle. Uncle Zainobi tersenyum. Dia orang lama. Masak sangat dengan kerenah kana […]
    Admin
  • Corat-coret SEMLIS October 30, 2008
    Hari ini hari kedua seminar. Baru rasa macam lapang dada sedikit kerana sebentar lagi seminar akan berakhir. Lagipun slot pembentangan kertas kerja saya telah pun berakhir pagi tadi. Syukur… Semalam ucap utama yang disampaikan oleh Datuk Mufti Pulau Pinang iaitu Sahibussahamahah Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad dan juga pembentangan oleh Pengarah, Ba […]
    Admin
  • Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari October 28, 2008
    Hari ini, esok dan lusa akan jadi hari yang sangat sibuk. Persiapan terakhir perlu dilakukan sempena Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari anjuran kami, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, USM yang akan […]
    Admin
  • Bila blog hilang arah… | Atau bila Hasanah hilang arah (???) October 17, 2008
    Tangguh dulu tajuk nafkah anak yatim. Nak cakap pasal statistik drhasanah.com pula hari ini. Inilah statistik blog ini tahun lepas. Masa baru setahun jagung, ia berkembang dengan begitu cepat dan statistiknya kelihatan cantik. Hujung tahun, apabila suami meninggal dunia, saya tidak mampu untuk menulis buat seketika kerana setiap kali jemari diletakkan di mat […]
    Admin