Mujahid & Mujahidah Ansarullah

Niqab @ Purdah

Posted on: November 27, 2007

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya kongsikan suatu cerita dengan tetamu ziarah. Setelah difikirkan rasanya telah tiba masanya untuk saya kongsikan pengalaman untuk menyampaikan dakwah dan nasihat kepada orang lain sedaya yang mungkin.

Seringkali saya mendapat persoalan, “Sejak bila berpurdah?”, “Kenapa pakai?” dan soalan yang sewaktu dengannya. Di sini saya cuba menjawab persoalan sahabat-sahabat yang masih menjadi tanda tanya itu. Sebenarnya kali pertama saya memakai purdah adalah semasa tahun kedua pengajian iaitu ketika berusia 20 tahun. Alhamdulillah saya dapat peluang itu semasa berada di rumah kakak saya yang kedua, lebih mesra dipanggil KakNgah iaitu di Selandar, Melaka. Saya mendapat dorongan dari Kakngah saya sejak dari tingkatan 2. Kakngah saya memang dah lama berhasrat untuk memakai purdah namun Kakngah hanya berpeluang memakainya setelah berkahwin 9 tahun yang lalu.

Ketika itu saya belum cukup kekuatan untuk istiqamah memakainya. Mungkin juga disebabkan saya masih menuntut, pemakaian sebegitu tidak dibenarkan di kampus. Alhamdulillah setelah saya tamat pengajian dan berkhidmat di sebuah sekolah tahfiz di Kelantan, saya memakainya semula memandangkan pakaian begitu menjadi uniform pelajar di sekolah tersebut. Walaupun guru tidak diwajibkan tetapi saya lebih selesa memilih untuk memakainya.

Hukum berpurdah sebenarnya sunat kerana ia adalah pakaian isteri para Nabi. Oleh sebab itu saya tidak memakainya apabila berada di rumah. Pada mulanya ibu saya tidak mengizinkan saya memakainya kerana ibu risau saya terlibat dengan gerakan al-Arqam. Namun saya menjelaskan pada ibu bahawa saya tidak terlibat dengan gerakan seumpama itu. Saya memakainya untuk keselamatan dan keselesaan saya sendiri. Saya perlu akur dengan ibu kerana mentaati ibu adalah wajib sedangkan memakai purdah cuma sunat. Saya berdoa agar ibu saya faham dan membenarkan saya memakainya suatu hari nanti. Dan Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa saya kerana tidak lama selepas itu ibu mengizinkan saya memakainya.

Pernah saya berjalan di kedai semasa keluar bandar saya dipandang pelik seolah-olah saya nak mencuri pula di kedai mereka, namun saya tidak hiraukan pandangan sedemikian kerana saya tahu niat saya bukan begitu dan saya sentiasa memohon agar Allah melindungi saya walau di mana saya berada. “Ihfazhillaha yahfazhka”, Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu..InsyaAllah saya akan cuba istiqamah dengan niqab selagi situasi mengizinkan. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati saya dalam beramal dan menjauhi segala sifat mazmumah yang boleh menggugurkan pahala amalan.

Kepada muslimah yang ingin berpurdah di luar sana, teruskan niat antunna. Jangan takut atau bimbang kerana Allah akan bantu siapa yang ingin berbuat kebaikan. Wallahua’lam

About these ads

84 Responses to "Niqab @ Purdah"

Waaah…Tahniah..

Rindunya nak jumpa dengan sahabat2 di KMK dulu..

Achik, semoga Allah selelau merahmati..Doakan Lah disini

assalamu’alaikum.

ada khilaf mengenai pemakaian niqab/purdah.ada yang mewajibkannya.dan ada yang menidakkan kewajipannya.

antara ulama’ yang berpendapat bahawa niqab/purdah tidak wajib adalah ulama’ besar hadith, syeikh nasiruddin al-albani.dan beliau ada menulis buku khas mengenai perihal niqab/purdah ini iaitu ‘Hijabul Mar’aatul Muslimah’.

dan ulama’ yang menyatakan bahawa menutup wajah itu adalah sebahagian daripada perkara wajib; seperti syeikhuna ibn baz rahimahullah.

apapun,saya menyetujui pendapat al-albani bahawa berniqab/purdah itu tidak wajib.akan tetapi dalam pada masa yang sama, dapat saya rasakan bahawa lebih perlu untuk muslimat masa kini memakai niqab/purdah sebagai keselamatan.memandangkan bahaya yang mungkin wujud adalah lebih besar.namun ingin saya tegaskan bahawa semuanya bergantung kepada situasi pemakai itu sendiri.

semoga saudari terus istiqomah dalam pemakaian niqab ini.kerana sesungguhnya da’awah itu lebih berkesan dengan enti sendiri sebagai contohnya.

“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu.” (muslim)

a’la kulli hal.terima kasih kerana hadhir Daurah baru-baru ini.semoga istiqomah dengan daurah lain yang akan datang.

nak link-kan blog ana?insya Allah boleh.terima kasih kerana sudi link-kan blog ana.

Lah;

Terima kasih sudi lawat blog achik. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh kita jumpa semula. Semoga Allah merahmati kita semua.

Abu Fadhl;

Waalaikumussalam warahmatullah. Jazakallah atas pandangan dan nasihat anta. InsyaAllah ana sedia menyertai daurah jika diberi peluang dan kesempatan. Syukran jazilan khairan kathira

waalaikumussalam. Terima kasih kak shida..bila lagi boleh kite jumpa yer? didoakan semoga akak juga sentiasa ceria dan murah rezeki. insyaAllah..

salam alaik..
salam eidul adha..

kai fa haluki achik..erm..lame tak berhiwar..
moge sihat sokmo.

alfun mabruk dah abih ngaji..=)
moga dipermudahkan urusan ke alam pekerjaan.

aiwah,,dh berniqab.. alhamdulillah..
moga sama-sama kita istiqomah..

salam perjuangan..
salam mahabbah wa ukhwahfillah..

min ukhtie simple-shida (“_)

Jazakallah khairan kathira

Tahniah denga ketabahan dan keazaman nti
Hanya ALLAH yang mengetahui hati kita dan sebaik2 balasan adalah dari-NYA
Moga terus istiqamah

Salam Ukhwah Ukhti Mariam Jamilah..Alhamdulillah satu perkongsian pengalaman yang bisa digunakan untuk mengajak orang lain berubah. Semoga ukhti terus istiqmah ya…Syukran sudi ziarah ke sini. Barakallahufiik..=)

Ass………
Selamat…saya jadi ingat masa lalu. Dulu saya sangat aneh liat orang islam,saya pikir kok tahan yah pake jilbab apa ga panas. Apalagi waktu saya ikut les ada teman yang pakai cadar wouw lebih aneh lagi tapi setelah kuliah saya jadi tertarik untuk masuk islam.Sampai waktu menikah suami saya meminta agar saya memakai cadar.Ternyata nggak seribet keliatannya.
Salam kenal……..

teruskan…semoga terus istiqamah…

Semua isteri Nabi berpurdah…terpulanglah kepada kita sama ada nak ikut TAQWA ataupun FATWA..

“sesiapa yg menghidupkan sunnahku di zaman fasad & mungkar maka Allah akan bagi ganjaran pahala 100 syahid”

“sesiapa yg menghidupkan sunnahku,beerti dia mencintaiku,sesiapa yg mencintaiku,dia akan bersama2 ku ddlam syurga”

(mahfhum hadis)

salam achik..baru berpeluang nak comment nih

alhamdulillah kerana achik diberi peluang dan kekuatan untuk berniqab, taj sangat salute kat muslimah yg berniqab..

teruskan berniqab dan istiqomah ye

doakan taj juga suatu hari nanti berniqab
:)

Assalamualaikum…alhamdulillah buat anta…
ana skrg pun sudah berjinak jinak dengan niqab@purdah ni…..tetapi ramai jugak yg menghalang…knp ramai yg salah anggap oleh org yg pakai purdah ni ana pun x tahu..
dlm hadist pun menyatakan, sesiapa yg pakai purdah ni,Allah akn mengurniakan nur wajahnya dari wajah aslnya…sape yg x nak??

Assalamu’alaikum

Hmm..anta pny gambar berpurdah pun nak bubuh dalam blog jugak ke? Alangkah matchingnya dengan nick solehah tu kalo gambar tu tak diselitkan dalam blog..

Nak syiar ke? Macam tak kena pada tempat je.

waalaikumussalam. Alhamdulillah ukhti telah terbuka hati untuk memakainya, memang ana akui, bukan mudah untuk istiqamah apatah lagi dalam situasi keluarga yang tidak mengizinkan. ana juga pernah mengalami situasi tersebut, namun Alhamdulillah setelah diperjelaskan akan kebaikannya, ibu ana akhirnya tidak menghalang ana untuk memakainya. ana doakan ukhti diberi kekuatan dan dipermudahkan melakukan amalan soleh..insyaAllah. teruskan berdoa dan jangan mudah berputus asa. nasihat untuk diri ana juga..

slm… sy x pernah terfikir pn untuk mmakai purdah… bahkan org yg 1st time ckp psl prdh kt sy pn sy rs cam pns je.. bkn marah.. tp seolah rs d paksa.. situasi ni mmbygkn betapa tidak familiarnya sy dgn purdah ni.. tp dr hri itu sy bfikir n melihat.. purdah sbnrnye terlalu byk kebaikannye klu d pakai…dan hati sy kini sdh semakin tertarik untuk memakainya.. tgl lg.. situasi dlm keluarga yg mmg x mengizinkan.. x sampai hati sy untuk melihat ibu sy bermasam muka dgn sy.. tp skgr ini sy terasa terlalu ingin memakainya… mmg sy perlu bnyk bdoa dan merayu kpd Allah.. doakn la sy wahai sahabat semua…. syukran..

insyaAllah boleh. Selagi ada niat yang baik dan usaha yang tidak berputus asa, mudah-mudahan Allah buka jalan untuk saudara berubah menjadi baik dan lebih baik. Moga bertemu dengan apa yang dicari-cari..teruskan usaha

aduh..tensen beb…wa cbe nk ubah dr r…tp ssh…hadui…da xlarat nk buat dose2..
ble wa tgk lu sumer baek2…dengki plak..
kalo bole..sblm mati, ak nk jd org baek..

waalaikumussalam. iya, memang pertama kali melihat komen saudari. insyaAllah ukhwah kerana Allah pasti membuahkan rahmah. Syukran sudi ziarah blog saya

salam..mungkin ini pertemuan kita yg prtama…alhamdulillah..kita dipertemukan atas niat yg sama…

InsyaAllah..syukran atas doa anta.. semoga Allah maqbul..amin.

masyallah…….
dapat satu amal sunnah isteri nabi yang besar .
semoga saudari dipilih oleh Allah untuk khuruj dijlan Allah bersama mahram.
amin.

Waalaikumussalam warahmatullah.. syukran atas ziarah dan komen anti… erm, adekah anti juga berniqab? kalu belum cubalah..memang ade banyak hikmahnya..ok, insyaAllah nanti ana add anti yer..jazakillah

Assalamualaikum..
ana t’sentuh dgr cerita anti..
smg istiq0mah dlm pjuangan utk memakai niqab ni..
kalo blh, anti dialu2kan utk add friendster ana..
fafau91@yahoo.com

Terima kasih =)

salam ziarah…..

tahniah..
sejuk mata memandang.. :)
moga terus istiqomah dan thabit di jalannya..
doakan akak ya moga dapat menunaikan sunnah ini suatu hari nnti..

Waalaikumussalam warahmatullah..terima kasih sudi ziarah ke blog ana. Ana juga doakan ukhti terus tabah menongkah arus ujian yang datang dalam pelbagai cara. Semoga kita terus istiqamah dalam berbuat kebaikan dengan ikhlas..insyaAllah

Assalamualaikum, ukhti
Kali pertama jumpa wanita berpurdah berdakwah di alam maya adalah ukhti-hampir setahun yang lepas-alhamdulillah, makin digoncang hati ni dengan fitnah dunia, makin dipertemukan Allah dengan ramai kawan-kawan berniqob-moga istiqamah, doakan ana kuat seperti anti. insya Allah-bertemu di Syurga:-)

salam…

tahniah buat saudari…ALLAH telah pilih saudari untuk menghidupkan amalan agama,dikala umat meninggalkan agama..segala perintah Allah yg kita tunaikan brlandaskan sunnah Nabi SAW adalah jalan kejayaan untuk kita mendapat ganjaran yg besar disyurga Allah kelak…teruskan menghidupkan amalan agama….itulah kejayaan seluruh umat ini…

assalamualaikum semua..
pertama sekali,ana bersyukur kpd ALLAH s.w.t kerana tlh menguatkan & m’buka hati ana utk memakai purdah,alhamdulillah wa syukurillah.niat hati ana utk berpurdah,sudah lama subur dlm hati,cuma tiada kekuatan tuk meneruskannya.
sblm berpurdah,ana pun mengalami bnyk halangan.ana tanya adik beradik,elok ke ana pakai purdah? diaorang cakap,xpayah pakai la sbb perangai kau xberapa ‘cantik’,terasa sedih hati ana.ana tanya mak ayah,mak ayah cakap,suka hati kaulah,asalkan kau dpt ubah perangai kau yg xberapa ‘cantik’ tu.ana gembira dgn reaksi positif dari org tua.
dipendekkan cerita,ana berhijrah kerumah kakak sulong dan sampaikan niat di hati.ana pun bercakap dgn kakak yg sulong..kakak yg sulong sokong ana, jadi ana teruskan niat utk berpurdah.
kepada family,ana cuma minta doakan agar ana terus istiqomah.kpd sesiapa yg ada niat utk berpurdah,teruskan jika anda lbh terasa selesa dan yakin.AGAMA ALLAH tidak memberatkan hambanya dlm ibadah.
ya ALLAH,KAU suburkanlah hati ku dgn hidayah mu agar aku terus di dalam ISLAM.

assalamua’laykum warahmatullah kpd tuan punyer blog..
smoge di berkati slalu…izinkan ana berkongsi link anti bersame kwn2 yea…
bykkan article lg yea ukhti…

ukhti…maaf ya…ni pembetulan pd website ana tu…bile ana klik,
tak kluar pun blog ana… ni sebenarnya websitenya…
http://cintasejatiaku.blogspot.com syukran jazeelan

dengan nama Allah…..assalamualaikum…saje2 ana bukak nak cari pasal niqob,tiba2 terbukak site nie…ana tgk nti dah lama x online ye?artikle tu pun dah nak setahun dah umurnya…ana pun de baca comment sahabat lain…alhamdulillah ramai yg dapat info pasal niqob nie…kalau nti rajin,bykkan la post artikle kat sini..x rugi pun…berda’wah secara x langsung..inshaAllah..k..jazakillah

salam alaik..ukhti achik solehah,syukran krn ukhti menulis article ttg niqob,sedikit sebanyak membantu ana dan menjadi rujukan utk muatkan dalam thesis ana,jazakillah…

Allah Azzawajalla give you Iman if you effort to Iman
in the path of Allah four month InsyaAllah
IPB (India, Banglades, and Pakistan)
to learn Da’wah Nabi SAW

assalamua’laikum ukhti achik…
ana nk tnye 1 soalan…ana study kt Politeknik…kt tmpt ana xde lg org yg pakai purdah….org yg bertudung labuh pun masih boleh dikira bilangan nya kerana terlalu sedikit…ana da lme teringin nk pakai purdah…tp ana bimbang sekiranya ana pakai purdah, ia akan menarik perhatian org ramai…n mendtgkan fitnah..

ape pandgan ukhti?

KAKAK SAYA TRINGIN NAK PAKAI PURDAH.NAMANYA SOLEHAH.

lebah bestari..semoga Allah permudahkan kakak awak untuk memakainya..insyaAllah :)

waffaqokillah fie yubbuhu wa yardhoh..
ana sngat terharu mendengar apa yang ukhti tulis, semoga tetap istiqomah dalam berhijab… salam ukhuwah ana ucapkan untukmu wahai ainul mardhiyah(insya ‘allah)… tetaplah dalam jalan para pejuang Islam walau badai ocehan manusia menimpa kita..
akhukum alfaqir
azzam

Azzam, jazakallah. Mudah-mudahan Allah beri kelapangan dan kemampuan kepada kita utk terus berbuat baik di jalanNya, insyaAllah…syukran atas ziarah :)

Assalamualaikum…… saya ckup2 berkenan dgn wanita yang berpurdah. kalu bleh nak buat isteri… kalu bleh nk cari org trengganu je la..
kalu ada kenalan d trengganu emailkan ke saya… smoga mndpat rahmat Allah..

persoalan wanita berpurdah tak patut langsung dijadikan isu, terbukti ada wanita yg pakai dan ada wanita yang tak pakai semasa di zaman rasulullah, so, dua2 sunnah pakai dan tak pakai… kalau kita dok cakap isu purdah ni, tak ke mana…

Bagi saya akhlak yg paling utama, baru la lain-lain.. ada seorang muslimat ni, walaupun dari segi pemakaian alhamdulillah melambangkan wanita solehah, tapi dari segi akhlak kurang sikit, and akhirnya jadi bahan gangguan lelaki…

akhlak, ingat…..

ade muslimat ni kata pakai purdah ni sebab nak cun… ade ke patut mcm tu?

hmm….kadang2 tak pakai purdah pun susah, dah pakai pun susah…. hati selalu nak kena jaga..biar la kerana Allah…. semuanya bermula dgn akhlak.. ade sorang laki ni suka perempuan berpurdah sebab alasan pertama cantik bukan sebab alasan pertama sebab agama….. hmm..jadi sama je la purdah tak purdah pun, jadi tontonan jugak..

Sebab tu akhlak paling utama….

WallahuA’lam…ni pendapat peribadi saya dan saya berpegang dgn nya…. tegur2 kalau silap…

saya bagi contoh mudah, apa kes perempuan suka berpurdah ni suka sgt tunjuk gambar dia berpurdah kat internet..apa kes? cuba kita semua renung2kan, (saya tak cakap semua, tapi ade la segelintir)… wallahuA’lam…. akhirnya semuanya berbalik kepada niat, lelaki perempuan semua kena jaga pandangan…

jgn ingat bila kita dah berpurdah kita dah anggap kita lebih taqwa..seperti yg ditulis dalam post ni

“Semua isteri Nabi berpurdah…terpulanglah kepada kita sama ada nak ikut TAQWA ataupun FATWA..”

Ade ke dalil nas yg jelas yang menunjukkan pemakain purdah ni lebih taqwa daripada tak pakai? fatwa dibuat berdasarkan dalil nas yg jelas… hidup nya Islam kita berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman salafussoleh.. tu bagi saya benda basic…

saya mntak maaf, banyak sgt post.. sebab benda ni yg saya tak tahan bila sebut soal purdah… mesti ade je post2 yang akan meninggikan darjat…adakah lebih baik antara wanita berpurdah dan tak berpurdah? saya bukan anti purdah, saya cuma anti perbncangan2 yang selalu timbul apabila brbncng soal purdah…

“Semua isteri Nabi berpurdah…terpulanglah kepada kita sama ada nak ikut TAQWA ataupun FATWA..”

Mcm ayat atas ni, ni dah mula dah ni ada bibit2 yg tak baik….

WallahuA’lam sekadar pandangan peribadi… tegur kalau saya tersilap

muslimin88:

Terima kasih atas komen anta. Saya rasa tiada pun ayat dalam post ini yang mengatakan pemakai purdah lebih bertaqwa daripada yang tidak memakainya. Lagi satu, post ini bukanlah untuk membangkitkan isu nak berbahas perlu pakai atau tak, cuma sekadar berkongsi pengalaman. Wallahu a’lam

nmpaknya ada hamba ALLAH yg x phm ttg ayat..”terpulanglah kepada kita sama ada nak ikut TAQWA ataupun FATWA”

kpd muslimin88….anda perlu byk belajar menghormati pendapat org…jika tidak ilmu yg ada pd enta tak ada pape makna…

purdah ni bkn isu…cuma perbincangan utk menggalakkan ramai lgi wanita berpurdah…yang enta gi HENTAM tu watpa?

enta tu lelaki…kalau teringin nak pakai pun…pakaila…xdelah pompuan ngorat tgk wajah enta yg hensem tu..:-)

Assalamu’alaikum Wr.Wb
Brondong mau kirim salam sama yang pake purdah bolehkan …
hihihi … habis kelihatan manis .. salam yaaaaa
kirim deh ke email brondong : want_phy@yahoo.com

salam… kat ner nk bli niqab tur?
plz help me….
leave a msg to allysha_83@yahoo.com

w’salam..oh, purdah ada jual..saya sudah emailkan kepada anda..sila cek email yer..timekasih ;)

ana pun da lama menyimpan niat untuk berpurdah,tp niat ana sering terbantut.prnah sekali ana menyuara kan niat ana,pada teman ana yg juga berpurdah..kata nya,pemakai nya harus istiqomah…ana fham,tp keyakinan utk berpurdah sering terbantut ble mgingat kn kata2 teman ana..
ana tkut,ana xbisa istiqamah..
tp,ana mmang ingin berpurdah….
hrap enti bleh trang kn makna istiqamah tersebut,spya myakinkn ana utk memakai liqa’..
insyaALLAH

salam..ada tempat specific yg jual purdah? ana lihat di uni ana cuma purdah yang mcm foreigners pakai, hitam dan ikatan di dahi..ana tak minat..anti pakai yg mcm mana..? jahit sendiri?

w’salam. erm, tempat spesifik tu mungkin ada tapi saya pun tak tahu di mana. kalau purdah arab tu kat blog ni ada jual http://maratussolehah.blogspot.com/. saya cuma pakai purdah yg jahit sendiri jer ;)

“jgn ingat bila kita dah berpurdah kita dah anggap kita lebih taqwa..seperti yg ditulis dalam post ni”

salam.sy baru nak berkenalan dgn pemakaian purdah.n sy rase pandangan saudara muslimin88 tu sedikit sebanyak menjejaskan semangat dan azam sy untuk berpurdah.SUBHANALLAH.harapan sy, bila sy berpurdah akan akan dpt mendalami islam dgn lebih baik.ya.sy mencari ketaqwaan dan keredhaan Allah s.w.t.tetapi tidak bermakna bila sy berpurdah sy secara automatik lebih bertaqwa drpd yg tidak berpurdah.sy harap saudara muslimin88 tidak prejudis terhadap mereka yg berpurdah.telah jelas dinyatakan purdah adalah salah 1 cara berpakaian dlm islam.

semoga kita sama2 mendapat keredhaanNya.amin.

Assalamualaikum. Kepada ukhti yaya, jangan patah semangat utk teruskan niat baik ukhti. Kata-kata sebegitu hanya provokasi. Itulah salah satu cabaran yang perlu kita hadapi. Mungkin saudara muslimin88 tersalah faham dengan apa yang cuba saya sampaikan dalam tulisan saya. Saya doakan semoga ukhti diberi kekuatan untuk memakainya..insyaAllah ;)

haha….minta maaf..tak berniat pun…nak pakai pun pakai la, tak nak pakai pun tak pe…terpulang sebenarnya…huhu…saya minta maaf secara terbuka kepada semua yang menggunakan purdah dan berniat ke arah itu..minta maaf banyak… :)

Yang ditulis tu bukan provokasi, cuma kecewa dengan sikap segelintir umat Islam ni yang kadang2 extreme dalam sesuatu perkara..dan harapan saya kepada yang berpurdah, jgn lah terjebak dengan semua tu…haha..mungkin salah landing kot comment saya tu, minta maaf…saya ade pengalaman tengok orang bincang benda ni sampai gaduh2…so, agak sensitif sikit..tak nak berulang….

Bukan tak elok berpurdah ni, Syiekh Al-Albani, walaupun dia tak setuju pendapat purdah tu wajib, tapi isteri dia pakai jugak purdah tu…

hmm…minta maaf sekali lagi, teruskan niat baik untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah…cuma tu je la, sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat

minta maaf sekali lagi… wallahu’Alam

“sy harap saudara muslimin88 tidak prejudis terhadap mereka yg berpurdah”

saya tak prejudis, kalau boleh harap2 bakal isteri pun nak mcm tu.. dan kalau dah kahwin ngan isteri yang tak pakai, mungkin saya pun akan galakkan pakai….

wallahu’Alam..

Setelah diteliti semula, saya mengaku silap di dalam membuat posting.. tak sepatutnya saya terlalu ikut perasaan kerana pengalaman lalu..saya memohon maaf kepada tuan punya blog dan semua yang membaca..

Wallahu’Alam

Salamun Alaikum..
Erm..hukum berpurdah ni sebenarnya ramai yang keliru..
sebenrnya perkare ni boleh jadi wajib dan boleh jadi x wajib..
hukum asalnya tak wajib tapi ianya akan menjadi wajib jika dikhusukan..maaf dihulurkan sebab saya tak dapat nk menerangkan scre pnjg lebar..sebb ktiadaan masa..
cuma sempat singgah dn mmbri komen sesingkat mgkin..
klau kita semak dalam mana2 kitab tersohor dan jg ulama tersohor..
trlalu bnyak pndpt dn hujah msing2..
smpai kita sbgai khalifah ni tak jd pemikir sprti mne yg dkhndaki islam..msing2 trlalu taklid dgn prkra2 yg dh dtntukan oleh ulama kita..dalam al-quran tiada dalil2 yang kuat menytaekan hukum berpurdah..semuanya berkaitan dgn tdung2..mlbuhkan tudng..
bgtu jg dgn hadis2..tiada hadis2 kuat yg mnykong prkre ni..
sprti yg sye nytekan pd awl td..
hukumnye boleh jd wajib pd ssstgh prkre dan boleh jd tak wjib pd sstgah prkre..

assalamualaikum..sy memohon jasa baik kakak tlg ajarkn adk sy cara utk pkai purdah…dia terigin sgt2..semoga allah merahmatimu..

assalamualaikum.
syurga itu dihiasi oleh perkara-perkara yang berlawanan dengan nafsu kita.harga untuk mendapatkan syurga itu terlalu mahal. Begitu juga dengan pemakaian purdah ni.. tanpa kekuatan iman , memang sukar untuk kita melaksanakannya. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami semua untuk mencontohi para isteri nabi dan sahabiyah ….mereka dijamin syurga oleh Allah. Pengorbanan mereka , susah payah mereka mengamal kan agama..Allah beri balasan syurga.

السلام عليكم ورحمة ألله…

‏ ‏ “إن أكرمكم عند ألله أتقاكم…”

Erm,. ألله‎ bgthu dlm quran,yg pntg skali taqwa dgn Allah.. Purdah xpurdah xpntg..cba antum/tunna smua rjuk pndgn ataupn hukum ulma’ 4 mazhab tntg niqab ni.. Xpyah la nk brbalah2..Dn atas ksdrn individu lah utk mnlainya..
Tma ksh achik utk blog ni…

جزاك ألله…‎ ‎‎”smga smua mslmt ats mka bmi ni jdi mkminat solehah..‎”‎

Ana syorkn bt mslmt,pkai lah niqab..k
wasslm.. (^_~)

Bagus2.. pakai purdah lambang kesolehan.. yang lelaki plak jangan malu2 pakai kopiah..hehe.. bersama syiarkan Islam.. Islam itu indah..

salam shabat2ku syg,
pemakaian niqab ni adalh satu proses untuk kte menjd lbh baik.
bknnye pkai niqab ni adalah untuk org baik2.
kne phm tu
mcm jgk solat…
solat adlh 1 proses utk kte jd lbh baik n menghindari perkara mungkar.
bkn hny org baik2 yg melaksanakan solat.
so, marilah berpurdah.
itu lbh aula pd zmn kini, dimane lelaki dluar sne sudah tidak bisa menjg pandangan
ceria untuk islam

salam alaik..betul tue..sokong3! buat benda baik, jgn pikirkan apa org kata..ikhlaskan niat kita kerana Allah…

Assalamualaikum… saya mahu jadi spt akak, achiksolehah.. tapi sy tak tahu bagaimana.. sy xtahu permulaannya.. pada siapa sy perlu pergi..pada siapa harus sy luahkan.. sy ingin berubah,sy ingin istiqamah..sy perlu bimbingan..

adik nurhani, bersyukur sangat adik ingin berunah menjadi yag lebih baik….. semoga adik berjumapa dengan orang yang benar2 dpt membinbing adik kejalan kebenaran…..tahniah ye……

assalamualaikum..
tahniah dgn pncpaian akak..sy pn tringin nk pkai..tp blum tcapai lg..insyaallah…

waalaikumussalam wbt..terima kasih. akak doakan adik juga dipermudahkan utk mencapai hajat adik. Kuatkan semangatmu..insyaAllah Allah beri kekuatan kpd adik

assalamualaikum…
btul kata tahajudku…berniqab adalah salah satu jln untuk mendekat diri kepada allah azza wajall…lgi2 zaman skarang ni…zaman yg penuh dgn hawa nafsu…zaman manusia mengagungkan dunia dan agama diperlekehkan…

kepada yg sdh berniqab..teruskan perjuangan..saya sokong perjuangan antunna..
kepada yg berniat untuk berniqab…teruskan berdoa supaya allah permudahkan…bgn mlm..doa nangis2
kepada yg tiada niat untuk berniqab..semoga allah tunjukkan kebaikannya…

wallaua’alam…

assalam,

btul kata tahajudku…niqab adalah salah satu jln untuk mendekatkan diri kpd allah..lagi2 zaman skarang nih…lagipun klau pompuan tu berniqab…automatik lelaki akan segan ngan dia,dan pompuan tu pun akn cube menjaga agama dgn niqab yg die pkai…

kpd yg berniqab tu truskanlah…saye sokong perjuangan antunna….insyaallah…

alhamdulillah.sy sbnrnya nk pkai purdah scre istiqamah tp sy msh bljr……suami sy mengizinkn sy memakai purdah tetapi jiwa remaja sy sering menghasut sy untk klua ke bndr untk mnnton wayang n mcm2..sblm sy berkahwin khdpn sy mcm remaja2 biase yg laen.sy slalu bdoa agr sy & suami x mnjejkkn kaki lg ke tmpt2 mksiat..tlg la doakn sy n sluruh alam. yg pntg sy nk pkai purdah u mjage aurat dgn smpurna & xnk dh owg ftnh sy krane sy tlalu sosial dahulu……boleh kn kalo nk pkai prdh u elak ftnh?sy da x tahan.ksian suami sy

Assalamualaikum wbt.
Memula dulu, ana tak tahu pun ada jual2 purdah ni.
Ingatkan semua yang pakai tu, depa buat sendiri.
So, ana buat sendiri je la.
Bila belek2 kat blog, banyak jugak yang jual rupanya yer tapi macam terhad je warnanya.
Lagi satu ana nak tanya, bila waktu dibolehkan untuk menanggalkan purdah?
Ana bakal bernikah tetapi ana tak pasti bagaimana pemakaian di rumah mertua nanti dengan bakal ipar dan anak saudara lelaki yang ramai.

saya juga berniat utk berniqab,tp masih xde kekuatan lg..ble berniqab mmg rse selesa, selamat dan bahagia..dh tnye ayah..ayah ckp pkai tudung dh ckup..dh lebih dr ckup,asalkan ttup aurat..org yg x berniqab ni mmg x phm perasaan org yg berniqab..

Waalaikumussalam warahmatullah. Alhamdulillah jika anti ada niat utk memakai purdah. Teruskan dengan niat anti. Tentang waktu bila boleh menanggalkan purdah itu tiada jawapan yg spesifik, cuma bg ana kalau di rumah sendiri bersama-sama dengan mahram atau sesama wanita muslim bolehla nak tanggal purdah. Tentang ipar dan anak saudara pula anti perlu kebenaran dari suami anti. Jika suami anti benarkan utk tanggal purdah depan diorang, boleh la.. tapi jika dia tak izinkan anti kenalah pakai sebagai mentaati perintah suami.

Harap anti jelas dengan jawapan tadi. Maaf jika ada salah dan silap.
Selamat berpuasa! :)

Alhamdulillah..tahniah juga kpd anti dengan kesedaran ingin berpurdah. Memang zaman sekarang wanita perlu menjaga aurat dan maruah dirinya dengan lebih sempurna. Mungkin keluarga anti belum faham dengan kepentingan dan kelebihan berpurdah..anti juga perlu tabahkan hati dan selalu berdoa kepada Allah swt agar keluarga anti terbuka hati utk menerima perubahan anti. Insyaallah suatu hari Allah akan permudahkan jalan utk anti laksanakan hajat yg murni itu..ana doakan.. :)

Assalamualaikum. Alhamdulillah bagus sangat dengan niat adik tu. Walaupun masih belajar, tak ada halangan utk berpurdah apatah lagi suami juga izinkan. Ya, memang untuk mengelak fitnah itu salah satu dari tujuan memakai purdah. Cuma adik perlu betulkan niat memakai purdah kerana Allah dan bukan utk mengelakkan apa kata orang. Insyaallah jika ikhlas niat kita Allah akan menutup ruang2 fitnah terhadap kita. Akak doakan mudah2an adik istiqamah dan terhindar dari melakukan perkara yg mungkar..

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak! :)

Waalaikumussalam warahmatullah..

Jazakallah atas sokongan anta. :)

assalamualaikum,terima kasih atas nasihat kakak..saya ada satu masalah lg,saya adalah seorang atlet..dan saya suka sangat bersukan,xpe ke kalau saya buka purdah semasa bersukan?sukan taekwondo saya tu tempat saya melepaskan perasaan selain dari berdoa dan solat..saya juga sygkan member2 taekwondo yg lain dan ingin main bersama diorang

hai,saya suka org pakai purdah.rasa teringin jugak

Assalamualaikum,

Saya memang teringin sangat nak pakai niqab. Suami pun tak larang, tapi saya kerja dengan jabatan kerajaan, dan ahli keluarga pun kata pakai tudung cukup lah.. kena curi-curi pakai bila keluar tanpa mereka, ke tempat yang tak pergi dengan mereka. Bila agaknya saya boleh berniqab sepenuhnya.. rasa selamat bila berniqab walaupun ada pandangan serong. Saya ni tak lah alim mana, biasa aja, masih belajar, tapi dorongan memakai niqab tu amat kuat bila melihat orang lain memakainya di tempat awam. Tolong lah doakan saya.

Assalammualaikum..
sy suke tgok org pakai purdah teringin yg amat sgt utk memakainya tp keadaan tempat kerja kerana majikan berbangsa cina dn ibu menasihatkn xperlu la pakai purdah jd sy xkuat utk mencuba,sy xtau nk mulakn dr mana?sy bertudung tetapi masih belum cukup sempurna menutup aurat..moga suatu hr nnti sy dpt merubah diri sy supaya menjadi muslimah yg sejati.

Waalaikumussalam wbt..Alhamdulillah ukhti telah terbuka hati utk memakai purdah..syukurlah ukhti ada kesedaran. Tentang masalah yg datang ukhti tak perlu risau, semua itu cabaran utk kita lakukan kebaikan. Seperti saya dulu pun ibu tak izinkan juga, tetapi saya terangkan kebaikan berpurdah kepada ibu, disamping berdoa semoga Allah bukakan hati ibu utk terima perubahan kita dan Alhamdulillah akhirnya ibu boleh terima. Mungkin ukhti terpaksa mengikut kehendak majikan tidak benarkan berpurdah di pejabat, namun ukhti boleh cuba pakai ketika berada di luar pejabat. Untuk permulaan ni tak mengapa kalau ukhti masih belum boleh istiqamah, biarlah org nak cakap apa, asalkan kita yakin kita bukan buat maksiat. Tentang cara berpakaian pula, ukhti boleh mulakan perubahan sedikit demi sedikit utk enutup aurat dgn sempurna,,insyaAllah lama-kelamaan Allah bantu ukhti utk melakukannya dgn rela hati dan ikhlas..saya doakan ukhti dipermudahkan dalam beramal..amin :)

assalamualaikum….ana suke tgk org pakai purdah…tenang rasanya…ana pun teringin jugak pakai purdah…tapi tak dapat keizinan ibu lagi dan sebab masih bersekolah…lagipun ana cuma pelajar sekolah harian biasa. bukanlah sekolah agama..ramai yang anggap purdah atau pun tudong laboh ni hanya untuk pelajar sekolah agama.

assalamualaikum….ana mmg suke tgk org pakai purdah…..ana teringin jugak nak pakai purdah tapi ibu bapa ana tidak mengizinkan lagi,mereka kata nanti kalau nak pakai purdah….tapi kwn ana ade pakai purdah namanye laila nadzirah dia seorang kwn yg istiqomah memakai purdah…dia banyak menasihatkan ana supaya berdoa kpd allah….agar membuka hati ibu bapa ana…. ana harap anti mendoakan ana ye….

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…Assalamualaikum w.b.t…Syukran atas perkongsian ukhti achik…sy tertarik dgn artikel nie…jujurnya sy pun ade keinginan utk berniqab, cuma mungkin sy tidak punya kekuatan seperti ukhti…tp sy msh ingat perbualan dengan junior sy tentang niqab nie…dier ckp, cuba rujuk Al-Quran surah An-Nur ayat 31 dan Al-Ahzab ayat 59…bace terjemahan ayat2 tue dan nampak x perbezaannya..?sy ckp nmpk…(lau nk taw terjemahannya, sila rujuk quran terjemahan_;])semenjak tue, sy mencari kekuatan untuk memakainya…doakan saya…Wallahua’lam…Jazakallah…

assalamualaikum. alhmdulillah. akak dpt jgk memakai purdah. ain teringin sgt nak memakai tp byk sgt dugaan d cni. :(

: akak bekas pljr KMK changloon?

assalamualaikum.. saya memg teringin sgt ingin berpurdah.tp ibu saya melarang… doakan saya..

Perkara y baik Allah s.w.t akan permudahkan…y penting NIAT kite…dlm melakukan sesuatu perkara…kite sbg hamba Allah s.w.t hendaklah sentiase mencari kebaikan..InsyaALLAH..kite akan mendapat keredhaanNYA…waallahualam…slmt beramal.

Semoga kita mendapat hidayah drpd Allah s.w.t…sesungguhnya setiap kebaikan itu dtg daripaNYA..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Top Clicks

  • None

Jumlah Pengunjung

  • 182,564 kunjungan

RSS Saifulislam.Com

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS buat duit di internet

  • KAMBING UNTUK DIJUAL May 29, 2009
    BERITA TERGEMPAR! 20 ekor kambing sedia untuk dijual….campur2….ada betina….ada jantan….ada anak…. cadang mau jual semua sekali cara pukal RM10,000 (masih boleh dirunding)…. kalau mau amik sekor dua….boleh bagi RM300-500 ikut saiz & umor… bleh mai tgk sendiri kat kandang…tgk peta … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Buat duit dengan cara jual e-book April 3, 2009
    Ramai orang ada idea untuk dikongsi bersama tetapi tak tau camne nak bagitau orang lain. Ramai orang ada ilmu tetapi terpendam camtu je… Ramai orang ada bakat menulis tapi tak tahu nak tulis kt mana.. Nak cetak kt SASBADI, banyak … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • KURSUS PERNIAGAAN INTERNET March 30, 2009
    ANDA BOLEH HADIRI KURSUS TENTANG: -Teknik mempromosikan produk. -Teknik menambahkan pelawat. -Teknik mencipta produk baru. -Teknik Rekabentuk Laman Web. -Teknik menghasilkan pendapatan tanpa mempunyai laman web SERTA banyak lagi Di e-webniaga.com
    shawn@hayyrie
  • NAK KAHWIN TAPI TAK CUKUP DUIT? March 30, 2009
    Kami sedia membantu anda!
    shawn@hayyrie
  • RAHSIA ClickBank Jana Lebih RM800 sebulan March 27, 2009
    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
    shawn@hayyrie
  • E-KAMUS PERCUMA! March 24, 2009
      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • RM10 SETAHUN WEB HOSTING TERMURAH DI M’SIA March 24, 2009
    shawn@hayyrie
  • Peluang Bisnes SMS Lumayan! March 24, 2009
    Kalau selama ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk menghantar sms, tetapi dengan  OwnSmsBiz  anda akan memperolehi pendapatan apabila anda menghantar SMS dan anda juga akan merima pendapatan apabila orang menghantar SMS kepada anda!!!         OwnSmsBiz adalah bisnes yang berasaskan internet … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • Peluang Cari Duit Melalui Pay Per Lead (PPL) Affiliate March 24, 2009
      Anda akan dibayar RM0.25 bagi setiap orang yang mendaftar di pakej Master Resell ini. Program pay per lead ini akan ditutup apabila target list mencapai sasaran. SIGN UP PERCUMA Bayaran akan dibuat pada awal bulan. Di bawah ini disertakan … Continue reading →
    shawn@hayyrie
  • DOWNLOAD E-BOOK DAPAT DUIT March 20, 2009
    shawn@hayyrie

RSS Dr. Hasanah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 39 other followers

%d bloggers like this: