Posted by: achiksolehah on: October 12, 2009

madah seekor kambing korban
Sebelum terjebak dengan penternakan unggas (ayam), terlebih dahulu kami menjerumuskan diri dalam penternakan ruminan( kambing dan lembu). Ada orang kurang faham tentang istilah unggas & ruminan. Depa kata unggas tu menatang yang dok hingaq (bunyi bising) macam cengkerik, lalat, lebah, tebuan dll…:-)
Dalam konteks penternakan, istilah unggas merujuk kepada haiwan-haiwan dari keluarga burung seperti ayam,itik dan burung manakala ruminan (ruminant) pula ialah kumpulan haiwan yang mengunyah makanan seperti lembu,kerbau,kambing dan bebiri.

kambing ferral untuk aqiqah, kenduri dan korban
Kami menyediakan kambing untuk tujuan aqiqah,kurban,kenduri,induk dll. Sekiranya anda berminat untuk memesan kambing, anda boleh menghubungi 019-4702839. Bukan setakat kambing hidup, malahan kami juga menyediakan perkhidmatan:
Harga kambing tertakluk kepada stok yang ada. Biasanya harga untuk seekor kambing aqiqah ialah RM 500 dan ke atas. Kalau kenduri tu murah la sikit sebab boleh sembelih kambing yang belum cukup umur 2 tahun.
Value Added Services ini bertujuan memudahkan anda daripada bersusah payah memproses dan memasak kerana sedia maklum semua orang sentiasa sibuk.
Bagi tujuan aqiqah, anda hanya perlu bagitau nama anak/individu yang diniatkan untuk aqiqah. Nanti semua dah siap anda hanya perlu tunggu di depan pintu rumah menunggu datangnya hidangan…mudah ja kan? ![]()
Posted by: achiksolehah on: September 20, 2009
Assalamualaikum tetamu ziarah semua, di kesempatan ini saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ini my baby girl..Nur Humaira

Posted by: achiksolehah on: July 29, 2009
Cara menyambut kelahiran anak dalam Islam
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.
Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.
Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
4. Membaca Surah Al-Insyirah di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan) “. Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
5. Memberi Nama yang Baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”. Riwayat Abu Daud Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
6. Mengaqiqahkan anak.
Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh. Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. Riwayat abu Daud.
Posted by: achiksolehah on: July 13, 2009
ADAB BEKERJA
Assalamualaikum tetamu ziarah yang dikasihi. Semoga kita dalam rahmat Allah hendaknya. Kepada yang baru melangsungkan perkahwinan, Selamat Pengantin Baru diucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Untuk mereka yang bekerja, mari sama-sama kita renung dan amalkan sikap yang baik sewaktu bekerja.

Posted by: achiksolehah on: June 18, 2009
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini.”
Intisari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut. Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagaian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:
Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapai kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, mereka tidak bersabar.
Tidak memuji Allah s.w.t. di atas kemurahan Nya (mensyukuri nikmat), atau dalam erti kata lain mengkufuri nikmat.
Membanyakkan kata-kata yang sia-sia. Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Insyaallah..

Posted by: achiksolehah on: June 9, 2009
Apabila kita lihat keburukan yang ada pada orang lain, maka terhentilah usaha untuk islah (baiki) diri sendiri..nauzubillah. Jangan kita lihat keburukan orang supaya hati kita suci dan bersih dari sifat hasad..

An Nisaa’[148]
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehan kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.

Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya:
“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)
Ada dua hal yang mesti kita ingat. Kebaikan orang lain kepada diri kita. Dan keburukan diri kita kepada orang lain. Tapi ada dua hal juga yang mesti kita lupakan. Kebaikan diri kita pada orang lain dan keburukan orang lain pada diri kita. Allah telah berfirman: “Sesungguhnya, Aku ciptakan langit dan bumi ini, wahai manusia, buat kamu untuk berfikir, untuk menelaah bagaimana kamu menjalani hidup ini”.
Ya ayuhal ikhwah, perhatikanlah bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka.

Firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yg menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” ( QS. Al Maidah : 15 – 16 )
Ulama memberitahu, sekiranya 50% lelaki di suatu tempat taat pada ALLAH dan amalkan agama dengan baik, maka ALLAH akan campakkan sifat malu dalam diri wanita-wanita di kawasan tersebut. Para wanita akan malu untuk memdedahkan aurat, mereka akan taat pada suami, anak-anak akan jadi baik-baik. Jadi, di mana kamu wahai syabab!!!
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.”
“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari pelbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan, niscaya Allah akan mudahkan baginya di dunia dan akhirat”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kita hendaklah menjadi seperti lebah, kerana apabila lebah mencari manisan, ia akan pergi ke setiap bunga sama ada bunga itu wangi atau busuk, tetapi ia tetap akan mengambil manisan dari bunga tersebut dan akhirnya manisan dapat dikumpul dalam sarang dan jadilah MADU, yg menjadi syifak(ubat). Begitu juga kita, kita harus mencari kebaikan setiap saudara (seislam) kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.

Dan jangan kita menjadi seperti lalat, kerana lalat akan pergi mencari makanan di tempat kotor dan mengumpul kuman dan kekotoran sehingga kekotoran itu melekat pada dirinya SENDIRI. Begitu juga kita, kita dilarang sama sekali melihat keburukan yg ada pd saudara (seIslam) kita supaya keburukan akan terhindar dari diri kita.
Posted by: achiksolehah on: June 3, 2009
Sambunagn kisah iblis berdialog dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Iblis laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad saw atas perintah Allah swt untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.
Berikut adalah sambungan jawapan diberkan iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.
“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dariku?” Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian paslu kegembiraanku.
“Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, ‘cerai’.”
“Wahai Muhammad, ummatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat, namun aku bisikkan ke telinganya “Lihat kiri dan kananmu”, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah’. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.
“Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil ,mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat. “Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.
“Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, “Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.”
“Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat. Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
“Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” Kata iblis.
Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawadhuk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah swt bukannya sesama manusia.
Posted by: achiksolehah on: May 27, 2009
Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.a. Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.” (Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.”
Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”
Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.
Posted by: achiksolehah on: May 25, 2009
Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang sedang mencari kambing untuk aqiqah atau lain-lain keperluan, sila hubungi 0194702839 (khairi)
Kambing yang ingin dijual adalah kambing kampung. Anda boleh datang ke alamat Batu 13, Jalan Sintok, 06010 Changlun, Jitra, Kedah untuk melihat keadaan kambing dan pilih sendiri yang mana suka. Harga RM300-RM400 seekor (boleh dirunding).

Posted by: achiksolehah on: May 23, 2009

Ingin belajar bahasa Arab? Tahukah anda terdapat berpuluh ribu kata serapan arab dalam bahasa Melayu? Yang biasa kita guna dan tuturkan setiap hari?
Bahasa Arab adalah salah satu daripada 5 bahasa utama yang digunakan di dunia. Apa yang lebih utama, ia adalah bahasa yang digunakan di dalam peribadatan harian umat Islam.
Ulama sejak dahulu lagi telah mengeluarkan pelbagai jenis buku mengenainya untuk diajar kepada umum. Kita boleh dapati beratus malah beribu jilid buku yang hanya membincangkan ilmu bahasa Arab. Oleh kerana ia bukan bahasa utama kita, maka nikmat menggunakannya serta memahami kitab – kitab yang terdahulu tidak dapat kita kecapi.
Namun begitu bahasa Arab telah wujud di dalam diri kita sejak zaman berzaman. Waktu tidak dapat memadam hakikat bahawa bahasa Arab adalah sebahagian daripada kita. Ini jelas dapat diperhatikan di mana ianya digunakan dengan meluas di dalam hidup kita. Oleh itu, satu usaha mestilah dibuat untuk memanfaatkan kelebihan ini di dalam pembelajarannya.
Daripada kesedaran ini terhasillah buku ini sebagai asas untuk dibina di atasnya kecintaan terhadap bahasa Arab.
Buku ini disusun khusus bagi mereka yang baru mula belajar bahasa Arab dan sudah mempunyai kemahiran membaca Al–Quran Al-Karim. Tujuan ia ditulis adalah untuk membantu para pelajar memperolehi seberapa banyak perbendaharan kata Arab serta beberapa kemahiran penting sebelum mendalaminya.

Ulasan Buku “Akar Umbi Pembelajaran Bahasa Arab
Utusan Malaysia, Jumaat 29 Disember 2006 : Ruangan Agama : Kutub Khanah
|
Tajuk: Kurangkan Kegerunan, Kuasai Bahasa Arab : Penulis: Tarmizi Abdul Rahim :: |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sebenarnya tanpa kita sedari banyak perbendaharaan kata Bahasa Arab telah digunakan secara meluas dalam perbualan harian penduduk ini dengan kebanyakkannya telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Antaranya dunia, ibadat, ilmu, zaman, hakikat, manfaat, hasil, asas, bina, khusus, mahir, masyarakat, kaedah, kalimah, hafal, jadual, ayat dan akhir. Pendekatan buku ini yang memanipulasikan kelebihan itu telah menjadikannya berbeza dan istimewa berbanding dengan kebanyakkan buku lain belajar Bahasa Arab yang terdapat dalam pasaran.
PENGEDAR DAN STOKIS DIKEHENDAKI DI SELURUH MALAYSIA HUBUNGI 019-4702839 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Recent Comments